Kecoh semalam apabila media Korea Selatan melaporkan satu kegiatan haram berlaku di dalam bangunan yang dimiliki oleh ahli grup Big Bang, Daesung!
Antara perniagaan yang dijalankan di dalam bangunan yang terletak di Gangnam itu adalah cafe, restoran, klinik plastik surgeri, teater dan dewan konsert serta studio fotografi.
Bagaimanapun, terdapat dakwaan mengatakan bahawa ada aktiviti yang melibatkan pelacuran turut berlaku di dalam premis berkenaan.
Susulan itu, wakil hartanah penyanyi itu mengeluarkan kenyataan berkaitan perkara tersebut.
“Daesung hanyalah pemilik bangunan dan tiada kena mengena dengan perniagaan yang dijalankan di sana. Seperti pemilik lain, dia ingatkan perniagaan yang dijalankan di sana adalah seperti dalam lesen perniagaan mereka.
“Sekiranya kami mendapati ada aktiviti haram dijalankan di premis berkenaan, kontrak sewaan akan ditamatkan serta-merta,” kata kenyataan tersebut.
Daesung kini berada di dalam tentera bagi menjalankan khidmat negaranya dan dijangka keluar hujung tahun ini.
Untuk pengetahuan, Daesung membeli bangunan tersebut pada tahun 2017.
Peminat Beri Sokongan
Dalam pada itu, trending di Twitter adalah #Bigbang apabila VIP (peminat Big Bang) dilihat memberikan sokongan kepada kesemua ahli grup tersebut.
Oh my! Setakat ini pihak polis masih belum mengumumkan akan menjalankan siasatan terperinci mengenai isu tersebut.
Sumber: Allkpop