Letupan di Beirut Lubnan mengejutkan ramai netizen di media sosial.

 

Letupan besar yang telah menggegarkan Beirut, Lubnan jelas mengejutkan penduduk dunia, terutama di negara sesaudara Islam seperti Malaysia.

Kejadian yang berlaku di pelabuhan akibat letupan di gudang bunga api itu telah mengakibatkan seluruh ibu kota itu terasa dengan gegaran dan bunyi kuat, sehingga bekalan elektrik terputus di beberapa buah daerah berdekatan.

Imej serta video yang kini tular di media sosial menyaksikan letupan direkodkan dari pelbagai sudut bandaraya. Kepulan asap hitam tebal dan suara jeritan warga Beirut membuatkan ramai netizen merasa gusar sekiranya kejadian seperti ini berlaku ke atas diri mereka sendiri.

Doakan Saudara Kita

Sebagai manusia dan saudara sesama negara majoriti Islam, apa yang kita boleh lakukan adalah menolong menyampaikan satu doa khusus yang diamalkan semasa kita melihat orang lain ditimpa musibah.

Doa ini adalah bagi kita meminta perlindungan daripada Allah SWT agar terhindar daripada sebarang musibah fizikal yang boleh menimpa kita pada bila-bila masa. Ia juga boleh diucapkan sekiranya kita melihat bala penyakit melanda sesebuah kawasan, ataupun sekiranya kekufuran di kalangan masyarakat jelas dapat dilihat.

Letupan Besar Lubnan Ingatkan Semua Pada Tuhan, Bacakan Doa Ini Bagi Saudara Kita

Ads

Riwayat Ibnu Umar dari ayahnya, Umar Radhiyallahu ‘Anhuma, bahawa Rasulullah SWT bersabda:

“Alhamdulillahilladzi ‘aafaani mimmab talaaka bihi, wa faddhalanii ‘ala katsiirim mimman khalaqa tafdhilaa.”

(Maksudnya: Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkan aku dari musibah yang menimpamu dan benar-benar memuliakanku dari makhluk lainnya.)

“Jika kalimah ini diucapkan, maka ia akan diselamatkan dari musibah tersebut, musibah apa pun itu semasa ia hidup.” (Hadis Riwayat Tirmidzi)

Ads

Pengajaran yang kita boleh dapati daripada bacaan doa tersebut adalah untuk mengingatkan kita agar sentiasa bersyukur kepada Allah SWT kerana kita masih diselamatkan olehNya daripada bala bencana atau penyakit yang sedang melanda orang lain.

Bukanlah untuk kita merasa ‘selamat’ kerana diikecualikan. Kita seharusnya merasa gentar jika musibah yang sama melanda diri kita. Ia mengingatkan kita untuk tidak pernah melupakan Allah SWT di saat senang mahupun susah.

Pada masa yang sama, kita seharusnya bersyukur kita masih dipelihara olehNya dan masih berpeluang untuk kembali ke jalan yang benar.

Sambungan Kepada Doa Tersebut

Sebaiknya, kita disarankan untuk menyambung bacaan doa sebentar tadi dengan bacaan doa berikut

Ads

“Innalillahi wa inna ilaihi roji’un. Allahumma ajirhum fii mushibatihim, wa akhlif lahum khoiron minha.”

Maksudnya: Sesungguhnya kita milik Allah dan sungguh hanya kepada-Nya kita akan kembali. Ya Allah, berilah mereka pahala dalam musibah mereka dan berilah ganti yang lebih baik.

*

Meskipun kita sedih melihat kejadian yang menimpa saudara kita di Beirut Lubnan, kita wajib percaya bahawa ini adalah takdir yang diturunkan oleh Allah SWT ke atas umat zaman ini bagi mengingatkan kita untuk selalu kembali kepadaNya pada waktu senang mahupun susah.

Wallahualam.

Foto Bandar Raya Lubnan Selepas Insiden Letupan, 73 Mangsa Dilaporkan Terkorban

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI