Sumber Foto : Facebook Info Semasa

 

Dek perasaan rindu amat kepada rakannya, seorang lelaki di Pulau Pinang sanggup berenang di perairan Selat Melaka dan merentas dari bahagian pulau ke Seberang Perai.

Bagaimanapun, misinya gagal dan hanya bertahan setengah jalan saja sebelum dia berputus asa akibat kepenatan. Lelaki berusia 28 tahun ini kemudiannya diselamatkan oleh pegawai Penang Port Sdn Bhd yang bertugas.

But really, what happened?!

Lelaki Nekad Berenang Dari Pulau Pinang Ke Seberang Perai Demi Kawan
Sumber Foto : Facebook Info Semasa.

Perancangan nekad lelaki yang dirahsiakan identitinya ini bermula setelah permohonannya untuk merentas daerah demi bertemu seorang rakannya ditolak.

Lalu, beliau merancang untuk berenang dari Tanjung City Marina untuk ke seberang daratan Semenanjung sekitar jam 6 petam pada hari Isnin lalu (12 Julai)

Ads

Bagaimanapun, akibat kepenatan, beliau tidak dapat meneruskan perancangannya itu.

Fuh, nasib baik pandai berenang dan mengapungkan diri di tengah-tengah lautan. Buatnya kurang mahir dan dibawa arus air, tak ke naya?

Menurut Ketua Polis Daerah Utara Timur, Assistant Commisioner Soffian Santong, satu kertas siasatan telah dibuka bagi mengkaji insiden tersebut.

Ads

Berdasarkan pemeriksaan dan soal siasat polis terhadap lelaki yang diselamatkan dengan pelampung Penang Port itu, lelaki yang didapati berasal dari Bayan Lepas Pulau Pinang ini benar-benar ingin bertemu rakannya walaupun tidak menerima kebenaran dari pihak polis. Punca permohonan itu ditolak adalah dia tidak mempunyai sebab yang kukuh untuk merentas daerah.

Walaupun tiada dokumen peribadi ditemui bersamanya, dia telah memberikan nama penuh dan nombor Kad Pengenalan secara lisan serta mangaku sedang menganggur.

Akhirnya, lelaki itu telah dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk menerima rawatan. Doktor turut mendapati tangan kanannya cedera akibat berenang.

Ads

*

Terdahulu, video dan foto lelaki tersebut tersebar di media sosial lewat petang semalam. Namun timbul perkhabaran yang tidak benar konon lelaki tersebut tidak dibenarkan memasuki terminal Swettenham Pier Cruise (SPCT) di Georgetown untuk menaiki feri ke Seberang Perai di media sosial.

Dia juga tidak terjun ke dalam laut daripada terminal itu seperti yang tersebar. Semua itu telah dinafikan oleh wakil Penang Port semalam.

*

Bahaya betul penangan sekatan perjalanan merentas daerah dan negeri ini ya hinggakan ada yang sanggup berbuat sedemikian.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI