Adakah ini petanda bumi semakin tua dan nazak? Ia juga gara-gara perubahan iklim dunia yang semakin tidak menentu..
Amaran kawasan darat bumi bakal ditenggelami air pada masa akan datang bukanlah satu perkara yang baru. Jika sebelum ini, kita digemparkan dengan jangkaan Malaysia dan Indonesia bakal tenggelam satu per tiga menjelang 2050.
ARTIKEL BERKAITAN : Malaysia Akan ‘Hilang’ Dalam Peta Dunia Menjelang 2050, Seriuslah!
Agak menakutkan bagi penduduk bumi di sekitar pulau.
Malah, bersempena Hari Kesedaran Tsunami Sedunia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan menjelang 2030, dianggarkan 50 peratus daripada penduduk dunia yang tinggal di kawasan pantai akan terdedah kepada ancaman banjir, ribut dan tsunami.
Baru-baru ini pula trending tanda pagar #LetTheScientistBeHeard Dan #LetTheEarthBreath satu dunia. Apa sebab tanda pagar ini menjadi bualan warga maya?
Tanda pagar ini bermula apabila para saintis di seluruh dunia melakukan tunjuk perasaan yang dianjurkan oleh Scientist Rebellion di beberapa buah negara selepas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengeluarkan satu laporan tentang perubahan iklim yang mengejutkan.
Bagaimanapun hal ini telah menarik perhatian warganet sehingga menjadikan perkataan #LetTheScientistBeHeard dan #LetTheEarthBreath ‘trending’ di seluruh dunia termasuklah di Malaysia.
Dalam satu laporan, dikatakan lebih 1,000 saintis dari 26 negara melakukan aktiviti tunjuk perasaan ini telah menyebabkan kekacauan berlaku di beberapa tempat termasuk di Sepanyol, Jerman dan Washington.
Susulan daripada itu, ramai saintis yang terlibat dalam tunjuk perasaan ini ditahan pihak berkuasa termasuk seorang saintis iklim bertugas di Makmal Propulsion Jet Nasa, Dr Peter Kalmus. Peter Kalmus dan beberapa orang lagi ditahan kerana dipercayai telah menghalang pintu masuk ke bangunan JP Morgan-Chase di Los Angeles, California.
Dalam satu rakaman yang dimuat naik di laman Twitter miliknya menunjukkan beliau sedang berucap dengan penuh emosi merayu kepada orang ramai agar mendengar amaran buruk yang disampaikan oleh pakar tentang perubahan iklim yang berlaku.
“Kami akan kehilangan segala-galanya, kami tidak bergurau dan kami tidak berbohong serta tidak reka cerita,” katanya dalam video tersebut.
“Saya disini kerana suara saintis tidak didengari. Saya sanggup ambil risiko untuk planet yang cantik ini, untuk anak-anak saya, untuk semua kanak-kanak di dunia dan masa depan,” suaranya bergetar menahan sebak sambil mengikat rantai di pintu bangunan.
So lets save the earth! Moga Allah melindungi bumi dan Malaysia dari sebarang bencana. Amin ya rabbalalamin.
BACA LAGI : [FOTO] Iklim Dunia Semakin Pelik, Dubai UAE Pula Diselaputi Salji
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Twitter, Independent.uk