Tentu ada sebahagian dari kita bertanya, apa simptom sebelum disahkan positif COVID-19. Pelik tapi nyata, tapi perkongsian seorang rakyat Malaysia yang prihatin di mana abangnya disahkan positif COVID-19 pasti membuatkan kita lebih berhati-hati agar tidak keluar rumah sesuka hati semasa Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.
Bacalah perkongsian Muhammad Hassan di fbnya, agar kita terhindar dari wabak ini.
Ada yang tanya apa simptom abang saya sebelum di sahkan Postitif Covid-19.
Mungkin agak mengejutkan kalian. Beliau langsung tiada simptom(asymptomatic). Tetapi kenapa postitif? Antara sebabnya Covid-19 akan mudah menyerang mereka yang ada penyakit terutama darah tinggi,kencing manis atau warga emas yang lemah imuniti.
Yang biasa kita tahu simptom Covid-19 apabila seseorang demam,suhu tinggi,batuk dan sesak nafas. Namun berbeza dengan pesakit yang melalui tempoh ikubasi atau incubation period iaitu dari tempoh terkena virus sehingga mengalami simptom teruk.
Macam mana beliau tergerak hati nak pergi buat saringan? Dalam beberapa kerja,driver abang saya ini mengalami batuk,dan demam teruk. Namun masih juga bertugas bawa abang saya outstation.
Ads
Oleh kerana demam terus dibawa ke hospital. Rupanya staff dia positive Covid-19. Korang bayangkan dia bersama dalam kereta berjam jam(close contact) Selepas beberapa hari baru dapat kesan Covid-19. Dah berapa orang driver dia dah jumpa orang,duduk dengan keluarga. Allahu..
Sekarang semua yang terlibat kena kuarantin dan buat ujian saringan. Kalian tahu tak,sekarang beratus mungkin beribu sample sedang berada di makmal. Tempat saringan pula Que.
Ads
Macam abang saya,sekarang dia sihat 100%,tapi tetap kena kuarantin disebabkan positif. Duduk dalam bilik kuanranti bukan dirawat pun,cuma untuk dipantau sehingga benar benar sihat.
Sekarang pun tempat hospital abang saya dikuaranti juga penuh dengan pesakit yang suspected.
Sekarang apa perlu kita semua lakukan?
Ads
Ikut segala arahan yang dikeluarkan oleh KKM. Sekarang kita duduk rumah diam diam. Buat aktiviti dirumah sahaja. Nak pergi rumah jiran pun tak usah.
Pastikan rumah kita tidak menerima mana mana tetamu hatta jiran sebelah rumah sekali pun. Jika datang juga cakap kita sembang dalam group WhatsApp.
Buat pembersihan dalam dan luar rumah. Bersihkan tombol pintu,remote tv,permainan anak anak. Mop lantai,bersih singkit,bersih tandas setiap hari. Ya setiap hari macam kat klinik.
Tinggikatkan imuniti badan dengan mengambil makanan sihat. Yang korang pergi stock up makanan segera,makanan dalam tin,magi tu semua tak membantu tingkatkan imuniti badan. Makanan itu semua makan sekiranya benar benar darurat.
Makanan yang patut korang amalkan.
a) Makan madu awal pagi.
b)Amalkan habbatusauda(drop dalam air suam).
c) Amalkan buahan tinggi vitamin C
seperti nanas atau amalkan supplement vitamin C. Saya amalkan vitamin c 1000mg,garlic oil,minyak kelapa dara,minyak zaiton.
d)Berjemur dibawah cahaya matahari jam8am-10am untuk dapatkan vitamin D. Boleh juga sambil berjemur tu lakukan senaman. Saya biasanya akan buat High Intensity Intervel Training(HIIT)*TONTON di youtube. Atau dengan erti kata mudah buat larian setempat sepantas mungkin selama 30 saat.
e) Pastikan dalam setiap menu ada sayuran. Lagi bagus dimusim panas terik ini masak menu mudah tapi berkhasiat seperti singgang,sup tulang,sup sayur.
f) Pastikan minum air masak sekerap yang mungkin. Air yang cukup dalam badan bantu tinggkatkan imuniti badan.
g) elakkan makanan makanan tinggi gula atau minuman tinggi gula. Duduk dirumah biasanya tiada aktiviti. Selama 14 hari ini jika ambil tinggi gula berat badan boleh naik berkilo kilo,imuniti akan lemah,badan akan jadi lemau.
Solat awal waktu. Amalkan zikir 300 pagi dan 300 petang. Pastikan dapat baca Al Quran 5 halaman atau 1 juzuk sehari.
Tidur awal waktu supaya badan kita dapatkan hasilkan hormon melatonin dengan baik. Hormon ini penting untuk TINGKATKAN imuniti badan kita. Dan bangun awal waktu solat tahajjud subuh.
Bila sebut wayang kulit kita pastinya akan terus terbayang budaya yang cukup unik sangat popular di negeri Cik Siti Wan Kembang, Kelantan Darul Naim. Sehingga kini ia dianggap sebagai salah satu khazanah budaya negara yang tidak ternilai harganya.
Sebagai usaha untuk terus memperkasakan budaya yang tidak lekang dek hujan dan tidak lapuk dek panas ini sebuah karya moden yang digabungkan dengan wayang kulit telah diketengahkan oleh Warner Music Malaysia. Dan menurut kenyataan media daripada mereka pengenalan muzik video istimewa Ed Sheeran ini juga merupakan sebagai satu tribute kepada sambutan Hari Malaysia.
Menampilkan muzik video istimewa lagu daripada Ed Sheeran yang bertajuk ‘Happier’, Warner Music Malaysia berkerjasama dengan pembikin wayang kulit, TinToy Chua dari Fusion Wayang Kulit.
TinToy merupakan penggiat dan pejuang keseniaan wayang kulit yang bukanlah asing lagi terutamanya dalam bidang penggabungan karya tradisi dan elemen budaya moden. Malah sebelum ini dia yang juga pengasas Fusion Wayang Kulit pernah menghasilkan wayang kulit versi Star Wars.
Untuk muzik video eksklusif Ed Sheeran versi wayang kulit ini menyaksikan watak Ed Sheeran yang menerusi versi asalnya dalam bentuk puppet diganti dengan versi patung wayang kulit.
Muzik video keluaran Warner Music Malaysia ini masih mengikut jalan cerita yang asal dan menggunakan babak-babak yang lebih kurang sama. Karakter balloon girl dan ‘musuhnya’ iaitu teddy masih dikekalkan. Antara elemen tempatan yang diselit dalam muzik video ini ialah roti canai dan pemandangan sekitar Bangsar yang pastinya sangat familiar.
Awesome! Tahniah Warner Music Malaysia dan Fusion Wayang Kulit. Diharapkan projek seperti ini akan diteruskan sekaligus mampu memartabatkan seni budaya serta khazanah negara ke peringkat lebih tinggi.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berita baik buat masyarakat Malaysia yang sudah menerima lengkap 2 suntikan dos vaksin.
Menerusi peningkatan jumlah suntikan yang diterima rakyat Malaysia, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yasin mencadangkan kepada pihak jawatankuasa pengurusan yang terlibat untuk menilai semula kelonggaran kepada penerima dua dos suntikan vaksin.
“Mutakhir sekali saya minta Jawatankuasa Pengurusan (JKJAV) ini menilai semula bagi mereka yang dapat vaksin dua suntikan supaya mereka akan diberikan kelonggaran-kelonggaran, sama ada dari segi perjalanan atau pergi ke kedai atau makan di restoran.
“Ini petanda supaya kita nak tunjukkan sementara kita menguruskan COVID-19, maka kehidupan rakyat mungkin sedikit demi sedikit akan kembali seperti masa-masa yang lepas,” katanya kepada media selepas membuat tinjauan penyediaan Bakul Prihatin Negara di Dewan Perdana Nur, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Selain itu, Perdana Menteri, turut menyatakan penerima dua dos suntikan vaksin akan diberi kelonggaran dari segi perjalanan serta makan atau dine-in di restoran.
Untuk info, sehingga 14 Julai 2021, lebih 12 juta pemberian dos 1 dan dos 2 vaksin diberikan kepada orang ramai dengan jumlah suntikan kini yang melebihi 400,000 dos sehari.
Wah…bestnya boleh rentas negeri dan lawat mak ayah di kampung.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Telur dadar merupakan menu yang paling mudah dan sedap, telur dadar gebu yang penuh dengan lemak dan padat selalunya kita jumpa di kedai Thai je.
Ramai yang cuba buat untuk dapatkan telur dadar begini tapi tak menjadi. Untuk masak telur dadar yang garing, tepinya berkerinting rangup perlu sedikit teknik ketika bancuh dan juga tuang waktu menggoreng.
Boleh ikut cara yang dikongsi oleh Julia Aleen Aireish ini, bukan saja menjadi seperti yang dikehendaki malah telur dadar ini juga tak berminyak.
Cara buat telur dadar garing, tepi berkerinting
Sedikan 1 biji telur (boleh guna saiz A), 3 sudu makan air paip dan
secubit garam.
2. Satukan telur bersama air dan garam dalam mangkuk dan pukul sampai berbuih banyak.
3. Panas minyak dalam kuali, kena guna minyak banyak ya dalam secawan.
4. Pastikan minyak cukup panas baru tuang bancuhan tuang telur dalam kuali. Waktu tuang angkat tinggu bekas supaya bancuhan telur turun selari cantik. Nanti akan jadi percikan kerinting tepi telur dadar.
5. Kuatkan api, biarkan masak garing bawahnya kemudian baru alihkan sebelah lagi. Biar masak garing kedua belah.
6. Sediakan tapis, angkat telur toskan minyak. Biarkan sekejap. Kemudian sediakan tisu, letak telur atas tisu pula supaya dapat serap lagi saki baki minyak yang ada.
Siap. Telur dadar elok kering tanpa minyak. Telur ini dah sejuk pun dapat rasa lagi garingnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tren transformasikan foto menjadi karikatur seakan karya Studio Ghibli yang sohor kini di platform media sosial bukan hanya sedang 'mendunia' di Malaysia bahkan di...