Hiburan

Liam Payne Di Argentina Untuk Berbaik Semula Dengan Niall Horan, 2 Minggu Sebelum Insiden Maut

Share

Penyanyi dan bekas ahli kumpulan One Direction, Liam Payne pernah mendedahkan puncanya berada di Buenos Aires, Argentina menerusi media sosial dua minggu sebelum kematian mengejutnya pada pagi tadi.

Menerusi satu hantaran video olehnya di Snapchat yang kemudiannya dimuat naik semula ke platform X (dahulunya dikenali sebagai Twitter); Liam, 31 berkata dia berada di Argentina untuk berbaik semula dengan seorang lagi ahli One Direction, Niall Horan.

Dari Kiri: Liam Payne bersama rakan One Direction, Niall Horan.

Ini memandangkan Niall sedang menjayakan jelajah konsertnya di negara tersebut dan Liam mengambil kesempatan itu untuk menghadiri konsert pada 2 Oktober lepas untuk memberi sokongan kepada Niall serta memperbaiki persahabatan mereka.

“Saya rasa kita akan pergi sahaja dan ucapkan hello.

“Sudah agak lama sejak saya dan Niall bertegur sapa. Kami mempunyai banyak perkara yang perlu dibualkan. Dan saya juga ingin memperbetulkan keadaan dengannya,” kata Liam menerusi video tersebut.

Terdahulu awal pagi tadi (waktu Malaysia), Liam Payne dilaporkan mati mengejut setelah terjatuh dari aras tiga sebuah hotel di kawasan kejiranan Palermo, dekat Buenos Aires.

Punca kejadian masih dalam siasatan, namun laporan awal media di Argentina berkata ia mungkin sekali berlaku akibat pengaruh alkohol dan dadah.

BACA: Bekas Ahli One Direction, Liam Payne Ditemui Maut Di Argentina

Published by
FZ