Isu masalah mental Skizofenia bukanlah benda asing yang kita dengar. Semalam satu Malaysia dikejutkan dengan kejadian yang cukup tragis apabila sanggup membunuh kedua ibu bapanya.
Hal ini berlaku selepas keluarga ini berbincang tentang hal keagamaan dan ketuhanan membawa kepada malapetaka. Secara tiba-tiba seorang penganggur berusia 31 dipercayai membunuh ibu bapanya, Mohammad Maasai, 68, dan Zailan Zainudin, 64, di rumah mereka di Kampung Kemahang Hulu. Pahang.
Hasil siasatan polis mendapati pada mulanya suspek duduk bersama bapanya ‘berborak’ tentang hal ilmu agama dan ketuhanan.
“Kemudian suspek nampak mata bapanya bertukar menjadi ‘hitam’ dan seakan-akan hendak menyerangnya. Supek kemudian masuk ke dalam biliknya dan mengambil parang lalu menetak bapanya sehingga warga emas itu menjerit berkali-kali dengan sebutan “dah … dah … dah …” dan berlakulah pergelutan kedua beranak berkenaan.
“Ibu suspek yang nampak pergelutan itu datang untuk membantu suaminya, tetapi turut diserang dengan tetakan serta tikaman di bahagian leher dan kepala,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Apa itu penyakit Skizofrenia
Skizofrenia merupakan gangguan jiwa yang mempengaruhi fungsi otak manusia, fungsi normal kognitif, emosional, dan tingkah laku. Pesakit gangguan skizofrenia biasanya akan kehilangan respons emosional, menarik diri dari pergaulan, dan mengalami halusinasi serta delusi.
Merupakan penyakit mental yang diakibatkan oleh ketidakseimbangan satu sel kimia dalam otak (dopamine).
Ia adalah suatu gangguan psikosis fungsional berupa gangguan mental secara berulang dengan gejala-gejala psikotik seperti kemunduran fungsi sosial, fungsi kerja dan perawatan diri. Penghidap penyakit ini kemungkinan dapat melihat, mendengar dan merasa akan tetapi apa yang yang didengari,dilihat dan dirasa itu bukanlah sesuatu yang wujud di alam nyata. Ia dianggap benar oleh si penghidap sehingga ia boleh mempengaruhi tingkah laku si penghidap.
Penyakit ini wujud sejak beratus tahun namun ianya dikesan sebagai penyakit mental pada tahun 1887 oleh Dr Emelin Kreaplin.
Kesan penyakit ini akan mempengaruhi proses pemikiran pesakit. Penyakit ini diperoleh melalui perubahan persekitaran sekeliling seperti tekanan perasaan, masalah kewangan dan lain-lain.
Penyakit Mental Skizofrenia
Ada juga yang mengaitkan dengan masalah yang datang dari genetik.Ia juga bermula dari kemurungan sehingga boleh bertindak mencederakan diri sendiri dan orang lain.
Menurut Professor Bersekutu Psikiatari, Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Dr Ng Chong Guan, kira-kira 30 peratus rakyat Malaysia merupakan penghidap penyakit mental dan wanita adalah yang paling tinggi peratusannya mendapat penyakit ini daripada lelaki.
Penyakit ini biasanya bermula pada lewat remaja dan awal dewasa iaitu semasa fasa yang paling kritikal dalam kitaran hidup seseorang individu. Katanya, dalam masa 10 tahun, peratusan yang akan mendapat penyakit ini akan meningkat sekali ganda dalam masa 10 tahun.
Orang dengan gangguan skizofrenia mempunyai sekurang-kurangnya satu dari gejala-gejala berikut:
1. Halusinasi. Pesakit mendengar suara manusia atau suara lain yang sebenarnya tidak nyata, atau melihat sesuatu yang sebenarnya tidak ada.
2. Delusi. Pesakit mempercayai sesuatu yang tidak nyata; menginterpretasikan dunia yang berbeza dengan kenyataan.
3. Tidak bersemangat.
4. Tabiat tidak merawat diri dengan baik.
Skizofrenia boleh dirawat
Skizofrenia tidak dapat dirawat dengan satu jenis rawatan sahaja. Ia memerlukan gabungan rawatan yang meliputi aspek-aspek seperti:
Psikoterapi – Rawatan psikologi bertujuan untuk memberi sokongan emosional kepada pesakit.
Farmakologi – Penggunaan ubat-ubatan bagi memulihkan ketidakseimbangan biokimia di bahagian otak serta mengurangkan gejala penyakit.
Psikososial – Penglibatan pesakit dalam pelbagai aktiviti seperti psycho-education membantu pesakit sedar bahawa rawatan dan pemulihan bukan hanya bergantung kepada ubat atau psikoterapi, tetapi persekitaran turut mempengaruhinya.
Justeru, penyakit ini adalah cabang dari penyakit mental dan ia adalah penyakit yang amat yang memerlukan perhatian ramai. Diharapkan, masyarakat dapat menerima kehadiran dan membuang stigma yang memandang serong terhadap pesakit mental.
Ha, ada yang mengalami simptom-simptom seperti ini tak? Nah, kalau ada pun korang tetap kena pergi berjumpa dengan doktor dulu untuk mengesahkannya.