
Apple akhirnya telah menambah sokongan pengecasan pantas melalui keluaran model terbaru mereka, iPhone 8 dan juga iPhone X. Pengguna boleh mengecas sehingga 50 peratus dalam masa sekitar 30 minit.
Capaian pengecasan 50 peratus dalam masa 30 minit ini berjaya dicapai hasil penggunaan aksesori tambahan Apple USB-C Adapters (29W Model A1540, 61W Model A1718 dan juga 87W Model 1719.
Maksudnya, korang memerlukan aksesori tambahan khusus iaitu adapter berasaskan USB-C kerana pengecas yang sedia ada dalam kotak mungkin tak dapat nak menyokong pengecas pantas ini.
Walau bagaimanapun, ia adalah satu berita yang ditunggu-tunggu oleh ramai pengguna keluaran Apple untuk melihat jenama ini menyokong pengecasan pantas pada model keluaran terbaru.
Selain itu, iPhone 8 dan iPhone X juga turut menokong pengecasan tanpa wayar secara terbina.
Macam mana simpanan wang korang dah cukup ke belum nak beli model terbaru iPhone ni. Psstt psstt, ada yang sampai bergadai tak? Hehe
Sumber: amanz.my
Bukan Semua Kita Masak Menjadi, Perkongsian Blog “Masak Apa Tak Jadi Hari Ni” Menghiburkan

Musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki fasa ketiga sudah cukup membuatkan rakyat kreatif mengisi masa lapang masing-masing.
Carian di Google mendapati setiap perkongsian resipi akan mendapat rating tinggi dan menjadi viral di media sosial. Mana yang jarang memasak namun disebabkan resipi itu viral, kita akan teruja untuk mencubanya.
Namun tidak semua resipi yang kita cuba itu menjadi. Seperti kata orang, hidup tak semestinya indah setiap hari.
Jika sebelum ini kita tahu blog Masak Apa Hari Ini yang viral disebabkan perkongsian resipinya tetapi rupanya ada satu lagi blog masakan dinamakan MASAK APA TAK JADI HARI NI #MATJHN
Haha. Terhibur rasa hati melihat perkongsian dari mereka yang membuat perkongsian di blog ini.
Lucu melihat “rupa” dan bentuk masakan-masakan di syer ke page ini. Benar-benar terhibur jadinya.
Tapi kalau tak cuba masak tak tahukan dan sampai bila tak akan pandai. Kata orang biarlah belajar dari pengalaman, baru kita akan memahami erti kehidupan.
Jom tengok resipi dikongsi tapi kurang menjadi. Apa yang penting kita dah cubakan dan jangan mengalah membuatnya.
Parcel Lambat Sampai! Berhenti Merungut Di Media Sosial, Pengguna Boleh Saman Syarikat Kurier

Kita sering terbaca rungutan dikongsikan di media sosial mengenai syarikat kurier lambat membuat hantaran barang walau penjual sudah memaklumkan ia sudah lama dihantar. Masa yang sama, ada juga barangan yang kita poskan sampai lambat kepada penerima hingga menyukarkan andai bungkusan itu penting.
Jangan tak tahu ya, rupanya kita boleh saman syarikat kurier jika tak berpuas hati dengan perkhidmatan mereka. Jadi kalau lepas ni korang ada masalah dengan syarikat penghantaran, boleh je buat tuntutan ke atas mereka.
Peguam terkenal, Nor Zabetha dari Tetuan Nor Zabetha Chinna & Co berkongsi kisah satu syarikat kurier yang disaman hanya kerana lewat menghantar pesanan.
Kadang-kadang kita yang menjalankan perniagaan online akan membuat serahan barangan melalui khidmat kurier dan penghantaran secara pos.
Banyak jugalah timbul rasa tidak puas hati dengan syarikat kurier tetapi ramai yang tidak teruskan dengan saman.
Kali ini saya hendak kongsi kes di mahkamah yang menyaman syarikat kurier dengan tuntutan 1 juta kerana kelewatan syarikat kurier membuat penghantaran sehingga menyebabkan kerugian. Berjaya atau tidak dapat sejuta ini? Baca dulu.
Dalam kes ABP PERFAB (M) SDN BHD lwn. NATIONWIDE EXPRESS COURIER SERVICES BHD, [2012] 1 CLJ 704, pada tahun 2003, ABP telah menggunakan khidmat Nationwide Express (NE) untuk menghantar satu dokumen tender pada 11/6/2003, pada pukul 10 pagi iaitu 2 jam sebelum masa tender tamat.
Dokumen tersebut gagal diserahkan pada waktu yang diarahkan oleh ABP, sehingga menyebabkan ABP gagal memperolehi tender RM1 juta tersebut.
ABP telah memulakan kes di mahkamah dengan alegasi bahawa defendan telah memungkiri kontrak dan/atau cuai untuk menyerahkan dokumen tender itu pada atau sebelum masa yang telah diendorskan atas sampul surat yang mengandungi dokumen tender itu.
Tetapi NE menghujahkan pembelaan bahawa ABP, tidak boleh menyaman NE sehingga RM1 juta. Kalau pun NE bersalah. NE hanya perlu bayar RM200 sahaja kerana telah terkandung dalam syarat-syarat kurier NE iaitu"'Standard Conditions of Carriage yang merupakan syarat terdahulu penerimaan konsainan oleh ABP, liabiliti NE adalah terhad kepada RM200.
NE juga berhujah bahawa "Standard Conditions" tersebut terdapat di muka hadapan kesemua nota-nota konsainan NE termasuk bagi penghantaran dokumen tender ABP.
Jadi untuk fahaman mudah saya simpulkan maksud NE di sini. NE kata, syarat awal hendak gunakan servis mereka adalah pengguna perlu setuju, kalau berlaku tuntutan ganti rugi, kerosakan atau apa sahaja yang tak puas hati sekalipun. Ya! Mereka akan bayar tetapi maksimum RM200. Itu sahaja walaupun kerosakan adalah lebih.
Untuk menepis dakwaan ini ABP mempertahankan bahawa Standard Conditions dalam nota-nota konsainan adalah kurang jelas, kabur dan tidak pasti dan juga tiada notis yang munasabah telah diberikan kepada plaintif terhadap "Standards Conditions" tersebut. Oleh itu tidak terpakai syarat ini.
Jadi berdebatlah kedua-dua mereka ini, yang ABP kata begini dan NE pula kata begitu. Siapa yang menang? Mahkamah bersetuju bahawa NE telah gagal menyampaikan dokumen berdasarkan tempoh masa yang ditetapkan.
Oleh yang demikian NE perlu membayar kepada ABP ganti rugi. Pun begitu memandangkan mahkamah juga bersetuju liabiliti NE adalah terhad kepada RM200. Jadi NE perlu membayar RM200 sahaja.
Tetapi memandangkan Defendan (NE) telah berjaya dibuktikan cuai dan menyebabkan ABP membawa kes ini ke mahkamah, jadi NE perlu membayar kos mahkamah sebanyak RM8,000 kepada ABP. Masih juga tidak sampai ratus ribu, jumlah ganti rugi diperolehi.
Mahkamah juga berpendapat bahawa dakwaan ABP bahawa peruntukan klausa pembatasan liabiliti NE adalah kabur, tidak pasti dan kurang jelas adalah tidak berasas. ABP tidak boleh menafikan bahawa ianya telah bersetuju menerima terma-terma yang termaktub dalam "Standard Conditions" itu.
Begitulah keputusan kes ini. Dalam kes ini, mahkamah juga merujuk kepada beberapa kes yang mengandungi prinsip undang-undang yang sama iaitu berkenaan tanggungjawab syarikat kurier.
Memang ada tanggungjawab, tetapi liabilitinya terhad. Maksudnya jika mereka cuai, mereka perlu bayar ganti rugi tetapi tidak banyak dan semuanya terikat kepada syarat-syarat.
Pesanan saya, kalau hendak guna syarikat kurier bagi tujuan penghantaran, janganlah hantar sesuatu yang terlalu benilai seperti handphone, barang kemas atau apa sahaja melebihi nilai ganti rugi yang dibenarkan. Seolah-olah mencari masalah.
Kalau nilai yang mahal, kita ambil inisiatif hantar sendiri atau cari alternative lain atau mungkin naikkan nilai liabiliti/ insurans penghantaran (jika ada).
Jangan dek kerana kecuaian kita, ambil mudah cara penghantaran kita mengalami kerugian.
Sumber : Nor Zabetha
Hati-Hati ‘Scammer’ Penjual Kacang Di Vietnam, ‘Target’ Pelancong Malaysia!

Scammer memang ada di mana-mana, jadi berhati-hati lah kita.
Vietnam antara negara pilihan rakyat Malaysia untuk bercuti dan travel. Selain destinasi bersejarah dan kawasan melancong menarik sebab utama pelancong memilih ke Vietnam adalah untuk membeli-belah.
ARTIKEL BERKAITAN : Bukan Hanya ‘Syurga’ Membeli Belah, Vietnam Juga Ada Kereta Kabel Terpanjang Dunia!

Tapi awas ye, malang tidak berbau. Dalam keghairahan korang membeli belah di sana pastikan tidak tertipu dengan pelbagai helah dari scammer.
Menerusi sebuah perkongsian di Twitter, pelancong dari Malaysia yang menginap atau shopping di sekitar Jalan Melayu, Ho Chi Minh disarankan agar berwaspada dengan penipuan si penjual kacang.
Sebagai peringatan kepada pengunjung di Jalan Melayu, Saigon (Ho Chi Minh). Berhati-hati dengan penipuan si penjual kacang. Target menipu/merompak pelawat-pelawat terutama dari Malaysia. pic.twitter.com/1XjFKoVruX
— Travel Jimat (@TravelJimat) February 10, 2023
Ini kerana mereka sememangnya mensasarkan para pelancong dari Malaysia yang gemar mengunjungi lokasi-lokasi membeli-belah di situ.
Helah Si Penjual Kacang
Modus operandi si penjual kacang adalah dengan memberi kacang secara percuma.
Apabila pelancong mengambil kacang tersebut, mereka akan terus meminta dan memaksa pembayaran wang dari VND150,000 (RM27) hingga ke VND80,000 (RM15).
Malah, ramai pelancong Malaysia yang kurang arif tentang pertukaran wang mereka akan tertipu dan ada yang terpaksa membayar gara-gara mereka dipaksa membayar sehingga diekori kemana-mana.

Lebih parah apabila si penjual kacang akan membuat kecoh dengan memberitahu orang tempatan Vietnam yang lainnya bahawa pelancong tersebut berhutang dan tidak mahu membayar untuk kacang yang telah dimakan.
Sekiranya anda antara yang terperangkap dalam situasi berkenaan, langkah bagi mencegah dari ditipu adalah dengan menolak jualan kacang mereka dengan baik serta mengabaikan sahaja apabila diberikan kacang secara percuma.
Manakala jika anda telah ditipu, sila beritahu tour guide (sekiranya ada) untuk meminta semula wang bayaran. Ini kerana si penipu penjual kacang sangat takut jika laporan polis dibuat oleh pelancong.
Jadi, korang yang merancang ke Vietnam dalam masa terdekat ini harap berhati-hati dan alert dengan scammer ini. Nanti seronok-seronok nak bercuti terus jadi pengalaman tak best!
BACA LAGI : Nasib Ada Insuran Travel, Wanita Ini Kongsi Pengalaman Di Langgar Lori Ketika Bercuti Di Vietnam
Sumber: Twitter Travel Jimat
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.