“Let’s Move On”, Hotel Di UK Ini Khas Untuk Wanita Sedang Patah Hati

Share

Kesedihan selalu hadir tanpa duga. Putus cinta dan sukar melupakan itu sudah menjadi asam garam kehidupan. Kadang-kala cinta yang tidak kesampaian boleh membuatkan kita kemurungan dan tidak ada semangat untuk hidup.

Sebagai insan biasa, setiap dari kita perlu teruskan hidup. Mungkin kamu perlu hadam kata-kata semangat ni, untuk menjadikan kamu kuat dan tabah menghadapi dugaan.

Jangan risau, ada satu hotel ini sesuai untuk korang yang ingin ‘move on’. Hotel di United Kingdom (UK) ini menawarkan satu khidmat yang special iaitu service psikologi bagi membantu para wanita mengatasi tekanan perasaan akibat putus cinta dengan pasangan yang curang.

Hmm…menarik bukan?

Lapor Daily Mail, pakar psikologi kaunseling dan pensyarah, Alice Haddon dari London melancarkan program tersebut pada tahun lalu yang ditujukan kepada wanita yang ingin mengubati hati luka akibat hubungan cinta yang sudah berakhir.

Tapi harga dia buat penulis melopong dengar, tawaran program ini berharga 2,500 pound bersamaan RM14,189. Malah, program ini diadakan di Barsham Barns, sebuah rumah persendirian mewah di pantai Norfolk, UK.

Katanya, program itu mengajar para wanita melupakan bekas kekasih mereka dan cara mengelakkan hubungan toksik pada masa hadapan. Program itu diadakan pada Jumaat hingga Isnin dengan penyertaan maksimum lapan wanita.

Para tetamu juga boleh menikmati beberapa aktiviti menarik termasuk pemandangan yang menakjubkan dan pelbagai menu hidangan makanan bagi memberi inspirasi serta menyembuhkan hati yang ‘hancur’.

Menarik juga program ini, agak-agak bila di Malaysia akan ada hotel macam ini….hehe

Sumber: Utusan Malaysia, Daily Mail

Published by
Nana