Setelah dua bulan bertanding menerusi pencarian Ratu Hijabista 2020, remaja yang mesra dengan panggilan komersil Tina Aziz itu inginkan sebuah percutian yang mendekatkan dirinya dengan ahli keluarga setelah sekian lama tidak menghabiskan masa bersama.
Sekitar jam 3.30 petang, seperti mana-mana pengunjung di hotel penginapan, Tina dan keluarganya ke kolam renang yang terletak di tingkat 12 hotel tersebut. Tidak lama selepas itu, Tina menuju ke arah bilik hotelnya semua untuk mengecas telefon.
Kira-kira pada jam 4.00 petang, sedang dia menaiki lif, pintu lif terbuka dan seorang lelaki bertanya sekiranya lif sedang menuju ke tingkat atas. Here comes the horrifying part..
“Lelaki itu mula bertanyakan tempat-tempat yang pernah saya pergi di Malaysia. Dia mendakwa dirinya dari Singapura dan tidak begitu mengenali lokasi di Malaysia.
“Apabila lif tiba di aras bilik hotel saya, dia juga keluar dan mula bertanyakan nombor telefon saya. It was scary and yet I am well aware that something was wrong. Saya memberitahunya yang saya tidak memberikan nombor telefon saya kepada mana-mana orang asing,” kata Tina dalam perbualan mesej bersama penulis.
Tambahnya lagi, kejadian itu amat menakutkan walaupun Tina diapa-apakan kerana ia boleh berlaku kepada sesiapa saja – lelaki mahupun perempuan. Lelaki tersebut juga sempat untuk ‘mencuba nasib’ dan ingin menghantar Tina ke bilik hotelnya.
Eww!
Sepanjang ‘berborak’ dengan lelaki itu, Tina membuat keputusan bijak untuk merekod video perbualan tersebut sekiranya apa-apa insiden buruk berlaku kepadanya. Setelah lelaki itu akhirnya meninggalkan Tina keseorangan, serta-merta dia menghantar video dan info trsebut kepada ahli keluarga dan rakannya.
Mereka pantas menghantar laporan kepada pihak hotel and guess what, pihak hotel memaklumkan bahawa lelaki itu bukannya penginap di hotel itu! Mereka memeriksa rakaman CCTV dan jelas, dia menaiki lif hotel dari lobi ke aras kolam renang untuk melihat siapakah yang boleh dijadikan mangsanya.
“Pada malam kejadian itu juga, aras bilik hotel saya sekeluarga dikawal oleh penjaga. Hari berikutnya, kami ke balai polis untuk melaporkan kejadian agar insiden seperti ini tidak berlaku kepada sesiapa,” jelas graduan jurusan perundangan dari UiTM Shah Alam itu.
Kita selalu membaca kes seperti yang berlaku kepada Tina ini di akhbar ataupun portal. Namun kita sama sekali tidak akan menyangka ia mampu berlaku kepada diri sendiri sehinggalah ia terjadi.
Kejadian seperti ini selalunya berlaku di hotel terkenal dan pelaku mungkin mempunyai motif untuk merompak, mencari mangsa sindiket seperti ‘sugar baby’ dan sebagainya. Apapun, Tina tidak menyalahkan pihak hotel dan berterima kasih apabila mereka menyatakan akan meningkatkan tahap keselamatan di hotel mereka.
“Sebagai mangsa keadaan, saya tahu ramai yang merasakan saya wajar untuk lari, menjerit dan tidak sesekali melayan perbualan pelaku.
“Tetapi apabila berada di tempat kejadian, my mind was lost and I felt very weak and scared.
“Kalau diikutkan hati, mahu saja saya melakukan sesuatu yang ‘bold’ untuk menakutkannya. Namun dalam hati saya, saya takut sekiranya dia akan melawan dengan cara berbahaya dan mengapa-apakan saya. He could do anything he wanted towards me within that 10 minutes.
“Sekiranya insiden seperti ini berlaku kepada perempuan mahupun lelaki di luar sana, girls especially, saya sarankan untuk membawa pepper spray ke mana-mana. Korang juga boleh lakukan apa yang saya lakukan, rakamkan perbualan tersebut sebagai bahan bukti dan terus hubungi keluarga setelah ia berakhir.
“Seperkara lagi, keluarga saya mengajar untuk cepat-cepat menghampiri mana-mana perempuan dan mula bercakap dengannya. Beritahu situasi kamu yang sedang diikuti oleh orang asing dan terus laporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa. We do not want to provoke the predators if we are not skillful enough,” nasihatinya.
Kita semua boleh mempelajari pengajaran yang penting daripada kejadian yang menimpa Tina ini. Semoga emosinya lebih stabil selepas ini!
*
Sebelum ini, pemenang tempat ketiga Dewi Remaja 2018/19 iaitu Sherin Amiri juga pernah mengupas mengenai keperluan untuk perempuan mempertahankan diri.