Pempengaruh, Leona atau nama penuhnya Kasih Iris Leona meluahkan rasa kecewanya terhadap sikap segelintir netizen yang kerap menegur bentuk lehernya dan mengaitkan ia dengan penyakit tiroid.
Menerusi perkongsian di TikTok, Leona memberi amaran bahawa dia akan memberi penjelasan mengenai hal itu sekali sahaja dan berharap netizen di luar sana tidak akan bertanyakan berkenaan hal tersebut kepadanya lagi.
Kata Leona, dia sudah membuat ujian darah sebanyak dua kali dan hasil keputusan tersebut mendapati dia bebas daripada penyakit tiroid.
Tak cukup dengan itu, dia juga telah menjalani pemeriksaan ultrasound di bahagian leher bagi memastikan dia tidak menghidapi penyakit berkenaan.
Ini adalah posting terakhir saya bercakap tentang hal ini. Sejujurnya ia adalah privasi saya, tetapi anda semua tetap komen tentang hal itu.
“Untuk pengetahuan semua, saya sudah buat pemeriksaan kesihatan, bukan sekali tapi dua kali. Yang pertama saya buat full blood test dan keputusannya clear (tidak menghidap tiroid).
Ads
“Namun anda semua masih bercakap tentang hal itu, jadi saya buat ujian itu sekali lagi. Keputusannya ‘clear’, okey? Dan jika itu tidak cukup, saya juga buat ultrasound dan saiz tiroid saya normal dan kecil saja,” katanya.
Tambah Leona lagi, tubuhnya hanya berisi dan tidak sakit seperti yang diperkatakan orang ramai dek kerana bentuk lehernya itu.
“Ia cuma lemak, saya tidak sakit. Ia tisu yang sihat. Saya nak juga beritahu yang mata saya tidak tersembul, ia cuma besar. Saya minta maaf sebab mata saya besar.
“Tolong berhenti komen tentang tiroid saya. Ia sangat menjengkelkan sebab anda buat saya risau tentang kesihatan saya, walhal saya tahu saya sihat.
Ads
“Terima kasih sebab prihatin tetapi ia sangat biadap untuk memberi komen mengenai tubuh badan seseorang,” katanya lagi.
Rata-rata netizen yang melihat video berkenaan bersimpati dengan nasib Leona yang sering diganggu dengan komen-komen yang menjengkelkan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jenayah tidak mengenal usia. Jika remaja seusianya menghabiskan masa belajar, lain pula halnya dengan seorang remaja berusia 19 tahun yang nekad merompak bank. Banyak adegan menyaksikan penjenayah mengacukan pistol dalam kes rompakan bank namun ternyata penjenayah mati ditembak ini mengacukan sabit di leher tawanannya.
Laporan Harian Metro, seorang penjenayah maut ditembak pengawal keselamatan di sebuah bank di Air Tawar 5, Kota Tinggi, dalam satu insiden rompakan membabitkan tebusan, petang tadi. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ashmon Bajah berkata, kes cubaan samun dan cubaan bunuh itu berlaku jam 2.04 petang.
Katanya, suspek seorang lelaki tempatan berumur 19 tahun yang bersenjatakan sebilah sabit masuk ke kawasan perkhidmatan bank dan mengacukan senjata di leher seorang wanita tempatan yang juga pelanggan bank terbabit.
"Bertindak atas keselamatan pelanggan dan pekerja bank, pegawai keselamatan yang bertugas melepaskan tembakan menggunakan 'pump gun'.
"Tembakan itu mengenai rusuk kanan suspek. Suspek disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Mayat dibawa ke Hospital Sultan Ismail untuk bedah siasat. Dalam insiden ini tiada sebarang kecederaan pada orang awam termasuk tebusan mahupun pekerja bank," katanya dalam satu kenyataan. Ashmon berkata, semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.
Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 393 Kanun Keseksaan. Sumber : Harian Metro/ Gambar : Info Roadblock JPJ/POLIS
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dahulu, tak semua pelajar yang berkeyakinan untuk berdiri di hadapan orang ramai dan berdebat.
Sebelum ini, penulis akui – hanya sekolah elit yang berstatuskan MRSM, Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Agama (SBPA) saja yang mengungguli dunia berdebat ini di peringkat sekolah. Di universiti pula, beberapa nama besar seperti Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Malaya (UM) umpamanya yang menjadi ‘kuasa’ di kalangan universiti lain.
Namun, budaya berdebat dilihat semakin disukai dan diterima ramai. Bukan sebab nak bergaduh cakap tau! Tetapi untuk melontarkan usul, pendapat dan pada masa yang sama, mencabar ketangkasan diri kita berfikir.
Nampaknya, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga merasakan sebegitu.
Ketika berada di rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) baru-baru ini, beliau berkongsi pengalaman lalunya yang juga lemah dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Hanya di penghujung Tingkatan 4, beliau mula mempelajari kemahiran berdebat.
“Setiap hari, saya akan berlatih dan ‘budaya’kan debat dengan kawan lain. Dan hasilnya, boleh juga cakap di depan crowd.
“Debat bagi saya adalah kemahiran yang sangat peting untuk kita mengelak isu anak muda menganggur yang berlaku sekarang. Bukan sebab mereka tidak bagus, tapi kebanyakannya tidak yakin bercakap di dalam Bahasa Inggeris. Malah, bercakap di dalam Bahasa Malaysia secara teratur juga sukar,” katanya.
Saddiq ingin melihat sesi debat diadakan setiap bulan, bermula dengan siri pertama di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) pada 18 September ini.
“Kita mula dengan siri bulanan, kemudian kita cuba setiap minggu pula. Topik semasa selalu bertukar, jadi tidak ada masalah untuk mencari topik. Daripada budaya ‘berdebat’ di media sosial dan parlimen, sekarang kita budayakan debat di peringkat ilmiah pula.”
Korang rasa dengan berdebat, majikan akan lebih yakin dengan pelajar dari institusi di Malaysia?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, viral kisah seorang rider FoodPanda yang kehilangan motor ketika membuat penghantaran makanan di sebuah pasar raya di Batu Caves.
Lebih malang, motosikal yang digunakan untuk mencari rezeki ini khabarnya baru sahaja dibeli tiga bulan yang lalu. Rata-rata warganet simpati akan nasib yang diterima wanita tersebut.
Rupa-rupanya ada hikmah disebalik kejadian yang melanda, hari ini Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman berkenan menyampaikan sumbangan peribadi iaitu sebuah motosikal kepada Nur Athirah Abdul Latiff.
Menerusi sebuah posting di laman Facebook Selangor Royal Official, baginda menzahirkan rasa sedih dan terharu apabila membaca berita yang tular di media sosial mengenai nasib malang gadis berusia 23 tahun itu.
Baginda juga berharap dengan sumbangan itu, Nur Athirah akan kembali meneruskan kerja harian sekali gus dapat menyara keluarga termasuk ibu serta dua adik beradiknya.
Tengku Permaisuri Norashikin bertitah, baginda berharap agar masyarakat di luar sana lebih bersifat perikemanusiaan dan bertimbang rasa selain turut mendoakan agar rakyat terus dimurahkan rezeki serta sentiasa dalam perlindungan Allah SWT.
Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman berkenan menyampaikan sumbangan peribadi iaitu sebuah motosikal kepada Nur Athirah Abdul Latiff yang disampaikan oleh Juruiring Polis (ADC) kepada Tengku Permaisuri Selangor, Inspektor Noor Hidayu Aziz.
Rata-rata warganet mengucapkan terima kasih kepada Tengku Permaisuri Selangor dan memuji sikapnya yang berjiwa rakyat.
Cantik Rupa, Cantik Bahasa
. Terima Kasih Tuanku
Untungnya dapat hadiah dari Tengku Permaisuri Selangor, moga Tuanku dikurniakan kesihatan yang sihat dan usia yang panjang.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...