Berita

Leona Mahu Latih Kembar Jadi Pempengaruh Dalam Tempoh Dua Bulan

Share

Personaliti media sosial yang juga anak kepada pelakon, Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona berazam untuk menjadikan kembarnya sebagai pempengaruh, hanya dalam tempoh dua bulan.

Dedah Leona, personaliti abangnya iaitu Andika Rees Pahamin sangat berbeza dengan dirinya oleh kerana dia seorang yang pemalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Leona ‘Bersuara’ Apabila Sering Dipersoal Tak Fasih Berbahasa Melayu -“Cara Saya Cakap Bahasa Melayu Adalah Normal”

“Kembar saya tak aktif dalam media sosial sebab saya agak dia pemalu orangnya. Tapi saya dah cakap dekat dia yang saya nak latih dia jadi seorang ‘influencer’.

“Jadi sepanjang tempoh dua bulan ini dia kena ikut saja semua benda yang saya buat,” tuturnya menerusi podcast berjudul MyAudioPlus.

Selain itu, Leona turut mendedahkan Rees juga seorang individu yang lemah lembut, sopan selain jauh lebih baik berbanding dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau Saya Gemuk, Adakah Beri Kesan Kepada Anda?” -Kasih Iris Leona Selar Sikap Netizen

“Saya rasa ramai tak tahu kewujudan dia, jadi saya nak kenalkan dia kepada semua orah.

“Karakter abang saya lagi baik daripada saya. Dia seorang yang lemah lembut dan pemalu, tak macam saya,” ujarnya lagi.

Sekadar info, Leona dan Rees merupakan pasangan kembar kepada pelakon Azhar Sulaiman dan isterinya iaitu Chempaka Emalin Pahamin.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: TikTok Affendy Jailani

Published by
Fath