Lets Guys, Bilik Sewa Berkonsep ‘Capsule Hotel’ Serendah Rm100 Khas Untuk Remaja!

Share

Memandangkan nilai harga hartanah makin meningkat, harga sewa rumah juga turut menerima tempiasnya. Kalau nak beli memang jauh panggang dari api la kan. Tapi yang selalu menghadapi masalah ni Remaja lah kan!hmmm…

Tapi jangan risau ye sebab baru-baru ini Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan membuka permohonan menyewa tempat penginapan untuk golongan bujang B40 yang bekerja di ibu kota pada Ogos yang lepas.

Berkonsepkan seperti ‘capsule hotel’ yang mana sebuah bangunan lama DBKL di Jalan Tuanku Abdul Rahman telah dikenalpasti dan akan diubahsuai menjadi dua blok iaitu untuk lelaki dan wanita bujang, masing-masing mempunyai 120 buah bilik.

Walaupun berkonsepkan ‘capsule hotel’ penyewa boleh menambah apa-apa sahaja keperluan yang dibenarkan seperti meja, kerusi atau rak kecil dalam ruang mereka dan antara kemudahan yang disediakan di perumahan bandar ini adalah tempat letak basikal dan motosikal, ruang santai, surau, pejabat penyelia, dobi, ruang membaca, pantri, dan tandas.

Selain itu, penyewa yang jatuh dalam kategori Orang Kurang Upaya (OKU) akan ditempatkan di tingkat bawah bagi memudahkan pergerakan mereka.

Tapi, jangan korang pandai-pandai masak pula sebabnya  bangunan itu tidak dibenarkan untuk memasak dalam premis masing-masing.

Inisiatif tersebut adalah di bawah program perumahan bandar dan diperkenalkan bagi membantu mengurangkan beban golongan bujang dalam kumpulan B40 yang mengalami kesukaran mencari bilik sewa ketika bekerja di sekitar ibu kota.

Permohonan sewa ‘Program Perumahan Bandar’ golongan bujang ini boleh dibuat secara dalam talian menerusi sistem ePerumahan DBKL di :

http://eperumahan.dbkl.gov.my/erumah/

Antara syarat-syarat kelayakan pemohon adalah;

Seorang warganegara Malaysia berusia 18 hingga 35 tahun

Berpendapatan kurang RM2,000 sebulan

Bekerja di ibu kota serta tidak memiliki rumah dan kereta

Sekiranya penghuni didapati membeli rumah, mereka akan diminta untuk berpindah. Selain itu, penghuni yang ingin berkahwin juga akan diarahkan untuk berpindah.

So apa tunggu lagi guys, Lets grab peluang!

Published by
Nana