Lelaki Terbaring Di Tempat Parkir Kereta Akibat Slipped Disc, Ini Punca Ramai Anak Muda Kena Panyakit Ini

Share

Tentu ramai yang pernah dengar tentang slipped disc. Pengidap biasanya akan merasa kebas di bahagian tangan, leher dan kaki selain  kesakitan melampau sehingga membataskan semua pergerakan termasuk kerja.

ARTIKEL BERKAITAN : Anak Muda! Sila Jauhi Maajun Aka Jamu, Doktor Sahkan Tulang Pinggul Makcik Ni Mati & Rapuh Akibat Amal

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok dikongsikan oleh @bohjankl memaparkan keadaan seorang lelaki yang terbaring di kawasan parkir kereta sambil meraung kesakitan disebabkan menghidap penyakit slipped disc.

Jelasnya, pada awalnya lelaki itu secara tiba-tiba jatuh di hadapannya dan terus meraung-raung. Dia kemudian menyangkakan individu berkenaan mabuk kerana ketika itu jam sudah menunjukkan jam 5 pagi.

 

@bohjankl Kalau kene Slipped Disc ni memang xleh bawak bincang sakit dia..😖😖😖😖😖😖😖😖😖😖 #2023 #HKL #slippeddisc ♬ original sound – BOJAN’KL

Namun apabila dia mendekati individu berkenaan, lelaki itu sebenarnya mempunyai masalah slipped disc dan pernah melakukan pembedahan sebelum ini.

“Sebelum ini dia pernah buat pembedahan tapi kali ni dia kena semula lepas turun dari motosikal.. memang meraunglah.

“Aku memang gelabahlah (tak tentu arah) nak tolong tak tahu nak buat apa.. dah lah aku sorang-sorang aku hubungi ambulans untuk dapatkan bantuan lepas tu aku panggil pengawal untuk teman aku,” katanya.

Dia kemudian cuba menenangkan lelaki tersebut sebelum ambulans sampai untuk membawa individu itu ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Pengguna TikTok itu dalam masa turut berterima kasih kepada pihak Hospital Kuala Lumpur dan pengawal yang telah membantunya untuk menyelamatkan lelaki tersebut. Malah dia juga turut mendoakan agar lelaki itu turut diberikan kesihatan yang baik seperti sedia kala.

Punca Anak Muda Kerap Hidapi Slipped Disc

Dalam untuk memahami apa itu slipped disc kenapa semakin ramai anak muda mengidapnya, baca perkongsian ditulis oleh Dr Khairul Faizie Mohammad Kamar seperti ditulis di fbnya.

Dr Khairul Faizie Mohammad Kamar berkata anak muda semakin ramai mengidap slip disc

Jelasnya, semakin ramai anak muda mengidap slipped disc kerana lima sebab ini. Antaranya, trauma/ pernah terjatuh/ kemalangan. Keduanya masalah kegemukan. Ketiganya melakukan pekerjaan berat berulang seperti mengangkat barang dan membongkok. Keempat adalah gaya hidup pemalas (sedentary lifestyle) dan terakhir adalah mereka yang selalu memandu terutama memandu jarak jauh.

Baca perkongsiannya dan sama-samalah kita menjaga kesihatan. Jangan cakap orang muda tak boleh kena slipped disc yang kerana kes ini semakin meningkat.

Untuk mudah faham tentang Slipped disc ni, mari belajar simple anatomy. Tulang belakang kita terdiri dari 24 set tulang yang di panggil vertebra. Setiap tulang ni di susun antara satu sama lain secara memanjang, dan membentuk satu laluan utk saraf tunjang lalu di situ ( spinal cord). Tulang tulang vertebra ini protect spinal cord kita.

Antara tulang vertebra ke tulang vertebra yang lain, ada struktur yg dipanggil interbertebral disc. Fungsi disc ni macam shock absorber kereta. Ia menyerap hentakan masa kita lari, jalan, lompat. Setiap disc ni tebalnya  1/2 inci.
Tengok gambar anatomy disc yang di sertakan.

 


Ada 2 parts, lapisan luar yang dipanggil Annulus fibrosus yang lebih tahan lasak & fleksibel, lapisan dalamnya dipanggil Nucleus pulposus. Nucleus pulposus ni macam jel, lembut.

Masalah slipped disc bermula bila bahagian nucleus pulposus tu mula terkeluar, menekan annulus fibrosus. Tekanan ke atas annulus fibrosus ini yang menyebabkan simptom SAKIT BELAKANG tu.

Kalau tekanan makin kuat, nanti annulus fibrosus pun akan terkesan sama & membengkak. Bila ini terjadi, spinal cord yang ada di sekitar itu pun akan ditekan / dihimpit. Himpitan saraf ini yang menyebabkan simptom LENGUH / KEBAS / HILANG POWER pada kaki.

PUNCA:

Punca biasa slipped disc ialah wear & tear, iaitu bila makin meningkat usia, ia akan mengalami kerosakan & mula bengkak / koyak annulus fibrosus. Ini dipanggil Disc Degeneration. Masa muda, disc itu kaya dengan air.

Bila dah tua, water content mula berkurangan, dan ini menjadikan disc kurang fleksibel. Disc yg kurang air (kering) ini pun mula kecut..so jarak antara vertebra bones akan jadi makin rapat….dan ini meninggikan risiko slipped disc terjadi.

Memandu jauh boleh menjadi punca kepada masalah slipped disc di kalangan orang muda
Masalah gemukan boleh menjadi punca slipped disc

Walau bagaimana pun, yang usia muda pun ramai kena slipped disc. Why? Antara punca nya:-

a) trauma / jatuh / accident
b) obesiti – berat badan berlebihan bagi tekanan pada disc
c) kerja/aktiviti yang berulang ulang melibatkan belakang, seperti angkat barang /membongkok
d) Gaya hidup pemalas ( sedentary lifestyle) – senaman regular membantu kurangkan berat badan & kuatkan muscle belakang badan (yang akan support tulang belakang
e) selalu memandu, terutama long distance. Duduk lama masa driving & kesan gegaran dari body kereta pada spine, boleh beri kesan.

Rawatan:

Tak semua Slipped disc perlu pembedahan. Majoriti perlu ambil pain killer bila sakit. Suntikan steroid di belakang ( epidural steroid) mungkin diperlukan untuk melegakan keradangan ( inflammation).

Physiotherapy secara berkala perlu untuk kuatkan muscle tulang belakang.

Hanya dalam kes kes tertentu kita perlukan surgery. Ada banyak jenis surgery, so tak perlu nak tahu secara detail. Yang ini kalau perlu dilakukan, pakar bedah ortopedik anda akan explain dengan lanjut.

Rawatan alternatif macam urutan, mungkin berkesan untuk legakan kesakitan (temporary), sebab muscle keliling spine yang terlibat akan menegang akibat inflammation process.
Urutan TIDAK akan menyembuh slipped disc / menolak disc yang terkeluar masuk ke tempat asal.

Sumber : @bohjankl , Facebook Dr Khairul Faizie Mohammad Kamar

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana