Kesihatan

Leona Jelas Tentang Bentuk Leher & Tiroid – “Saya Tak Sakit, Itu Adalah Lemak”

Share

Pempengaruh, Leona atau nama penuhnya Kasih Iris Leona meluahkan rasa kecewanya terhadap sikap segelintir netizen yang kerap menegur bentuk lehernya dan mengaitkan ia dengan penyakit tiroid.

ARTIKEL BERKAITAN : Kasih Iris Leona Tidak Faham Cara Pemikiran Azhar Sulaiman, Selalu Tidak Sependapat

Leona

“Saya tak sakit, itu adalah lemak.”

Menerusi perkongsian di TikTok, Leona memberi amaran bahawa dia akan memberi penjelasan mengenai hal itu sekali sahaja dan berharap netizen di luar sana tidak akan bertanyakan berkenaan hal tersebut kepadanya lagi.

Kata Leona, dia sudah membuat ujian darah sebanyak dua kali dan hasil keputusan tersebut mendapati dia bebas daripada penyakit tiroid.

Tak cukup dengan itu, dia juga telah menjalani pemeriksaan ultrasound di bahagian leher bagi memastikan dia tidak menghidapi penyakit berkenaan.

 

@leonathe2nd♬ original sound – le yoooooooo na

Ini adalah posting terakhir saya bercakap tentang hal ini. Sejujurnya ia adalah privasi saya, tetapi anda semua tetap komen tentang hal itu. 

“Untuk pengetahuan semua, saya sudah buat pemeriksaan kesihatan, bukan sekali tapi dua kali. Yang pertama saya buat full blood test dan keputusannya clear (tidak menghidap tiroid). 

“Namun anda semua masih bercakap tentang hal itu, jadi saya buat ujian itu sekali lagi. Keputusannya ‘clear’, okey? Dan jika itu tidak cukup, saya juga buat ultrasound dan saiz tiroid saya normal dan kecil saja,”

katanya.

Tambah Leona lagi, tubuhnya hanya berisi dan tidak sakit seperti yang diperkatakan orang ramai dek kerana bentuk lehernya itu.

“Ia cuma lemak, saya tidak sakit. Ia tisu yang sihat. Saya nak juga beritahu yang mata saya tidak tersembul, ia cuma besar. Saya minta maaf sebab mata saya besar.

“Tolong berhenti komen tentang tiroid saya. Ia sangat menjengkelkan sebab anda buat saya risau tentang kesihatan saya, walhal saya tahu saya sihat.

“Terima kasih sebab prihatin tetapi ia sangat biadap untuk memberi komen mengenai tubuh badan seseorang,” katanya lagi.

Leona

Rata-rata netizen yang melihat video berkenaan bersimpati dengan nasib Leona yang sering diganggu dengan komen-komen yang menjengkelkan.

Hmm…tak baiklah body shaming orang, sian.

BACA LAGI: “Saya Risau Leona Ni Jenis Hari-Hari Bodoh…”, Azhar Sulaiman Bimbang Karenah Anak Perempuan – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana