Lelaki Terbakar Melecur 96 Peratus Disahkan Meninggal Dunia

Share

Tular di media sosial sebuah video yang menunjukkan seorang individu terbakar akibat perbuatannya sendiri setelah kecewa bekas kekasih mempunyai pengganti baharu.

Dikhabarkan lelaki berusia 28 tahun itu mengalami lecur pada badan sebanyak 96 peratus.

Foto: Utusan

Terbaharu, mangsa yang membakar dirinya di atas Jambatan Jalan Kampung Syed Imar Bintong dilaporkan telah meninggal dunia di Hospital Tuanku Fauziah, Perlis. Perkara ini dimaklumkan oleh Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew kepada pemberita. Walau bagaimanapun, maklumat tentang waktu kematian tidak diberitahu.

Foto: Facebook

Keluarga mangsa telah tampil memberikan keterangan dan menjelaskan mangsa merupakan seorang pesakit psikiatri yang masih menerima rawatan sebagai pesakit luar di Jabatan HTF.

Menurut Wari, lelaki itu pernah beberapa kali cuba untuk membunuh diri di mana kejadian pertama berlaku pada Januari lalu setelah mangsa pernah mengelar kedua-dua belah tangan. Pada waktu itu, dia telah berjaya diselamatkan oleh keluarganya.

Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa.

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: (1)

Published by
Noor Ain Norman