Selepas #KekeChallenge mendapat sambutan tahun lalu di mana artis Malaysia adalah golongan teratas melakukannya (tentu ramai masih ingat aksi Siti Sarah Raisuddin, Fatin Afeefa, Irfan Haris, Johan Era dan ramai lagi menari) nampaknya tirai 2019 dibuka dengan Bird Box Challenge pula.
Jika Keke Challenge memerlukan keluar dari kereta dan terus menari dengan kereta bergerak perlahan bagaimana pun Bird Box Challenge lebih ekstrem.
Mereka yang menyahut cabaran ini perlu MENUTUP MATA menggunakan kain melakukan aktiviti berisiko tinggi. Cabaran ini termasuk memasak, mengumpul kayu api dan membungkus kotak (hokay, kita tunggu artis mana yang akan jadi individu pertama menyahut cabaran ini atau untuk stay positif kita andaikan penirunya ingin merasai kehidupan orang buta, mana tahukan niat orang).
Lebih bahaya, ada yang menutup mata sambil memandu dan melakukan pelbagai aktiviti lain yang berbahaya.
Lihat aksi masyarakat Barat yang sudah mula meniru aktiviti agak berbahaya ini. Korang rasa boleh ke dia memasak dalam keadaan mata tertutup seperti dilakukan pemuda di bawah ini?
Ads
Di sebalik #BirdBoxChallenge mula tular dan ditiru oleh masyarakat akhir zaman ini, bagaimana pun Netflix yang mengeluarkan filem “Bird Box” lakonan Sandra Bullock dan telah ditonton oleh 45 juta kali ini sejak 13 Disember tahun lalu, menggesa agar orang ramai tidak meniru atau mengikut Bird Box Challenge ini.
Ads
Dalam satu tweetnya, Netflix menasihati orang ramai agar tidak mencederakan diri masing-masing dengan melakukan aktiviti Bird Box Challenge Ini.
Kami tidak percaya yang kami harus mengatakannya, tapi: TOLONG JANGAN MENCEDERAKAN DIRI ANDA DENGAN BIRD BOX CHALLENGE.
Ads
“Kami tidak tahu bagaimana ia bermula, dan kami hargai sokongan anda, tapi Boy dan Girl (nama watak kanak-kanak dalam filem tersebut) hanya ada satu permintaan untuk 2019 iaitu jangan biarkan diri anda berakhir di hospital disebabkan oleh cabaran ini.”
Bagi mereka yang masih belum menontonnya, ini adalah sinopsis Bird Box
“Lima tahun selepas kehadiran malapetaka yang tidak boleh dilihat dan mendorong orang ramai membunuh diri, seorang wanita bersama dua kanak-kanak berjuang untuk menyelamatkan nyawa mereka dengan menuju ke tempat yang selamat.”
Apa kata korang tentang cabaran 2019 ini? Ada bran?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Aplikasi MySejahtera memang sangat membantu bagi mengenalpasti titik penyebaran COVID-19 serta langkah pencegahan untuk mengawalnya di lokasi tersebut dengan lebih efisen. Malah, beberapa perubahan telah pun dibuat sebelum ini bagi menambah baik aplikasi ini.
Jika sebelum ini Kiosk Bantuan MySejahtera dilancarkan dalam bentuk fizikal buat penduduk sekitar Lembah Klang.
Terkini aplikasi ini sekali lagi diupdate, tiada lagi perubahan status di aplikasi MySejahtera sekiranya orang ramai dikesan sebagai kontak kasual (kuning) kepada kes positif COVID-19.
Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi ciapan di laman Twitter beliau berkata sebaliknya individu berkenaan hanya akan menerima notifikasi memaklumkan mereka adalah kontak kasual.
Sebelum ini apabila MySJ Trace/Check-in mengesan anda sebagai Kontak Kasual kes +ve, status di MySj akan bertukar kepada Kontak Kasual (kuning). Kini tiada lagi perubahan status. Tetapi anda akan menerima notifikasi. Jika bergejala, asingkan diri & lakukan ujian kendiri. #TRIISpic.twitter.com/yS388WNFKH
“Sebelum ini apabila MySJ trace/check-in mengesan anda sebagai kontak kasual kes positif, status di MySJ akan bertukar kepada kontak kasual (kuning).
“Kini tiada lagi perubahan status. Tetapi anda akan menerima notifikasi. Jika bergejala, asingkan diri dan lakukan ujian kendiri,” katanya.
Khairy turut memuat naik poster mengenai langkah meningkatkan penilaian kendiri Covid-19 Kementerian Kesihatan: Tingkatkan Penilaian Kendiri Covid-19 merangkumi lima peringkat iaitu Test; Report; Isolate; Inform; dan Seek.
Bagi Test, orang ramai digesa segera melakukan ujian saringan Covid-19 secara kendiri sekiranya mengalami simptom jangkitan seperti selesema, demam, batuk dan lain-lain.
Manakala bagi Reportpula, orang ramai digesa melaporkan keputusan saringan secepat mungkin di aplikasi MySejahtera, dan untuk Isolate, mereka yang positif perlu melakukan pengasingan kendiri dengan segera, berdisiplin, selain mematuhi perintah Kementerian Kesihatan (KKM).
Bagi Inform pula, orang ramai perlu segera memaklumkan kepada kontak rapat sekiranya ujian Covid-19 didapati positif, dan kepada pihak berwajib berhampiran sekiranya kesihatan diri semakin merosot ketika menjalani kuarantin kendiri.
SementaraSeek pula, pesakit perlu mendapatkan rawatan segera di pusat-pusat perubatan atau CAC berhampiran jika mengalami gejala berat seperti kesukaran bernafas dan suhu badan yang tinggi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber : Twitter KJ/ Berita Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ada beza maksud antara seorang kawan dan sahabat. Ada juga menkategorikan sebagai rakan, kenalan dan lain lagi.Nampak macam sama maksudnya tapi berbeza maksud.
Bagi yang masih kurang jelas, ini definisi maksud bagi istilah kawan dan sahabat.
Seorang kawan membawa maksud kita boleh berkongsi lebih dari satu perkara seperti minat, hobi, perasaan dan lain lagi. Walau ramai kawan tetapi adakalanya kerana satu perselisihan faham, kita boleh putus kawan.
Berbeza dengan istilah sahabat. Sahabat adalah orang yang memiliki tanggungjawab terhadap diri kita tapi tiada hubungan darah pun. Biasanya mereka ini lebih setiakawan, banyak membantu di saat kita susah, mampu meredakan kesusahan kita alami, menghilangkan kebimbangan dan mampu menyimpan banyak rahsia hidup kita termasuk aib kita. Malah mereka akan sentiasa melindungi kita.
Jika dilihat pada hadis-hadis nabi, perkataan sahaabat-sahabat sering ditulis dan ini menunjukkan ikatan SAHABAT itu lebih jauh besar nilainya berbanding nilai seorang kawan.
Malah seorang ulama besar Ibnu Jauzi pernah berkata kepada sahabatnya sambil menangis
" Jika kamu tidak menemui aku di syurga bersama kamu, maka tolonglah tanya kepada Allah tentang aku. Wahai Tuhan kami, si fulan sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang Engkau, maka masukkanlah dia bersama kami di syurga."
Ibnu Jauzi berpesan begini bersandar kepada sebuah hadis :
"Apabila penghuni syurga telah masuk ke dalam syurga lalu mereka tidak menemukan sahabat-sahabat mereka yang selalu bersama mereka dahulu di dunia, maka mereka pun bertanya kepada Allah ; Ya Rabb! kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di dunia bersolat bersama kami, berpuasa bersama kami dan berjuang bersama kami…"
Maka Allah berfirman, " Pergilah ke neraka, lalu keluarkanlah sahabat-sahabatmu yang di hatinya ada iman, walau hanya sebesar zarrah".
(Ibnu Mubarak dlm kitab Az Zuhd).
Bacalah perkongsian ilmu (nama penulis asal tidak ditemui namun catatannya sangat baik) untuk kita sama-sama mencari seorang sahabat yang baik dan mampu bertanya di hadapan Allah jika tidak nampak kita di syurga kelak. Memang sangat berkesan di hati.
Menziarahi seorang teman yang sedang tenat sakitnya, dia menggenggam erat tangan saya, lalu bercakap dengan nada yang perlahan "kau kemari", seperti mahu membisikkan sesuatu.
Dalam airmata bergenang dan lafaz yang tersangkut-sangkut dia berkata," jika kau tidak nampak aku di syurga, tolong tanya Allah di mana aku, tolonglah aku ketika itu…"
Dia langsung teresak menangis, lalu saya memeluknya dan meletakkan muka saya di bahunya. Saya berbisik," In Shaa Allah, In Shaa Allah, aku juga mohon kau buat begitu jika kau juga tidak nampak aku di syurga…"
Kami menangis bersama, entah berapa lama…
Bila saya meninggalkan wad hospital, saya terkenang pesanannya.
Sebenarnya pesanan itu pernah dipesan oleh seorang ulamak besar, Ibnu Jauzi, yang berkata kepada sahabatnya sambil menangis :
" Jika kamu tidak menemui aku di syurga bersama kamu, maka tolonglah tanya kepada Allah tentang aku. Wahai Tuhan kami, si fulan sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang Engkau, maka masukkanlah dia bersama kami di syurga."
Ibnu Jauzi berpesan begini bersandar kepada sebuah hadis :
"Apabila penghuni syurga telah masuk ke dalam syurga lalu mereka tidak menemukan sahabat-sahabat mereka yg selalu bersama mereka dahulu di dunia, maka mereka pun bertanya kepada Allah ; Ya Rabb! kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di dunia bersolat bersama kami, berpuasa bersama kami dan berjuang bersama kami…"
Maka Allah berfirman, " Pergilah ke neraka, lalu keluarkanlah sahabat-sahabatmu yang di hatinya ada iman, walau hanya sebesar zarrah".
(Ibnu Mubarak dlm kitab Az Zuhd)
Maka wahai sahabat- sahabatku,
Di dalam bersahabat, pilihlah mereka yang boleh membantu kita bukan setakat dunia, tetapi sampai ke akhirat.
Carilah sahabat- sahabat yang senantiasa berbuat ibadat, bersolat jemaah, berpuasa dan sentiasa berpesan ke arah keimanan, serta berjuang untuk menegakkan agama Allah ini.
Carilah teman yg mengajak ke majlis ilmu, mengajak berbuat kebaikan, bermuafakat untuk kerja kebajikan, serta selalu berpesan dengan kebenaran.
Teman yang dicari kerana urusan niaga, pekerjaan, teman tengok bola, teman memancing, teman bershopping, teman facebook untuk bercerita hal politik, teman whatsapp untuk bersembang hal dunia, akan berpisah pada garis mati dan masing-masing hanya akan membawa diri sendiri.
Tetapi teman yang bertakwa, akan mencari kita untuk bersama dia hingga ke syurga.
Semaklah diri, apakah ada teman yg sebegini dalam kehidupan kita, atau yang ada mungkin lebih teruk dari kita.
Ayuh bertindak sekarang, kurangkan masa dengan teman yang hanya condong pada garis dunia, carilah teman yang boleh membawa kita bersama ke syurga, kerana kita tidak boleh mengharap ibadat kita sahaja untuk ke syurga Allah kerana kita tidak tahu penghalang kita untuk terus ke syurga Allah.
Pelbagaikanlah usaha, moga satu darinya akan tersangkut, membawa kita ke pintu syurga.
Al-Hasan Al-Bashri berkata :
"Perbanyakkanlah sahabat-sahabat mukminmu, kerana mereka memiliki syafaat pada hari kiamat”.
Pejamkan mata, berfikirlah, siapa agaknya antara sahabat-sahabat kita yang akan mencari dan mengajak kita bersama-samanya ke syurga.
Jika tiada, mulakan hari ini mencari teman ke syurga sebagai suatu misi peribadi.
*Sahabat, tolong tanyakan Allah jika aku tiada bersamamu di syurga*
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pada usia 25 tahun, pemenang dua kali pingat emas Sukan Paralimpik dalam acara lompat jauh T20, Abdul Latif Romly telahpun dikurniakan pangkat Datuk. Fuh!
Melalui perkongsian di laman Instagram Majlis Sukan Negara (MSN), penganugerahan pingat itu kepada Latif membawa gelaran ‘Datuk’.
“Tahniah!!! Datuk Latif Romly. Atlet Para Olahraga Abdul Latif Romly terima pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran ‘Datuk’,” kata MSN.
Latif Romly telah mempamerkan aksi yang cemerlang pada temasya sukan Paralimpik Tokyo 2020 dengan menghadiahkan pingat emas buat Malaysia dalam acara akhir lompat jauh (T20).
Tidak cuma itu, atlet berusia 25 tahun itu turut memenangi pingat emas di Paralimpik Rio pada tahun 2016 dan merupakan pemegang rekod dunia bagi lompatan sejauh 7.64 meter di Sukan Para Asia 2018 di Indonesia.
Selain Latif Romly, bekas atlet penerjun negara, Leong Mun Yee turut dikurniakan gelaran Datuk.
Congrats Datuk Latif Romly dan Datuk Leong Mun Yee.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...