Lelaki Meninggal Selepas Sampai KL Dari Johor! Bahayakah Balik Kampung Pandu Sendiri?

Share

 

Takziah REMAJA ucapkan.

 

Hari ini, laporan penuh mengenai kes pemandu lelaki yang meninggal ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor telah diterima dan ia disahkan oleh pihak polis tempatan.

Lelaki warganegara Singapura itu dilaporkan baru saja memandu dari Johor ke Kuala Lumpur untuk menghantar seorang rakannya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada malam 19 Mei. Dia memutuskan untuk terus memandu pulang ke selatan tanah air pada malam yang sama.

 

Bagaimanapun, lelaki tersebut ditemui telah meninggal dunia di dalam keretanya pada jam 4 pagi itu. Lokasinya terletak di sebuah stesen minyak berdekatan dengan KLIA. Menurut seorang saksi, lelaki tersebut kelihatan memandu kereta masuk ke kawasan tersebut dan menggunakan bilik air.

Setelah dirinya pulang ke kereta, badannya didapati mengalami renjatan (convulsion) sebelum tidak menyedarkan diri.

Hhm, pelik.

Namun pihak polis dalam laporan berkata perjalanan kereta untuk tempoh 3 jam 15 minit tanpa henti itu mungkin adalah sebab utama badan mangsa tidak dapat menerima tekanan. Tambahan pula, mangsa sudah berusia 62 tahun.

Laporan bedah siasat juga menunjukkan mangsa bergelut dengan serangan jantung. Maka, kenyataan tukang rekod video di bawah yang mengatakan mangsa lemas semasa tidur di dalam kereta adalah tidak benar.

Balik Kampung

Kita sudah hampir dengan fasa ‘Balik Kampung’ apabila Aidilfitri bakal menjelang kurang dua minggu dari sekarang.

Maka, laporan kes meninggal semasa memandu jarak jauh seperti ini amat merisaukan ramai orang, terutamanya di kalangan mereka yang lebih berusia seperti ayah atau abang kita.

Sebagai pemandu yang berhemah, kita perlu tahu akan kemampuan diri sendiri. Walaupun semua orang ingin mengelakkan pemanduan pada waktu siang di bulan Ramadan, tak semua orang mampu memandu pada waktu malam.

Kebanyakan daripada kita akan letih dan kurang penumpuan pada mata walaupun telah tidur terlebih dahulu. Jika tidak yakin, jauhi balik kampung di malam hari.

Seperkara lagi, pastikan korang atau pemandu kereta tersebut mengambil sebarang ubatan jika sememangnya ia sudah menjadi rutin harian mereka. Alasan tak mengambil ubat kerana ingin memandu sebenarnya membahayakan dirinya dan penumpang yang lain.

 

Published by
FZ