Seakan tahu ajalnya semakin dekat, seorang remaja yang lemas ketika mandi berdekatan Jeti Nelayan Kampung Chodan, Segamat, Johor, Rafiq Afifi Rohaizat, 18 sempat menyatakan mahu berpindah ke Johor kepada rakan sekelasnya.
Arwah yang mengambil Diploma Program Perniagaan di Kolej Vokasional Bentong, sempat berkongsi niatnya itu sejurus selepas kelas berakhir pada Jumaat lalu.
Menurut rakan sekelas arwah, mereka semua tidak menyangka perbualan “mahu tinggal di Johor” itu menjadi kenyataan apabila mendapat tahu arwah lemas ketika mandi di sungai.
“Wajah arwah nampak tenang ketika mengucap hal itu. Dia kata nak pindah Johor. Dan bila kami tanya kenapa mahu pindah ke sana, katanya rumah makciknya ada di situ. Rupanya itulah maksud sebenar arwah dia ingin menetap di Johor buat selama-lamanya,” kata rakan sekelas mangsa Izzatul Firashah Hamdan, 18 saat dihubungi REMAJA.
Menyifatkan arwah sebagai seorang yang baik hati, sikapnya buat dirinya dikenali ramai.
Ads
“Memang sedih kerana tak menyangka kejadian ini berlaku. Kami semua yang mengenalinya begitu terkejut mendengar berita dirinya lemas. Masa arwah cakap nak pindah ke Johor, kami semua tak faham maksudnya. Ada yang siap bertanya, bukan ke ada setahun lagi nak habis Diploma, kenapa nak pindah tiba-tiba. Tapi arwah cakap nak pindah ke Johor dah lepas ini sebab ada rumah makciknya.
“Bila kejadian ini berlaku, kami sangat terkejut dan begitu sedih,” katanya memaklumkan, sebelum kejadian, arwah ada mengalami kemalangan motosikal.
Ads
“Arwah dapat surat cuti sakit dua hari iaitu pada hari Selasa dan Rabu. Hari Khamis dia dah masuk kelas. Luka di mukanya juga cepat kering. Hari Jumaat itulah kami berbual sebelum masing-masing bergerak balik. Arwah duduk menyewa di luar kerana tidak mendapat asrama,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, mengikut kisah yang dinyatakan oleh Wakil Rakyat kawasan terbabit, YB Dr Sulaiman Mohd Noor, di fbnya, pencarian selama dua hari dilakukan oleh pihak berkuasa berikutan kejadian lemas ini di mana arwah lemas pada hari Sabtu, 16 hb Mac.
Ads
Dalam catatannya beliau menulis, seorang remaja berusia 18 tahun lemas setelah dibawa arus sungai. Difahamkan mangsa bersama adiknya 16 tahun dan sepupunya 10 tahun ketika itu sedang bermandi. Dua lagi mangsa adik dan sepupunya dapat diselamatkan oleh bapa saudaranya yang kebetulan berada sama ketika itu. Menurut bapa saudara mangsa yang bernama Khairul Nizam Abd Rahman, beliau sempat menyelamatkan anak saudara mereka berusia 16 tahun dan anaknya sendiri 10 tahun namun Rafiq tidak sempat diselamatkan.
Biar pencarian dilakukan sehingga jam tujuh malam termasuk laungan azan dilakukan, penyambungan pencarian dilakukan hari berikutnya.
Alhamdulillah, sekitar jam 3.50 petang 200 meter dari lokasi Jeti Nelayan iaitu pada hari Ahad, mayat arwah ditemui semalam.
Malam semalam, jenazah Rafiq Afif Rohaizat selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kg Tekam sekitar jam 9.00 malam. Sama-sama kita doakan agar Allahyarham ditempatkan di Jannah Allah bersama orang-orang beriman. Aamiin.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejak kebelakangan ni banyak pula cerita kematian yang disebabkan oleh depresi.
Terbaru, negara dikejutkan dengan kematian atlet renang Sarawak Ayrton Lim, 19 yang ditemui tidak sedarkan diri di ruang tamu rumah keluarganya di Tabuan Laru sekitar tengah hari tadi.
Menurut Astro Awani, Ayrton Lim ditemui ibunya dalam keadaan tidak sedarkan diri, sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik Hospital Umum Sarawak.
Difahamkan Ayrton baru saja pulang menjalani latihan di Singapura. Kematian Ayrton Lim bukan hanya membuat rakan-rakan dan keluarga terdekatnya berduka, malah pengikutnya di Instagram meluahkan rasa sedih.
Hoping that i got fake news
Rest in peace
Beberapa jam sebelum ditemui mati, Ayrton Lim telah memuatnaik sebuah gambar suasana langit di matahari terbit di waktu pagi . Dalam gambar yang mungkin juga posting terakhirnya, Ayrton Lim menulis sepotong ayat yang menggambarkan dirinya sedang bersedih dan terkilan.
Dan lebih menyedihkan, pada 6 hari yang lalu, Ayrton Lim ada memuatnaik gambar ibunya dengan ucapan “Saya Sayang Mummy” dengan emoji sedih. Momen yang dimuat naik di IG stories ini telah di simpan dalam salah satu album Highlight di Instagramnya.
“Saya Sayang Mummy”
Ibu Ayrton ada memberitahu beliau dipercayai mengalami kemurungan sejak tiga hari lalu.
Untuk info, mangsa sebelum ini yang pernah mewakili Sarawak dalam Sukan Malaysia (SUKMA) pada tahun lepas.
Rest in peace buat Ayrton Lim dari Remaja. So remaja di luar sana berjaga-jaga dan lebih berfikiran terbuka mengenai depresi. Kerana ianya bukanlah sesuatu perkara yang remeh-temeh. Buat semua anak muda, take note.
Semua yang hidup pasti akan kembali semula kepadaNya.
Setelah beberapa bulan bertarung dengan penyakit kanser otak tahap empat dan kanser buah pinggang, bayi empat bulan bernama Kyfa Nishka Al-Kautsar Mohd Farham telah menghembuskan nafas terakhir pada petang tadi.
Salah seorang selebriti yang mengikuti perkembangan kes ini secara dekat iaitu Mawar Karim menjadi antara yang pertama mengucapkan takziah di Instagram.
“Al-Fatihah. Baby Nishka berehatlah di syurga, (syurga) menanti awak di sana. Setelah berjuang bertarung nyawa, Allah lebih sayangkan baby Nishka.
“(Saya) terima panggilan daripada ibu bapa Nishka mengatakan dia sudah meninggal dunia. Sejujurnya saya memang tak mampu untuk melihat anak syurga ini yang tabah bertarung nyawa,” kata Mawar di ruangan caption.
Sementara itu, followers Mawar turut menguntumkan ucapan takziah kepada ibu bapa Nishka yang pastinya sedang bersedih dengan pemergian ini.
Sejak pagi tadi, ibunya Khairiah Kamarudin, 35, berkata dia reda jika Nishka dijemput Ilahi.
Bercakap kepada rakan media di Harian Metro, dia mengulas, “Mommy reda jika adik mahu pula kepada pencipta kerana tidak sanggup melihat adik derita.
“Saya bersedia jika apa-apa berlaku ke atas bayi kerana sedih melihatnya tenat dan memakai alat bantuan pernafasan.
“Kepalanya juga semakin membesar dari 34sm semasa lahir hingga ke 44sm, sekarang,” katanya.
Di sini, REMAJA berharap agar Puan Khairiah dan suaminya, Mohd Farham Che Ahmad bertabah dengan pemergian ini. Syurga pastinya menanti anak kecil ini.
Al-Fatihah.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pandemik Covid-19 terus menjadi punca kematian tertinggi di dunia.
Terbaru bekas presiden India, Pranab Mukherjee menjadi mangsa apabila beliau dilaporkan meninggal dunia selepas 21 hari disahkan positive virus COVID-19.
Menerusi laporan berita AP, beliau dikesan dijangkiti virus tersebut ketika dimasukkan ke hospital kerana menjalani pembedahan untuk membuang darah beku diotaknya.
Kematian tokoh politik India itu disahkan sendiri oleh anakya Abhijit menerusi satu ciapan di akaun Twitternya.
Mendiang yang berusia 84 tahun merupakan Presiden India dari tahun 2012 hingga 2017. Sebelum memegang jawatan sebagai Presiden beliau pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Pertahan, Kewangan dan Hal Ehwal Luar Negeri.
Mukherjee pernah dianugerahkan dengan gelaran Bharat Ratna pingat penghormatan awam tertinggi India pada tahun 2019. Beliau meninggalkan dua orang anak lelaki dan seorang anak perempuan, manakala isterinya telah meninggal dunia pada tahun 2015.
***P/S : Untuk Remaja semua sentiasalah menjaga penjarakan sosial dan mengenakan topeng muka ketika berada di luar rumah. Prihatin dengan keadaan sekeliling.
Insya-Allah kita berjaya menhadapi pandemik COVID-19 dengan baik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ratu cantik Malaysia, Rashmita Rasindran tampil membanggakan negara apabila dinobat sebagai juara pertandingan Miss Charm 2024 yang melabuhkan tirainya pada hujung minggu lalu.Bertempat di...