Ratu Cantik Moscow, Rihana Petra merupakan salah seorang figura yang cukup terkenal di Malaysia. Bukan sahaja kerana kecantikannya, bahkan perkongsian mengenai anak tunggalnya, Ismail Leon menarik perhatian warganet.
Terbaharu menerusi satu hantaran di laman Instagram, wanita berusia 30 tahun ini berkongsi kisah Leon yang sudah pun memasuki tadika walaupun baru sahaja menginjak usia tiga tahun.
Cuba menyelami dunia anaknya itu, Rihana atau nama lahirnya Oxana Andreevna Voevodina berkata, “Mari bersama-sama menyelami dunia kanak-kanak. Apa yang ada? Ada ibu, mainan kegemaran, taska yang selesa, rutin harian, kemudian tadika bermula dan segala-galanya berubah.
“Terdapat tempat yang tidak dikenali, makcik yang pelik, mainan yang pelik, makanan yang berbeza dan yang paling penting, tiada ibu di sekeliling. Sudah tentu, ini memberi tekanan kepada si kecil. Dan mereka mengambil masa untuk menyesuaikan diri.”
Ads
Jelasnya lagi, “Leon masih menyesuaikan diri dengan tadika. Dulu dia pergi tadika separuh hari, sekarang dia pergi tadika sepanjang hari. Dia terpaksa melepaskan tidur petangnya, jadi rutin hariannya sebelum ini sudah terganggu. Dan sekarang pagi kami bermula dengan kata-kata yang dia tidak mahu pergi ke tadika.
“Ya, dan dia juga menangis di muka pintu seperti kebanyakan kanak-kanak lain, saya rasa. Tetapi sebaik sahaja pintu ditutup di belakang saya, semuanya baik-baik saja dan pada waktu petang Leo tidak mahu meninggalkan tadika pula. Lagipun, tadika itu sangat menarik, dia mendapat banyak aktiviti dan banyak kawan!”
Ads
Berkongsi bagaimana dia menghadapi situasi sukar saat mula-mula mendaftar Leon ke tadika, Rihana menyenaraikan cara yang dilakukannya agar Leon lama kelamaan akan mesra dan biasa dengan rutin baru.
Antara aktiviti yang dilakukan adalah dengan cuba keluar di hujung minggu bersama keluarga rakan-rakan tadika Leon dan jika anaknya itu menangis dia tidak turut menangis sebaliknya senyum agar mampu memberikan semangat.
Ads
Semangat betul Leon, walaupun baru berusia tiga tahun, namun ibunya sudah mempersiapkan diri agar dirinya lebih berkeyakinan dan bijak bergaul bersama kanak-kanak lain. Apa yang pasti kecomelannya menambat hati ramai orang!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pengacara dan usahawan terkenal, Noor Neelofa tampil berkongsi tip cara untuk kekal istiqamah bagi memperbaiki diri.
Menerusi program bual bicara MeleTOP Moreh, ibu kepada dua cahaya mata itu dijemput sebagai hos dan pelakon dan personaliti media soial, Norreen Iman sebagai tetamu jemputan.
Menerusi sesi temu bual tersebut, Norreen dilihat tidak dapat menahan sebak apabila berkongsi pengalamannya yang terdetik hati untuk pergi menunaikan ibadah umrah.
“Kalau kita terfikir, dia sama ada kita fikir dulu baru monolog atau monolog dulu baru fikir. Jadi, saya dengar macam tak tahu lah suara saya yang fikir ke.
“Dia macam ‘pergi umrah Norreen’. Aku rasa aku seorang dalam bilik ini. Nak dekat lima minit juga,” kongsi Norreen.
Dalam pada itu, Neelofa memberi kata-kata semangat dan berpesan seseorang perlu mencari ilmu untuk kekal istiqamah.
“Hidayah Allah tu datang kepada semua orang tapi tinggal diorang nak grab atau tidak sahaja.
“Istiqamah itu berat, ringan itu istirehat. Tapi paksalah diri kalau kita nak perbaiki diri. Carilah ilmu kerana ilmu itu adalah kunci kepada hidayah,” tutur Neelofa.
Terdahulu, Norreen telah menarik perhatian ramai apabila muncul dengan imej berhijab.
Menjengah ke ruangan komen menerusi perkongsiannya, pengikut dan kenalan rapat mendoakan pelakon itu agar kekal istiqamah dengan penampilan baharunya.
SUMBER FOTO: Instagram Norreen Iman & Neelofa
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kes positif COVID-19 di negara kita nampaknya masih lagi mencatatkan angka yang membimbangkan, malah lebih ramai kenalan rapat mula dijangkiti virus pandemik ini. Risau, panik, sedih, perasaan bercampur baur memikirkan sekiranya ia berlaku kepada diri dan keluarga sendiri.
Walaupun kita sentiasa berdoa agar dijauhkan daripada wabak ini, namun seeloknya biarlah kita mempunyai sedikit pengetahuan tentang keperluan atau apa sahaja yang perlu dilakukan sekiranya ia berlaku di depan mata.
Kali ini, Remaja nak kongsikan alat perubatan yang perlu ada ketika pandemik untuk dijadikan rujukan apabila perlu.
Tak salah kalau kita ambil tahu dan jadi lebih peka terhadap orang sekeliling kan? Berikut antara yang dikongsi oleh Public Health Malaysia.
1. Alat tekanan darah
Mengukur tekanan darah dan kadar nadi. Tekanan darah normal adalah:
• Sistolik: 120 (julat 90-139) mmHg
• Diastolik: 80 (julat 60-89)
Sistolik bawah <90 atau diastolik <60 dikira sebagai tekanan darah rendah dan bahaya. Nadi yang normal adalah 60-100 degupan jantung seminit.
2. Termometer
Termometer untuk mengukur suhu badan. Suhu 37.5 darjah Celsius atau lebih dikira demam. Suhu melebihi 39.4 darjah Celsius dikira demam tahap tinggi.
3. Oximeter
Posisi jari memainkan peranan dalam bacaan. Pembetulan posisi jari atau percubaan jari lain digalakkan jika bacaan tidak selari.
• 95 dan ke atas: Teruskan pemantauan di rumah
• 93-94: Dapatkan nasihat doktor
• 92 atau kurang: Kecemasan, dapatkan nasihat segera- telefon 999
Duduk & bangun
Duduk tegak, paha dan lutut 90 darjah dengan SPO2 di jari. Mulakan jam randik. Bangun dengan tegak dan duduk semula. Ulang sehingga seminit.
Tanda oksigen bahaya
Oximeter menurun tiga peratus dan terdapat sesak nafas.
Kiraan nafas
Minta bantuan untuk mengira kadar pernafasan. Gunakan jam randik kira pernafasan dalam masa seminit.
– Tahap sederhana
Oximeter 93-94 peratus dan nafas 21-30 nafas seminit
– Tahap teruk
Oximeter kurang dari 93 dan nafas lebih dari 30 nafas seminit
Jika pesakit berada dalam keadaan yang teruk, korang boleh terus hubungi talian 999 untuk dapatkan bantuan.
Ketika umat Islam sedang meneruskan ibadah berpuasa dengan tidak makan dan minum di siang hari, jelitawan bijak negara iaitu Dr. Soo Wincci yang kini berada di Sepanyol bagi terus memburu ijazah kedoktoran (PhD) kedua beliau turut tidak terkecuali daripada berpuasa.
2021 menandakan tahun kesepuluh buat Miss World Malaysia 2008 ini berpuasa dan beliau mempunyai alasan kukuh untuk meneruskan tradisi tersebut biarpun berlainan kepercayaan.
“Bagi saya, saya memang merasai kebaikan berpuasa terutamanya dalam menetapkan semula (reset) badan. Puasa juga mengajar saya agar sentiasa bersyukur dan sabar ketika melakukan rutin harian,” katanya semasa dihubungi REMAJA hari ini.
Biarpun selesa berpuasa atas keinginan diri sendiri, Dr. Soo Wincci yang kini sedang meneruskan pengajian dalam jurusan Artistik Produksi di University of Polytechnic merasakan perbezaan budaya di Sepanyol yang masih kurang memahami maksud di sebalik rutin berpuasa itu adalah antara cabaran terbesarnya.
“Ramai di kalangan mereka yang salah faham mengenai rutin puasa. Ada yang ingat kita boleh minum air, dan ada juga yang langsung tidak memahami apa itu puasa. Jadi setiap kali mereka tertanya-tanya, saya perlu terangkan serba-sedikit mengenainya,” kongsinya lagi.
Ini bukanlah kali pertama Dr Soo Wincci berpuasa di Sepanyol.
Lalu, keperluan menahan lapar dan dahaga selama 16 hingga 18 jam di sana kian sebati dengan dirinya. Begitupun, beliau mengakui lebih berhati-hati dengan pemakanan yang diambil agar badan kekal cergas sepanjang hari.
“Saya akan memilih untuk minum kopi bersama roti saja untuk waktu sahur. Manakala ketika berbuka, saya gemar mengambil sayur dan spaghetti.”
“Kepada semua umat Islam di Malaysia, saya ucapkan selamat berpuasa kepada kalian.
Dan saya berharap agar lebih ramai masyarakat bukan Muslim yang akan mencuba untuk berpuasa kerana ia mempunyai banyak kebaikan,” simpulnya yang juga sedang mempersiapkan beberapa video resepi untuk dikongsikan sempena bulan Ramadan ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi...