
Kalau dua hari berturut-turut Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenaan untuk ‘belanja’ KFC dan McD kepada petugas media yang menunggu di luar Istana Negara.
Hari ni petugas media dapat Aiskrim Malaysia pula, memang murah rezeki mereka ini!
Syarikat telekomunikasi TuneTalk turut turun padang mengagihkan aiskrim Malaysia untuk petugas yang sentiasa menunggu di bawah terik matahari bagi melaporkan keadaan terkini.
Perkara itu dikongsi seorang pengguna Twitter dengan memuat naik beberapa keping gambar yang kelihatan terpancar wajah-wajah gembira mereka setelah dapat menikmati aiskrim berkenaan.
Semalam KFC. Harini tunetalk pula bagi free ice cream dan makanan kat Istana. Nampak lapar betul depa. 😂 pic.twitter.com/i3WUV04EBv
— 👨🏫 (@SyafaatNasir) February 25, 2020
“Semalam KFC. Hari ni (semalam) tunetalk pula bagi aiskrim percuma dan makanan kat Istana. Nampak lapar betul depa,” tulis Syafaat Nasir.
Posting tersebut diulang kicau sebanyak 3,100 kali dan mendapat 7,100 tanda suka serta komen warganet yang rata-rata meluahkan rasa keinginan untuk turut serta menerima makanan percuma.
Esok Nak Lepak Istana!
Murah rezeki petugas media, lepas ni lebih semangat nak melaporkan berita dengan cepat & pantas!
Pelajar Buta Sebelah Mata, Gara-Gara Tidur Dengan Kanta Lekap

Kanta lekap mungkin kelihatan mudah pakai dan glamor.
Tetapi salah langkah, boleh buat mata sakit atau kurang daya penglihatan tau. Semakin ramai pemakai kanta lekap remaja yang mengalami masalah penglihatan akibat kesalahan yang mereka lakukan semasa pemakaian.
ARTIKEL BERKAITAN : Risiko Mata Boleh Jadi Buta Jika Memakai Contact Lens Sama Berulang Kali – Dr Aida
Baru-baru ini seorang pelajar kolej yang tertidur dengan kanta lekap menjadi buta sebelah mata selepas dijangkiti parasit yang jarang ditemui.
Remaja yang dimaksudkan ialah Mike Krumholz, 21 tahun tinggal di Florida memberitahu bahawa dia hanya tertidur seketika dalam 40 minit dengan memakai kanta lekap selepas membuat kerja sambilan di pusat jagaan kanak-kanak pada Disember lalu.
Apabila tersedar dari tidurnya, Mike mendapati matanya rasa tidak selesa dan berwarna merah jambu. Tambahnya lagi, keadaan matanya mengambil masa lebih sebulan untuk mendapatkan diagnosis yang betul selepas beberapa temu janji dengan doktor.

Tidak lama kemudian, doktor mendiagnosis Mike dengan jangkitan mata hingga boleh menyebabkan buta dan penyakit itu dipanggil sebagai Keratitis Acanthamoeba. Penyakit ini jarang ditemui dan gejala yang terdapat dalam penyakit tersebut adalah sakit mata, kemerahan, penglihatan kabur, kepekaan terhadap cahaya, sensasi sesuatu pada mata, dan koyakan yang berlebihan.
Kejadian yang menimpa Mike Krumholz menyebabkan dia tidak boleh lagi bekerja dan sukar menyambung pengajian di universiti.
Untuk pengetahuan korang, bukan hanya tidur, memakai kanta lekap terlalu lama sahaja sudah boleh berisiko 7 kali lebih tinggi mengalami keradangan pada kornea (keratitis).
BACA LAGI : Mata Dijangkiti Ulser Selepas Tidur Dengan Contact Lens! 5 Kesalahan Ni Pun Selalu Korang Lakukan
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Dari Anak Peniaga Jalanan, Usahawan Muda Kini Jutawan & Ada Bisnes Hingga Luar Negara

Kisah hebat dari zero to hero! Ikuti perjalanan anak peniaga jalanan yang berubah menjadi usahawan muda kaya dan berjaya, mengembangkan bisnes sampai ke luar negara.
Siapa sangka dalam usia 27 tahun anak jati Kota Bharu, Kelantan ini sudah pun bergelar jutawan. Kematian bapa serta dilahirkan dalam keluarga susah menjadi titik tolak kepada kebangkitan usahawan cantik ini.
Wan Nur Siti Aisyah Wan Hasan yang mesra disapa Sha Hasan ini merupakan ibu kepada seorang anak. Dia kni gigih membina legasi bisnesnya, Shalicious bersama suami tercinta, Al Hafiz Zakaria.
“Saya berasal dari keluarga susah, arwah ayah dulu peniaga jalanan hanya buka gerai tepi jalan. Kami memang hidup susah. Ayah meninggal ketika saya berumur 10 tahun.
“Bermula saat itu, ibu terpaksa bekerja demi menyara kami sekeluarga. Tak sanggup tengok kepayahan ibu, saya nekad nak ubah nasib keluarga.
“Sejak dari sekolah lagi saya suka berniaga. Apa saja rasa nak jual saya jual. Bukan saja di sekolah rendah malah sekolah menengah juga.
“Bila habis SPM saya dapat sambung belajar peringkat matrik di Negeri Sembilan dan juga universiti tapi saya pilih untuk belajar di kampung saja.
“Ikutkan keluarga tak galakkan saya berniaga sebab nak saya ada kerja tetap. Tapi saya terus berniaga sambil belajar. Sebab itulah saya pilih sambung belajar di kampung sebab dekat dengan rumah dan mudah nak berbisnes.
“Pelajaran tetap keutamaan saya sebab tak nak kecewakan harapan keluarga terutama ibu.”
“Bisnes makin lama makin berkembang sampai tak menang tangan. Mulalah saya ponteng kelas, tak sempat nak masuk kelas sebab kerap nak kena COD dan sebagainya.
“Ketika itu saya betul-betul struggle bina jenama Shalicious. Saya berusaha sungguh-sungguh sehinggalah setahun selepas itu saya dapat membina Wisma Shalicious di Kelantan.”
Kini Sha Hasan memiliki beberapa cabang bisnes lain yang membantu orang ramai khususnya warga kampung dalam menambah pendapatan mereka. Selain Malaysia, Shalicious juga telah masuk ke pasaran Indonesia secara sah.
DETIK DIUJI
“Pada 2018 saya ada berpuluh-puluh orang staf, bisnes pun tengah bagus. Tiba-tiba Allah uji, saya kehilangan staf sekaligus dalam satu masa.
“Bila masuk pejabat, semua staf dah tak ada sebab berhenti secara serentak kerana telah ‘disailang’ oleh kawan sendiri yang kononnya nak membantu kita.
“Akibat terlalu tertekan, saya terpaksa berjumpa pakar psikologi. Memang betul-betul depression dan ambil masa yang lama untuk pulih. Saya juga terpaksa bergantung dengan ubat.”
ASET PERTAMA DIMILIKI
“Saya memang ‘gila’ beli tanah. Kalau ada sesiapa yang nak jual tanah murah-murah di Kelantan saya akan beli. Tapi saya akan tengok dulu ikut kesesuaian dan harganya. Itulah aset paling bernilai sebab kita boleh buat macam-macam. Selain buat bisnes, boleh jana pendapatan.
“Selalunya bila berjaya capai target, saya akan membantu beberapa tahfiz serta kampung-kampung yang saya pegang untuk berikan sumbangan. Itulah reward sebenar bagi saya.”
SUAMI TULANG BELAKANG UTAMA
“Terlalu banyak pengorbanan suami kerana beliau banyak membantu. Kami sama-sama usahakan bisnes ini dan pada masa sama suami pun ada bisnesnya sendiri. Dia tahu minat dan impian saya dalam bidang kecantikan terlalu besar.
“Sewaktu saya diserang depression, suamilah yang uruskan anak dan rumah. Suami tak pernah mengalah dan menyalahkan. Suami seorang yang sangat sabar dan support apa saja yang saya buat selagi ia tidak salah.
“Semasa depression, saya terpaksa makan ubat setiap kali nak tidur. Suami pastikan saya tak terlalu berfikir yang bukan-bukan. Dia jugalah yang jaga anak, siapkan makanan dan uruskan hal-hal pejabat.
“Paling sedihnya bila suami dah tak tahu nak buat apa, dia pernah bawa saya ke sebuah kampung di Kelantan sebab dia tahu saya suka berkongsi kegembiraan dengan orang lain. Di situ ada lebih 150 buah rumah dan keluarga asnaf yang memerlukan.
“Kami pergi rumah ke rumah untuk berikan bantuan. Semuanya diuruskan oleh suami. Katanya ramai lagi orang yang memerlukan saya. Sejak itu saya mula terfikir jika kita diuji dengan hebat, ramai lagi orang yang diuji lebih dari kita. Suami selalu cakap Allah SWT tak akan beri kejayaan atau kekayaan kalau bukan demi sebuah perjuangan.
“Nasihat saya bagi yang nak berjaya dalam bisnes, jangan ada banyak alasan. Kalau tak pecahkan ketakutan dan rasa malu, sampai bila-bila pun kita tidak akan dapat tengok potensi diri.”
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kredit Foto: Instagram Sha Hasan
Artikel ini diambil dan diolah dari NONA.
Industri Kpop Terus Berduka, Kini Bintang K-pop Cha In Ha Ditemui Mati

Seorang demi seorang bintang Kpop meninggalkan kita. Terkini Idol Kpop, U Cha In Ha yang juga popular dengan drama Love With Flaws ditemukan meninggal dunia petang tadi.
Industri Kpop Berduka
Menurut dari Koreaboo, polis mengesahkan pelakon Korea, Cha In Ha ditemui meninggal dunia dikediamannya sebentar hari ini.
Bagaimanapun punca kematiannya masih lagi dalam siasatan.
Dalam pada itu agensi In Ha, Fantagio tampil memberikan kenyataan mengenai insiden tersebut dan berharap tiada pihak menyebarkan infomasi yang tidak sahih.
“Hello ini adalah Fantagio, dengan berat hati kami ingin mengumumkan berita yang menyedihkan…
Pelakon Cha In Ha telah meninggalkan kita semua pada 3 Disember 2019. Kami berasa sangat-sangat berat hati untuk menyampaikan berita sedih ini kepada semua orang yang telah menyokong dan memberikan kasih sayang kepada In Ha sehingga kini.
“Kami masih lagi berasa agak sukar untuk mempercayai berita yang disampaikan ini. Kami dengan berharap sangat agar tidak ada sebarang khabar angin atau spekulasi yang tidak benar dibuat atau dihebahkan kepada orang ramai sebagai tanda menghormati keluarga mendiang yang kini berada dalam kesedihan.
“Mereka mengalami kesedihan yang lebih besar berbanding orang lain disebabkan berita mengejut ini.
“Seperti mana yang diminta oleh pihak keluarganya, maka pengebumian In Ha akan dilakukan secara privasi,” jelas wakilnya.
Untuk info, Cha In Ha memulakan kerjaya sebagai anggota kumpulan pelakon Fantagio SURPRISE U pada tahun 2017 dengan filem pendek, berjudul ‘You, Deep Inside of Me’. Baru-baru ini dia muncul dalam drama ‘Love With Flaws’ yang sedang berlangsung di saluran MBC.
Sumber : Koreaboo