
Sebelum ini, kerajaan telah pun memberi pengecualian kepada semua pemilik kenderaan persendirian berhubung pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Kompeten (CDL).
Kini, menurut perkongsian Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ), pemandu dan pemilik kenderaan diingatkan untuk memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) yang telah tamat tempoh sebelum 31 Disember 2021.

Urusniaga pembaharuan LMM dan LKM boleh dilaksanakan secara atas talian melalui portal MySikap, atau di kaunter JPJ atau melalui rakan strategik JPJ iaitu Myeg dan Pos Malaysia.
[COUNTDOWN – PERINGATAN MESRA]
Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) & Lesen Memandu Malaysia (LMM) Sehingga 31 DISEMBER 2021
Orang Ramai dinasihatkan tidak menunggu sehingga ke saat akhir.#MOTMalaysia #JPJ2021 #DigitalisasiMelestariIntegriti #JPJMalaysia #infoJPJ pic.twitter.com/n1EdukMTH9
— JPJ Malaysia (@JPJ_Malaysia) November 1, 2021
Orang ramai diingatkan supaya sentiasa mematuhi semua SOP COVID-19 yang ketat bagi tujuan mengelakkan daripada berlakunya penularan virus ini.
Sumber: (1)
Senarai Tabung Sumbangan COVID-19 Untuk Korang Bantu Masyarakat Di Sabah

Isi Kandungan
ToggleSabah mencatatkan kes positif COVID-19 paling tinggi di Malaysia dengan catatan 13,701 sehingga 29 Oktober 2020 dan sudah tentu ia sesuatu yang membimbangkan kerana membabitkan 114 kematian juga.
Disebabkan kes tidak terkawal, ramai doktor dan jururawat dari beberapa hospital di Semenanjung terpaksa dibawa ke sana bagi membantu petugas kesihatan di Sabah. Tidak hanya dengan bantuan tambahan frontliners untuk bertugas disana, ramai juga individu termasuk Ustaz Ebit Lew yang menghantar barang bantuan perubatan seperti set PPE dengan spec, face shield, mask, shoe cover untuk keperluan kakitangan hospital, klinik dan petugas barisan hadapan.
Korang juga boleh menyumbang dengan memberikan sumbangan kepada tabung-tabung amal yang diwujudkan bagi misi bantuan kes COVID-19 di Sabah. Berikut kami senaraikan antara tabung bantuan khas yang ditubuhkan untuk membantu mereka yang terjejas dengan pandemik di negeri bawah bayu ini.
1. COVID-19 Support Fund for Sabah
Tabung ini 100 peratus mensasarkan untuk membantu kelengkapan PPE bagi petugas barisan hadapan. Bagi yang ingin membantu, korang boleh terus ke https://www.100percentproject.org/. Tabung ini akan dibuka sehingga 12 November 2020
2. Hana Fund Me
Mensasarkan kutipan sehingga RM50,000, mereka akan menghantar bekalan ke hospital utama sebelum mengagihkan bantuan ke hospital-hospital yang lain di Sabah. Korang boleh terus ke https://www.hanafundme.com/ untuk menyalurkan bantuan
3. Pertubuhan Khidmat Sabah- Khidmat Sabah
Pertubuhan ini memerlukan sekitar RM20,000 untuk kegunaan keperluan bukan perubatan seperti kanopi, kipas dan meja. Segala sumbangan bagi membantu meneruskan misi ini boleh disalurkan melalui akaun yang tertera:
8603118408
Cimb Pertubuhan Khidmat Sabah
Rujukan : frontliners
4. #MUDAbantuPETANI

MUDA mengambil inisiatif untuk meringankan beban petani, pemborong dan pengguna di Sabah dengan memasarkan hasil pertanian serta membantu urusan logistik. Bagi sesiapa yang ingin membantu dari segi logistik jualan dan pemasaran, boleh menghubungi pihak mereka
5. Sabah COVID-19 Fund
Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) mengumpulkan bantuan dan merancang untuk menggunakan dana bagi mendapatkan peralatan kesihatan, bekalan perubatan, PPE dan bantuan COVID-19 lain yang berkaitan.
6. MERCY Malaysia COVID-19 Emergency Response

7. Misi Bantuan Masyarakat Terpinggir Di Sabah

8. Dana Pek Makanan Sabah

9. Pertubuhan Kebajikan Marhaen Sandakan
NGO K-MARHAENS akan meneruskan program agihan KIT MARHAEN (Beras, Telur, Minyak, Tepung, Gula) kepada golongan miskin & susah. Sumbangan bolehlah disalurkan ke akaun:
PERTUBUHAN KEBAJIKAN MARHAEN SANDAKAN
CIMB : 8010160717
10. Pek Makanan Bernutrii Kanak-Kanak & Keluarga

FAME dengan rakan sinergi di Sabah melancarkan Tabung Prihatin untuk Sabah bagi membantu menyalurkan sumbangan bersasar kepada yang memerlukan.
11. Bantuan Barangan Asas Dapur
Melalui Amanah Hawi Alkhairat Sabah dengan kerjasama Komuniti Assalam mengaktifkan program Bantuan Barangan Asas Dapur khusus bagi kawasan Zon Merah PKPB. Untuk Info, tidak ada nombor telefon lain selain 3 nombor di atas didalam urusan perhubungan program bantuan ini.
12. Pakej Bantuan Kita Jaga Sabah
Untuk meringankan sedikit beban warga Sabah yang terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dilaksanakan termasuk larangan keluar dan masuk ke Sabah, Rejuvenasi Pendidikan kali ini bekerjasama dengan sekumpulan anak muda dikenali sebagai Sempoerna Heroes.
Semoga dengan bantuan yang diberikan ini dapat meringankan sedikit beban frontliners dan masyarakat di Sabah dalam menempuh wabak pandemik COVID-19. Sayu hati melihat keadaan saudara kita disana dan sekiranya kita mempunyai rezeki lebih, apa salahnya berbagi rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa mungkin kita juga memerlukan pertolongan.
Sumber: World Of Buzz & COVID-19 Crisis Sabah
Dinobat Individu Berpengaruh Di Malaysia, Gadis Ini Bukti Kejayaan Anak Muda Masa Kini

Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, seseorang itu perlu bijak mencari peluang perniagaan.
ARTIKEL BERKAITAN : Dari Graduan Kejuruteraan Ke Content Creator Berpengaruh, Ume Cikin Bukti Kejayaan Anak Muda Masa Kini
Berniaga bukanlah perkara yang boleh siap dengan hanya memetik jari. Kita sendiri tahu, agak ramai juga yang kecundang pada permulaan untuk bergelar orang bisnes. Untung rugi dalam kehidupan seorang usahawan atau peniaga memerlukan ketahanan mental yang kuat. ‘Alah bisa, tegal biasa’.
Baru-baru ini, seorang usahawan muda yang juga aktivis belia, Harsha Ravindran, 20, menjadi individu paling muda berada dalam senarai 40 Under 40 Prestige Malaysia tahun ini.
Jadi usahawan pada usia 11 tahun
Harsha Ravindran yang menceburi bidang perniagaan sosial seawal usia 11 tahun. Harsha adalah bukti usia muda bukanlah penghalang untuk menjadi usahawan berjaya asalkan mempunyai persekitaran yang menyokong impian itu.

“Untuk berjaya di usia muda ini tidak semudah disangka, tetapi saya bersyukur kerana persekitaran saya sangat membantu dan tidak putus asa memberi sokongan serta tunjuk ajar,” katanya.
Senarai tahunan itu mengetengahkan 40 individu berusia bawah 40 tahun, yang mencatat kejayaan, inovatif dan berpengaruh di Malaysia. Harsha, yang juga Naib Presiden Kewangan Kelab Keusahawanan Siswa Wharton, disenaraikan atas usahanya menubuhkan gerakan belia dan perusahaan sosial, Ascendance, ketika beliau hanya berusia 13 tahun.
Gerakan itu ditubuhkan bersama kakaknya, Heerraa serta rakannya, Mathura Kannan dan Sanadtkumar Ganesan.
“Beliau turut menjadi hos rancangannya sendiri, Changing Reality, yang ke udara di radio WQHS di AS, yang mana Harsha menemu bual eksekutif kanan daripada Google, Disney, Tik Tok, Goldman Sachs, CBS dan banyak lagi,” kata Prestige Malaysia dalam satu kenyataan, hari ini.
Biodata:
Nama: Harsha Ravindran
Umur: 19 Tahun
Pendidikan: Pelajar jurusan Sastera Ikhtisas dan Sains, University of Pennsylvania (Ivy League University), Amerika Syarikat (AS).
Asal: Johor Bahru, Johor
Pencapaian lain :
1. Pengasas bersama dan pemangku CEO Ascendance
2. Pengasas StartMyName.com
3. TEDx Speaker (3 times) dan International Conference Speaker
4. Penulis buku The Makings of A Teenage Entrepreneur
5. Penerima anugerah “The Diana Award”
Kakak turut tersenarai
Turut berada dalam senarai 40 Under 40 Prestige Malaysia tahun ini adalah kakaknya, Heerraa, seorang penyanyi dan pencipta lagu, yang menarik perhatian selepas menerima Anugerah ICon di Anugerah Muzik Intercontinental 2022 di Los Angeles, baru-baru ini.
“Selepas memenangi hati juri dalam kalangan eksekutif muzik Hollywood menerusi lagunya, Heerraa turut menerima anugerah di Amerika Utara dalam kategori pop, sekali gus melonjak namanya dalam industri muzik antarabangsa.
“Selain berjaya mengekalkan markah cemerlang dalam pengajian, Heerraa turut berjaya tersenarai sebagai antara penerima Anugerah Dekan Harvard University 2021-2022, selaku mahasiswa Sarjana Muda Sastera Liberal di Harvard,” katanya.
Selain Harsha dan Heerraa, 40 Under 40 Prestige Malaysia 2022, turut menyenaraikan atlet gimrama negara, Izzah Amzan, yang memenangi pingat gangsa pada Sukan Komanwel 2022; CEO dan pengasas Kayman Beauty, Nabella Anuar; pelawak, penulis dan pengarah Cinematic Sdn Bhd, Shamaine Othman serta Pengarah Urusan dan Pengasas Bersama Kumpulan Brickhouse, Datin Cristine Bong.
Ambil contoh mereka ini sebagai inspirasi untuk korang yang ingin berjaya dalam dunia perniagaan.🙂
ARTIKEL BERKAITAN: Anak Malaysia Harumkan Nama Negara Di Persada Dunia. Cipta Rekod Baharu
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Lelaki Ini Kongsi Masih Ramai Pelajar Yang Gembira Duduk Di Kolej Sepanjang PKP

Kalau sebelum ini kita mendengar rungutan daripada pelajar universiti tentang bantuan makanan yang diberikan sepanjang musim PKP ini, sebenarnya masih ramai lagi mahasiswa yang bersyukur dan menghargai setiap apa yang diberikan kepada mereka,malah ianya lebih daripada cukup.
Melalui perkongsian daripada Rf Lias, jelasnya tidak adil sekiranya kita hanya membaca tweet pelajar yang tertekan duduk di kampus sahaja, sebaliknya masyarakat perlu ambil contoh dari sudut positif pelajar yang gembira tinggal di kolej sepanjang PKP berlangsung.
Lelaki ini turut berkongsi antara beberapa tweet daripada pelajar universiti yang melahirkan rasa kesyukuran dengan apa yang mereka dapat.
Malah, ramai juga yang menyokong tidak semua pelajar begitu ‘demand‘ dan cerewet dan menyifatkan mereka yang pernah hidup susah sahaja yang tahu bagaimana rasa bertuahnya badan bila diberi bantuan seperti ini.
Jadi, sebenarnya masih ramai lagi pelajar universiti yang bersyukur dan gembira di kolej mereka sepanjang PKP. Sama-samalah kita doakan agar urusan mereka dipermudahkan dan sentiasa dilindungi.
Sumber: Rf Lias & Khairul Azri