Siapa tidak kenal dengan watak Upin & Ipin, sejak muncul di televisyen lebih satu abad, ia muncul sebagai siri animasi yang menjadi hiburan selain sebagai mendidik anak-anak.
Diterbitkan oleh Les’ Copaque, siri animasi yang berlatarkan suasana kampung serba santai diminati seluruh lapisan masyarakat tanpa mengira usia.
Baru-baru ini, YouTube Les’ Copaque muncul sebagai saluran yang berjaya menjana pendapatan tertinggi di negara sejak diperkenalkan.
Menurut senarai yang terbitkan oleh CashNetUSA, saluran YouTube tersebut telah berjaya menjana pendapatan sebanyak $16.73 juta (RM71 juta).
Ads
Ia sekali gus menjadikan syarikat berkenaan yang juga pengeluar animasi Upin & Ipin antara lima saluran paling menguntungkan di Asia Pasifik.
Selain itu, menurut Saving Spot, saluran YouTube paling menguntungkan ketika ini adalah kandungan yang menyasarkan golongan kanak-kanak. Berdasarkan senarai itu juga, rancangan kanak-kanak Didi & Friends turut berjaya menjana $10.56 juta (RM45 juta) setakat ini.
Ads
Sekadar informasi, Les’ Copaque telah ditubuhkan pada Disember 2005 dan merupakan salah satu produksi terkemuka dalam industri animasi tempatan dengan penciptaan Upin & Ipin.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Aiskrim yogurt merupakan antara pemanis mulut yang menjadi kegemaran ramai. Walau bagaimanapun, harganya boleh tahan mahal sehingga mencecah puluhan ringgit.
Antara jenama aiskrim yogurt yang menjadi pilihan masyarakat di Malaysia adalah llaollao. Korang boleh lihat sendiri jika di shopping mall, kedai aiskrim ini sering dipenuhi pelanggan dan adakalanya mereka terpaksa beratur panjang.
Mungkin ada yang tidak pernah cuba dan tidak tahu bagaimana untuk memilih aiskrim yogurt tersebut. Nah, jangan risau guys. Jom kita ikuti thread yang telah dibuat oleh seorang pengguna Twitter, Sitijamil92 untuk pelanggan yang baru pertama kali ingin mencuba aiskrim yogurt tersebut.
1. Saiz
Terdapat 5 saiz yang korang boleh pilih. Setiap saiz berbeza jumlah topping yang boleh diambil. Topping merangkumi:
• Sauce
• Crunch
• Fruit
Selalunya, ambil saiz medium, boleh ambil tiga topping, jadi korang boleh la letak satu sauce dan dua crunch.
2. Sauce
Terdapat pelbagai pilihan sauce. Pilih sahaja mana yang korang suka. Antara yang menarik adalah Chococrock Sauce, iaitu gabungan coklat dan hazelnut. Bila makan, rasa hazelnut yang tidak dihancurkan sepenuhnya. Memang sedap!
3. Crunch
Terdapat pelbagai jenis Crunch yang sedap. Boleh pilih ikut pilihan masing-masing. Recommended: Chips Ahoy dan Almond Crocanti
4. Fruit
Siapa nak makanan yang berkhasiat boleh pilih buah-buahan. Bagi Sitijamil92, dia tidak berapa suka gabungan buah dengan aiskrim yogurt tapi terpulang kepada selera masing-masing
Kali pertama nak beli mesti keliru macam mana nak tengok nama setiap sauce dan crunch kerana susunan depan dan belakang. Nampak macam sebaris tapi sebenarnya tidak. Setiap nama disusun depan dan belakang. Nama di depan bermaksud nama sauce atau crunch di depan.
Petitllao
Bagi yang pertama kali baru nak rasa aiskrim yogurt boleh ambil Petitllao. Takut tak sedap nak ambil yang besar kan rugi. Kalau nak tambah satu topping caj RM1.50
Sanum
Kalau nak rasa semua sekali dalam satu pembelian, boleh ambil Sanum. Boleh kongsi ramai-ramai. Sanum ni boleh ambil 3 fruit, 2 cruch dan 1 sauce
Ha, mudah sahaja kan? Lepas ni korang boleh beli dengan yakin. Hiks!
Setelah para pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) terpaksa menunggu lama sebelum menamatkan pengajian masing-masing dengan sidang konvokesyen, akhirnya istiadat tersebut kembali dilangsungkan mulai hari ini oleh Management & Science University (MSU).
Bertempat di kampus Shah Alam, MSU melangsungkan konvokesyen ke-27 setelah ia tertangguh semenjak bulan Oktober tahun lalu akibat pandemik COVID-19 yang melanda negara.
Dengan kehadiran seramai 1,959 graduan yang mewakili 90 program pengajian, istiadat tersebut dibahagikan untuk berlangsung mulai hari ini hingga 2 April (Jumaat) kelak.
Ia terdiri daripada 22 penerima ijazah Doktor Falsafah, 68 graduan ijazah Sarjana, 955 graduan ijazah Sarjana Muda dan 914 graduan Diploma.
Biarpun jumlah tersebut agak besar, namun dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang diwajibkan ke atas kesemua hadirin, kesemua graduan akhirnya berpeluang untuk menerima skrol masing-masing di atas pentas.
Merasa lah juga kan.
Tingkat Prestasi
Pada majlis sulung hari ini, ia telah dihadiri oleh Presiden MSU, Profesor Tan Sri Dato’ Wira DR Mohd Shukri Ab Yajid, Naib Canselor MSU, Profesor Puan Sri Datuk Dr Junainah Abd Hamid serta pengurusan kanan universiti tersebut.
Menariknya pada konvokesyen edisi ini, tiga program pengajian baru meraikan graduan sulung mereka. Ia terdiri daripada graduan Diploma in Physiotheraphy, Bachelor in Islamic Finance (Hons) dan Bachelor in Marketing with Psychology (Hons).
Penerima Anugerah Pingat Emas Canselor, Sharul Ikmal Mohd Sukkeri. [ Bachelor in International Business (Hons) ]
Penerima Anugerah Presiden, Danish Haikal Asman [ Bachelor in Creative Multimedia (Hons) ]
Untuk pengetahuan, sepanjang beberapa bulan, MSU telahpun mencatatkan beberapa prestasi akademik yang memberansangkan dalam Edisi 2021 QS World University Rankings by Subject.
Ini termasuklah mengekalkan kedudukannya kedua di Malaysia dalam kalangan #51-100 terbaik dunia untuk subjek Hospitality and Leisure Management, tersenarai buat kali pertama bagi subjek Art and Design (Fashion Design) di kedudukan pertama di Malaysia dalam kalangan #151-200 dunia dan di kedudukan ke-11 di Malaysia dalam kalangan #451-500 bagi subjek Business and Management Studies.
Tidak hairanlah apabila IPT ini memperolehi tahap 98.7 peratus kebolehpasaran graduan dalam sektor pekerjaan seperti yang dicatatkan dalam Kajian Pengesanan Graduan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT).
Istimewa sungguh menonton berita malam ini apabila Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin mencemar duli sudi membaca Berita Perdana RTM khusus sempena sambutan ulang tahun ke-75 stesen televisyen nasional tersebut.
Kini setelah lebih empat tahun, kerinduan rakyat jelata untuk menyaksikan Tengku Permaisuri secara langsung menyampaikan berita terubat. Baginda tampil kira-kira 15 minit dalam slot berita tersebut menyampaikan berita berkaitan isu semasa negara.
Detikpenampilan terakhir Tengku Permaisuri Norashikin menyampaikan berita pada 31 Ogos 2016
Tampil anggun dalam persalinan blazer rona merah jambu baginda kelihatan begitu menawan. Apa yang menarik perhatian, walaupun sudah lama tidak berkhidmat sejak berkahwin dengan DYMM Sultan Selangor, gaya dan lenggok pembacaan baginda masih sama seperti dahulu.
Penampilan awal Tengku Permaisuri Norashikin sebagai pembaca berita
Mengimbau kembali detik baginda di bilik berita, 31 Ogos 2016 merupakan hari terakhir baginda membuat kemunculan sebagai pembaca berita setelah lebih 20 tahun bergelar seorang personaliti televisyen.
Menerima Anugerah Seri Angkasa
Mengulas sedikit mengenai kerjaya, Tengku Permaisuri sebelum ini dilihat sebagai sebagai wajah utama dan personaliti ikonik dalam menyampaikan berita di RTM. Baginda pernah diangkat sebagai pembaca berita terbaik Anugerah Seri Angkasa sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2001 dan 2005.
Sumber gambar: Tangkap Layar YouTube Berita RTM
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak kepada usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Cik B sekali lagi mencuri perhatian ramai di media sosial selepas tampil dengan imej berhijab.
Menerusi...