Gelagat pelakon dan penyanyi jelita, Bella Astillah yang memandu sebuah lori telah mencuri perhatian warganet.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, ibu kepada sepasang cahaya mata itu dilihat sedang memandu lori yang membawa barang-barang sumbangan.
Dalam video tersebut, ahli politik terkenal, Syed Saddiq turut kelihatan berada di sebelah Bella. Difahamkan, mereka berada di Sandakan, Sabah untuk mengagihkan barang bantuan kepada individu yang memerlukan.
“Sekarang ini kita nak pergi ke Karamunting dan Batu Sapi. Dia (Saddiq) tak bercakap, diam sahaja,” ujar Bella dalam video berkenaan.
Di ruangan komen, ramai warganet yang kagum dengan kebolehan Bella, malah ada yang menyifatkannya sebagai seorang wanita yang serba boleh.
Ads
“Patutlah Allah uji dia ujian yang hebat sebab dia memang wanita hebat dan boleh laluinya. Lorri pun kau boleh bawa Bella oi!,” komen seorang pengguna.
“Berapa lah Primavalet bayar mereka kan… kena mendaki gunung, kena drive lori,” tulis juga seorang lagi.
Ads
“Bella ada lesen.. memanglah boleh bawa.. yang tak boleh itu ex nya.. tiada lesen,” seloroh seorang pengguna.
Sebelum ini, Bella dan Syed Saddiq juga tumpuan warganet selepas memuat naik hantaran di lokasi Panalaban atau Laban Rata, salah satu perhentian di trek pendakian Gunung Kinabalu, serta selepas mereka tiba di puncak gunung tersebut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa selalu macam ni? Kalau korang nak tahu aktor yang pernah memenangi Oscar iaitu Brad Pitt juga menderita dengan penyakit prosopagnosia ini. Brad Pitt disyaki mengalami sejenis penyakit dikenali sebagai ‘buta muka’ yang menyukarkan dia mengecam orang lain.
Malah penyakit yang tidak didiagnosis itu dikatakan sebagai punca dia menyendiri dan kelihatan seperti mementingkan diri sendiri.
Pitt, 58, berkata dia mahu mengingati wajah orang ramai namun kecewa apabila dia tidak mampu berbuat demikian.
Salah satu perubahan ketara dalam kehidupan Brad Pitt ialah kesihatannya. Selepas Angelina Jolie memfailkan perceraian pada tahun 2016, Brad cuba untuk lebih peka terhadap kesihatannya. Malah, Brad sanggup menghadiri Alcoholics Anonymous (AA), sebuah persatuan tidak rasmi untuk bekas penagih alkohol.
“Saya mempunyai kumpulan lelaki yang sangat hebat di sini yang sangat peribadi dan selektif, jadi ia selamat,” kata Brad Pitt dalam majalah GQ edisi Ogos 2022 yang dipetik dari Insider.
“”Kerana saya telah melihat hal-hal dari orang lain yang telah dirakam saat mereka menumpahkan isi perut mereka, dan itu sangat mengerikan bagi saya,”” sambungnya.
“RAMAI ORANG MEMBENCI SAYA KERANA MEREKA FIKIR SAYA TIDAK MENGHORMATI MEREKA. WAJAH ADALAH MISTERI BAGI SAYA.. SAYA TIDAK DAPAT MEMAHAMI MUKA-MUKA MANUSIA . SAYA AKAN MENGUJINYA,” KATA PITT PADA TAHUN 2013.
Selepas merujuk kepada penyakitnya, Brad Pitt malah memberi petanda kepada rancangannya untuk bersara. Walau bagaimanapun, Brad masih dijadualkan untuk muncul dalam Bullet Train (ditayangkan 2022) dan drama sejarah Babylon.
Apa Itu Prosopagnosia
Penyakit prosopagnosia mungkin masih asing bagi kebanyakan orang. Penyakit ini merupakan gangguan yang menyukarkan penghidap untuk mengenali wajah orang lain termasuk wajah mereka sendiri.
Malah, seseorang yang mengalami gangguan prosopagnosia tidak dapat mengenali wajah rakan, pasangan, dan juga keluarga mereka sendiri, yang boleh menyebabkan masalah berterusan dalam hidup mereka. Prosopagnosia sendiri terbahagi kepada dua jenis iaitu:
Developmental prosopagnosia: keadaan dimana seseorang mengalami kelainan prosopagnosia tanpa kerosakan otak.
Acquired prosopagnosia: keadaan seseorang mengalami kelainan prosopagnosia setelah mengalami kerosakan otak. Contohnya, akibat stroke atau cedera otak.
National Institutes of Health menyenaraikan gajala prosopagnosia boleh melumpuhkan sosial seseorang seperti berikut;
Individu yang mengalami masalah itu sering mengalami kesukaran untuk mengenali ahli keluarga dan teman rapat walaupun sering bertemu.
Mereka sering menggunakan cara lain untuk mengenal pasti seseorang seperti melalui suara, pakaian atau sifat fizikal yang unik.
Kanak-kanak yang mengalami prosopagnosia kongenital sukar mengenali wajah sejak kecil.
Rawatan prosopagnosia disediakan kepada pesakit yang mengalami strok atau trauma otak. Mereka dilatih menggunakan petunjuk lain untuk mengenal pasti individu.
Malah, dalam drama-drama Korea juga kian mengangkat dan memberi kesadaran mengenai penyakit ini.Bagi anda yang tidak tahu, berikut adalah drama Korea yang menampilkan watak prosopagnosia
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ibu kepada pelakon jelita, Zahirah Macwilson, Maslinda Yusoff tidak melenting apabila anaknya disindir secara terbuka oleh pelakon Fathia Latiff baru-baru ini, sebaliknya memuji keperibadian anak tercintanya itu.
Maslinda dalam satu hantaran di laman Instagram berkata, isteri kepada aktor Aiman Hakim Ridza itu merupakan seorang yang memiliki keperibadian cantik luar dan dalam, termasuk menjadi seorang ibu.
Bahkan, ibunya turut menyifatkan pelakon naskhah hit Tiada Maaf Buatmu itu sebagai seorang anak yang bertanggungjawab.
“Kamu (Zahirah) cantik luar dan dalam. Anak, ibu dan isteri penyayang serta mengambil berat.
“Sayang kamu sangat, kak”
Sebelum ini, pelakon naskhah popular Ariana Rose, Fathia Latiff menyifatkan Zahirah Macwilson saling tidak tumpah seperti seorang bibik (pembantu rumah).
Dia berkata demikian ketika menjawab komen peminat dalam siaran langsung media sosial yang mengatakan bahawa Zahirah memiliki kecantikan semula jadi sebagai seorang wanita.
Dalam pada itu, dia turut bersyukur kerana tidak berkahwin dengan Aiman yang menurutnya tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Maslinda
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ulang tahun kelahiran penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang ke-45 hari ini, pastinya cukup istimewa dan amat bermakna buat dirinya.
Sempena ulang tahun kelahiran penyanyi kesayangan ramai ini, Remaja kongsikan ‘rahsia’ rutin penjagaan wajah dan tubuh badan daripada anak kelahiran negeri Pahang tersebut.
Maklumlah, figura ini sentiasa kelihatan awet muda persis anak dara walaupun separuh umurnya sudah memasuki empat siri.
Semestinya juga sebagai seorang wanita yang bekerjaya, jadual hariannya tentu padat bagi menguruskan kerjaya hakiki dan keluarga tercinta. Namun, pada masa sama harus juga menitik beratkan penjagaan kesihatan dan wajah agar kekal sihat dan sejahtera.
Kongsi Siti Nurhaliza yang lebih disapa Tokti, dia memaklumkan dirinya tidaklah terlalu obses dalam penjagaan, namun sudah tentunya dia akan menggunakan set produk keluarannya agar kekal sihat luaran dan dalaman.
Selain daripada produknya, penyanyi lagu hit Wajah Kekasih itu juga tidak terlepas peluang untuk melakuan aktiviti senaman di kediamannya sahaja seperti Muay Thai dan gimnasium.
“Saya tidaklah terlalu obses dalam penjagaan tetapi sebagai pengasas produk, saya berusaha menghasilkan produk terbaik dan akan menggunakannya.
“Set penjagaan kulit muka dan juga kosmetik tentunya dari SimplySiti dan untuk minuman kesihatan luaran dalaman dari BeauSiti. Saya juga melakukan senaman, Muay Thai atau di gimnasium di rumah juga,” tuturnya kepada Remaja.
Bagi aktiviti outdoor pula, selain berbasikal, legenda negara ini turut akan ke sauna dan melakukan urut badan jika mempunyai kelapangan waktu.
“Selain berbasikal, saya juga akan masuk ke sauna jika ada waktu dan melakukan urutan badan juga,” kongsinya lagi.
Bagi yang mengikuti ibu kepada dua cahaya mata itu di media sosial, pasti gemar dan tidak akan terlepas melihat celoteh Tokti jika selebriti kesayangannya itu melakukan sesi siaran langsung.
Ada kalanya beliau melakukan sesi siaran langsung memasak, bersolek di dalam kereta dan sebagainya. Sempat juga Remaja bertanya mengenai perkara tersebut.
“Saya jarang ada waktu terluang dan saya gunakan waktu di dalam kereta untuk siaran langsung (live). Memasak juga saya buat live sekali sekala.
“Ini adalah realiti kehidupan, saya mahu memberitahu peminat bahawa saya juga seperti mereka menjalani kehidupan seperti orang lain,” ujarnya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Walaupun baru sahaja membuat persembahan bertenaga sehingga mencuri perhatian para penonton di Coachella 2025, Lisa BLACKPINK membuat keputusan mengejutkan apabila menolak jemputan untuk tampil...