Lelaki Maut Disengat Tebuan Tanah Ketika Hiking, Netizen Kongsi Pengalaman Ngeri Disengat

Share

Hiking merupakan antara salah satu aktiviti yang menjadi kegemaran golongan remaja untuk mengisi masa lapang mereka. Biasanya, waktu cuti hujung minggu diambil untuk melakukan aktiviti riadah ini.

Namun begitu, diingatkan untuk korang lebih berhati-hati kerana semalam seorang warga emas maut disengat tebuah tanah ketika melakukan aktiviti mendaki bukit di Bukit Ayer, Kangar. Mangsa yang dibawa rakannya ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) dengan menaiki kereta disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital pada jam 6.45 petang.

Gambar hiasan

Seramai empat pendaki termasuk mangsa dan isterinya diserang tebuan tanah sehingga mereka mengalami bengkak di anggota badan sebelum mangsa pengsan.

Difahamkan, mangsa disengat oleh ratusan tebuan tanah. Pergh, orang kata kalau disengat seekor tebuan tanah pun dah boleh gelap dunia, bayangkan jika ratusan tebuan yang menyerang.

Rentetan daripada berita ini, ramai juga yang berkongsi kisah ngeri mereka yang pernah disengat tebuan tanah. Jadikan kisah mereka sebagai teladan untuk lebih berhati-hati dengan serangga ini.

Fuh, baca pun dah ngeri!

Takziah kami ucapkan kepada keluarga mangsa dan untuk korang yang suka hiking atau masuk hutan, sentiasa berhati-hati serta bersedia dengan alatan pelindung diri.

Sumber: Harian Metro

Published by
Noor Ain Norman