Susulan dari berita kematian 6 anggota bomba dan penyelamat dari Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA), Mufti Wilayah Persekutuan, Sohibus Samahah Dato’ Seri Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri turut menitipkan pesanan salam takziah dan pesanan buat ahli keluarga kesemua enam anggota keluarga bomba ini.
Menyifatkan cara kematian kesemua mereka amat mulia ditambah dengan hadis yang menyatakan, golongan yang mati syahid itu termasuk mati lemas, Mufti Wilayah ini berdoa agar ahli keluarga diberi kesabaran tinggi.
Baca kenyataannya di fb Mufti Wilayah Persekutuan.
Berita kematian enam anggota Bomba kerana ingin menyelamatkan mangsa berakhir dengan terkorban mati lemas menginsafkan kami, serta memberi makna yang mendalam pada maksud pengorbanan dalam tugas. Kami iktibarkan mereka sebagai syahid berasaskan kepada nas hadis:
Maksudnya: “Orang yang mati syahid lima golongan iaitu orang yang mati kerana taun, mati kerana penyakit perut, mati lemas, ditimpa runtuhan dan syahid di jalan Allah.” Riwayat al-Bukhari (653)
Tetapi, kepada rakan kita ini, mereka jauh lebih mulia kerana bukan sahaja mereka mati lemas, tetapi menolong dan membantu mangsa sehingga terkorban.
Ads
Mereka adalah insan-insan terpilih dan mempunyai hati yang suci serta amat memahami tanggungjawab dan tugas yang diamanahkan, terutamanya dalam kecemasan hingga kepada nafas yang terakhir dan denyut nadi yang terakhir. Inilah syuhada’ kita. Semoga Allah menempatkan mereka bersama para nabi, al-siddiqin dan syuhada’. Amin.
Jenazah diberi penghormatan sebagai wira negara oleh rakan sejawatanJenazah disolatkan di hadapan ribuan orang
Atas asas inilah, berhimpun pada kami perasaan dukacita di atas perkara dan tragedi yang berlaku dan gembira atas semangat yang ditunjukkan, yang kami sifatkan luar biasa.
Syabas Bomba Malaysia dan juga kepada mereka yang bertindak seperti syuhada’ kami ini.
Ads
Kepada ahli keluarga, bertabahlah. Insha Allah setiap apa yang telah berlaku pasti ada hikmah yang kadang-kadang amat sukar ditafsirkannya. Dengan berharap kepada Allah SWT, berdoalah dengan kesabaran yang tinggi, Insha Allah akan datang bantuan daripada-Nya.
Kepada rakyat Malaysia, saya syorkan agar dihulurkan bantuan kepada kaum keluarga untuk meringankan beban mereka dan terus dapat meneruskan kehidupan sekalipun diuji dengan perpisahan orang tercinta.
Kepada kerajaan Malaysia, kami syorkan agar diberikan anugerah kecemerlangan dan dinaikkan pangkat mereka untuk memberi sedikit kelegaan kepada ahli keluarga mereka. Sesungguhnya, inilah staf kerajaan dan pekerja di era Malaysia baru yang sanggup berkorban apa sahaja.
Ads
Akhir kalam, marilah sama-sama kita merafakkan doa agar mereka semua ditempatkan pada kedudukan yang terpuji di sisi Allah.
Al-Fatihah buat mereka. Sekali lagi, takziah buat keluarga.
Amin…
Akhukum fillah,
S.S Dato’ Seri Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
4 Oktober 2018 bersamaan 24 Muharram 1440 Hijrah.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Lebih kurang dah habis setengah tahun kita di tahun 2020. So far, macam mana dengan pencapaian korang setakat ini?
Awal tahun lalu mesti ramai yang berazam nak kurus kan?
Nah, jangan risau guys, cepat atau lambat yang penting ada niat nak kurus. Hehe!
Bagi korang yang masih mencari semangat dan inpirasi untuk mengurangkan berat badan, kami nak kongsikan cerita daripada seorang gadis di Twitter, Cami yang berjaya menurunkan berat badannya kepada 45kg dalam masa tujuh bulan.
Kisah kejayaan menurunkan berat badan akibat body shaming rakan-rakannya ini mendapat 20,200 ulang kicau dan lebih 63,000 tanda suka di laman twitter.
Wah, best gila!
Jom kita baca antara tip yang telah dikongsi di laman twitternya.
Menu diet
Cami juga berkongsi rahsia untuk cepat kurus yang dia lakukan adalah dengan mengurangkan pengambil nasi selama . Tapi korang jangan risau, boleh makan nasi cuma pastikan dalam portion yang kecil dan lebihkan pengambilan sayur-sayuran.
Makanan dan minuman yang perlu dielak sudah semestinya NO SUGARY DRINKS AT ALL. Mi, bihun goreng, kuey teow are worst than white rice. So, better korang makan nasi daripada semua tu. Ia lebih tinggi kalori, berminyak dan boleh membuatkan berat naik.
Kuih, biskut atau apa saja manisan boleh digantikan dengan buah dan sayuran. Nak mulakan benda ni semua memang susah, tapi lama-lama korang akan biasa.
Paling penting, say no to benda-benda manis!
Selain itu juga, minum banyak air kosong. Minimum 2 liter sehari. Lagi banyak minum, lagi bagus sebab korang takkan rasa lapar.
Workout
Disebabkan ramai yang bertanyakan kepada gadis ini tentang workout yang dilakukan semasa 7 bulan diet, Cami menjelaskan dia bersenam 5 kali seminggu menggunakan aplikasi ini.
Untuk workout apps ni ada plan yang boleh kita pilih mengikut kesesuaian tujuan utama korang. Download je apps tersebut, nanti dalam setiap plan yang korang pilih tu ada la cabaran yang kena buat selama 30 hari.
Tapi ikut kemampuan masing-masing. Jangan paksa diri kalau tak mampu.
Masih tidak terlambat lagi kalau korang nak mengamalkan gaya hidup sihat. Tak perlu nak tunggu tahun baru untuk turunkan berat badan kan? Hiks!
Sumber: twitter Camihnzm
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mungkin kedengaran pelik, namun inilah yang terjadi kepada Mohamad Azwan Syhmin Md Yusoff , 18, yang meninggal serta merta di tempat kejadian apabila dia separuh tubuhnya hancur akibat digilis kereta api.
Mangsa yang ketika itu dipercayai sedang tidur di atas landasan kereta api bersama seorang lagi rakannya di Kampung Tiong berdekatan Gua Musang tidak sempat bangun apabila hon kecemasan dibunyikan sebagai amaran yang kereta api semakin dekat.
Walau bagaimanapun rakannya itu sempat menyelamatkan diri dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 5.30 pagi pada awal pagi Isnin. Kereta Api tersebut dikatakan sedang dalam perjalanan dari Kuala Lipis, Pahang menuju ke Tumpat, Kelantan.
Kredit foto: Facebook Mat Jenazah Vjgm
Mengikut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, “Pemandu kereta api yang dalam perjalanan dari Kuala Lipis ke Tumpat itu ternampak lelaki tidur atas landasan dan membunyikan hon. Mangsa tidak sempat bangun bagaimanapun rakannya tersedar dan lari menyelamatkan diri.”
Sejurus selepas kejadian tersebut berlaku, pemandu kereta api kemudiannya terus bertindak melaporkan insiden itu kepada Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan polis untuk tindakan lebih lanjut.
Hasil siasatan pihak polis, mayat mangsa dijumpai kira-kira 30-meter dari lokasi asal tempat tidur mangsa dan rakannya. Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Gua Musang untuk tujuan bedah siasat.
Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Kredit foto: Facebook Mat Jenazah Vjgm
Dalam tinjauan Remaja ke laman Facebook Mat Jenazah Vjgm yang merupakan pihak perkhidmatan van jenazah percuma yang menguruskan proses pengkembumian mangsa. Allahyarham Azwan Syhmin telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lembaga, Gua Musang kira-kira jam 2.45 petang hari yang sama.
Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang beriman dan keluarganya tabah dalam menghadapi dugaan ini.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Semakin berjaya seseorang itu semakin banyaklah dugaan dan tohmahan yang mereka akan hadapi. Itu adalah satu perkara lumrah dengan dunia era digital kini di mana semua orang merasakan pendapat mereka sangat penting.
Begitu juga dengan supermodel jelita terkenal, Gigi Hadid yang sudah banyak kali terpaksa berdepan dengan orang yang mempersoalkan kejayaannya.
Gigi Hadid dilaporkan mengumpul pendapatan berjumlah USD13 juta sepanjang tahun lalu.
Mungkin ada antara korang tak tahu bahawa Gigi Hadid yang kini bersuia 23 tahun membesar bersama dua lagi adik-beradik Bella dan Anwar merupakan anak kepada jutawan hartanah Mohamed Hadid dan bekas model, Yolanda Hadid.
Membesar di dalam keluarga yang senang sudah pasti menjadikan hidup Gigi lebih mudah dan mendapat peluang untuk memperbaiki diri dengan lebih baik.
Namun dia sesekali tidak bersetuju jika ada pihak yang mempersoalkan usahanya untuk berjaya. Menurut Gigi kejayaannya tidak datang hanya kerana dia datang daripada sebuah keluarga yang senang. Dalam sebuah acara jenama Reebok dihadiri pada 16 November lalu, Gigi sekali lagi terpaksa mempertahankan dirinya daripada tuduhan melulu seperti itu.
Hadid Siblings!
“Ada pihak cukup lantang mengatakan saya tidak layak berada di tempat saya sekarang kerana saya berasal daripada sebuah keluarga yang berjaya. Tapi mereka tak tahu bahawa mereka berdua merupakan insan-insan yang bekerja sangat keras.
“Ayah saya seorang bekas pelarian dan ibu saya membesar di sebuah ladang. Mereka berdua berpindah ke New York bekerja mencari rezeki untuk menampung keluarga. Dengan kerja keras itu saya cuba mengikut jejak langkah dengan tidak mengambil mudah tentang kerja dan karier”.
Jelas Gigi lagi, sejak kecil dia juga pernah berdepan dengan anak-anak orang kaya yang menggunakan alasan kekayaan untuk tidak bekerja keras. Dan mereka bukanlah contoh yang baik baginya.
Ini bukanlah kali pertama Gigi terpaksa bersuara dan dia juga sedar ramai rakan-rakannya dalam dunia peragawan berasal daripada latar belakang yang agak susah. Namun, dia sentiasa mengagumi dan kerja keras mereka. Baginya apa yang penting ialah etika dalam bekerja. Jangan mengambil mudah tugasan yang diberikan dan sentiasa memberikan yang terbaik.
Well done, Gigi!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jurusolek terkenal tanah air, Syedewa, yang bertanggungjawab menata rias wajah pempengaruh Dewi pada majlis pernikahannya dengan suami, Jofliam, yang berlangsung Sabtu lalu, baru-baru ini...