Elon Musk seringkali hadir dengan idea yang luar biasa dan ‘gila’ bagi sesetengah orang. Berjaya membangunkan Tesla dan Space X sekaligus berjaya membuatkan orang ramai kagum dengan keupayaan beliau.
ARTIKEL BERKAITAN : Elon Musk Lancar Tesla Bot, Robot Dengan Bentuk Manusia – REMAJA
Jika sebelum ini jutawan dunia ini berhasrat memiliki keseluruhan laman sosial popular Twitter, terbaru satu lagi ciapan beliau menjadi tanda tanya.
Pengarah syarikat Tesla dan pemilik aplikasi Twitter, Elon Musk mendedahkan dia beli kelab gergasi Eropah, Manchester United (MU). Dalam satu ciapan di Twitter pagi tadi, pada awalnya Elon menjelaskan tentang prinsipnya dalam memberi sokongan secara adil kepada dua haluan parti politik.
Dalam masa sama, dia juga memaklumkan dipercayai akan memiliki The Red Devils hingga pengumuman itu membuatkan ramai terkejut.
“Supaya semua jelas, saya menyokong sebahagian Parti Republik (kiri) dan sebahagian Parti Demokratik (kanan).
“Juga, saya membeli Manchester United. Terima kasih,” jelasnya di Twitter.
Tetapi sebelum ini beliau juga seakan berseloroh apabila menunjukkan keinginan membeli Twitter sebelum secara mengejut berkata akan menarik diri selepas mendakwa platform media sosial tersebut tidak telus mengenai jumlah pengguna bukan manusia.
Kedua-dua pihak kini menyaman antara sama sama lain oleh sebab pembelian yang ingin dibatalkan.
Sementara itu, merujuk laporan Channel News Asia (CNA), United yang kini dimiliki oleh Glazer dipercayai belum memberikan sebarang respon mengenai perkara itu.
Untuk rekod seperti yang dilapor CNA, nilai pasaran terkini bagi Manchester United adalah berjumlah RM9.2 bilion. Terdahulu, Glazer telah dilaporkan membeli United dengan harga RM4.2 bilion pada tahun 2005.
BACA LAGI : Less Is More, Contoh Resume Infografik Elon Musk Yang Patut Korang Tiru. Baru La 2020!
Sumber: Twitter Elon Musk
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.