Lelaki Kurang Siuman Yang Menyerang Imam Ketika Solat Akhirnya Ditahan

Share

Kecoh baru-baru ini di media sosial apabila seorang lelaki kurang siuman dikatakan menyerang Imam tetamu ketika solat subuh awal pagi Ahad lepas di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1. Lelaki tersebut dikatakan telah diberkas oleh pihak polis bagi tujuan siasatan lanjut.

BACA LAGI: Cantik & Bijak, Graduan Bidang Farmasi Juara Baharu Miss Thailand


Tangkap layar insiden serangan lelaki tidak siuman tersebut yang tular di aplikasi WhatsApp.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku kira-kira jam 6.18 pagi, apabila suspek yang berpakaian baju Melayu ungu dan seluar hitam menyerang mangsa dari belakang secara tiba-tiba.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu mengesahkan kejadian itu dengan menyatakan ia berlaku di surau lelaki masjid berkenaan.

Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 Kuantan.

Beliau berkata imam itu adalah pelajar Maahad Tahfiz Thurath, Ilhan Muhammad Irham yang dijemput bagi mengimamkan solat subuh sempena Program Khatam Subuh 2.0 Masjid Negeri Sultan Ahmad 1.

“Menurut kronologi kejadian, terdengar suara lelaki menjerit dari arah pintu roller shutter masjid di laluan hadapan bank CIMB ketika rakaat kedua solat Subuh dengan anggaran 80 jemaah.

“Lebih kurang seminit selepas itu, ketika imam masih membaca surah dalam solat, datang seorang lelaki berpakaian baju melayu yang menolak jemaah di belakang dan terus menuju ke arah imam.

“Dia dengan segera memukul imam dengan selipar yang berada di tangannya. Mujur, Imam tersebut sempat mengelak serangan tersebut yang kemudiannya menyebabkan sesi solat Subuh tersebut tergendala,” katanya dalam satu kenyataan pada pihak media.

BACA LAGI: Penampilan Terbaru Song Ji Hyo Nampak “Handsome”, Bakal Jadi Trend Rambut 2022?

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Oh Bulan, Wikipedia

Published by
Adriana Syaurah