Berita

Leona Mahu ‘Tamatkan’ Kerjaya Sebagai Pempengaruh Selepas Berkahwin

Share

Personaliti media sosial popular, Kasih Iris Leona, mendedahkan akan meninggalkan kerjaya sebagai pempengaruh dan merancang menjadi suri rumah sepenuh masa sebaik sahaja berumah tangga kelak.

Katanya dalam sebuah audio siar, ibu tercintanya, Chempaka Emalin Pahamin adalah ‘role model’ terdekat yang sentiasa memastikan seluruh ahli keluarga kecil mereka terjaga rapi.

ARTIKEL BERKAITAN:

Leona Mahu Latih Kembar Jadi Pempengaruh Dalam Tempoh Dua Bulan

“Saya hanya nak menjadi seorang ibu. Saya nak jadi emak seperti ibu saya. Mungkin ketika itu saya tidak lagi menjadi seorang ‘influencer’.

“Sejak saya kecil bapa saya selalu sibuk dengan kerja, ‘shooting’ dan sebagainya tetapi ibu saya sentiasa ada bersama kami.

“Bukanlah kerana bapa saya sengaja tiada, tapi dia terpaksa bekerja. Jadi atas sebab itu saya sangat mengidolakan ibu saya,” katanya.

Puteri kepada pelakon berpengalaman, Azhar Sulaiman itu turut mengakui telah memaklumkan hasrat mahu berkahwin selepas tamat pengajiannya nanti.

Bagaimanapun, Leona yang bakal menamatkan pengajian pada tahun hadapan, masih belum mempunyai kekasih mahupun calon suami.

“Sejujurnya saya memang sudah beritahu ibu bapa saya selepas habis belajar di universiti nanti, saya nak kahwin.

“Ikutkan saya akan habis pengajian tahun hadapan tetapi sampai sekarang saya masih belum ada sesiapa pun lagi.

“Tapi saya selalu berfikir saya dah sedia nak jadi seorang isteri dan ibu bahkan saya tak kisah kahwin pada usia muda,” tuturnya lagi.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fath