Lihat 5 Cara Untuk ‘Personalize’ Aplikasi The Noor Cetusan Neelofa

Share

 

Setelah hampir 2 bulan mempromosikan aplikasi keagamaan bernama The Noor App, selebriti dan usahawan Noor Neelofa bersama pasukan akhirnya melancarkan aplikasi tersebut di App Store bagi pengguna iOS, petang tadi.

Menurut info yang diperolehi daripada laman web aplikasi tersebut, nama Noor dipilih kerana maksudnya yang tepat dengan fungsi utamanya.

Noor ataupun cahaya dicetuskan bertujuan bagi memudahkan pengguna muslim mendapat maklumat penting mengenai Al-Quran, waktu solat dan perkara yang berkait rapat dengan gaya hidup harian mereka.

Di antara fungsi utamanya termasuklah bacaan 114 surah dari Al-Quran berserta makna, arah kiblat dan penggera waktu solat harian. Selain itu, The Noor juga memahami gaya hidup masyarakat kini yang terarah kepada urusan cashless

. Lalu, ia memudahkan urusan seperti pembayaran Zakat menerusi aplikasi ini.

(Dari Kiri) : Surah Al-Quran yang ada, senarai masjid atau surah & petunjuk arah kiblat..

Tentunya sebagai aplikasi yang baru menemui penggunanya, ramai yang akan ‘membelek’ aplikasi ni terlebih dahulu, to get a jist of it.

Apa kata korang personalize dahulu beberapa perkara mengikut citarasa sendiri. Ini adalah di antara 5 personalization yang boleh korang lakukan setelah memuat turun.

.

.

01

Bagi setiap surah yang dibacakan, korang boleh memilih suara pembacanya. Klik pada Select Reciter & pilihlah mengikut citarasa.

Antara yang tersenarai ialah Salah Bouclair, Ahmed Al Ajmi, Yasser Al-Dossari, Maher Al-Mueaqly, Saud Al-Shuraim, Mishary Rashid Al-Afesy dan ramai lagi.

.

.

02

Bukan itu saja, korang juga boleh memilih suara ‘bilal’ yang melaungkan azam setiap kali masuknya waktu solat. Antara yang tersenarai buat masa ini ialah Akbar Azmi, Sheikh Idris Sulaiman dan penyanyi, Yasin Sulaiman.

.

.

03

Lain orang, lain jenis dan saiz font yang membuatkannya selesa untuk menatap pada skrin untuk tempoh masa yang panjang.

.

.

04

Bergantung kepada lokasi korang, ia akan mencadangkan senarai masjid dan surau yang terletak berdekatan. Tak adalah korang tercari-cari lagi papan tanda masjid terdekat semasa ke mana-mana.

.

.

05

Tentukan juga warna tema latar untuk aplikasi pada telefon korang. Secarea peribadinya, kami gemarkan warna Dawn.

*

Ouh sebelum kami terlupa, korang juga boleh mendapatkan kad Touch’n Go edisi terhad The Noor dengan hanya menjadi ahlinya! Enjoy the offers that come with it.

Cumanya buat masa ini, ramai pengguna Android bertanyakan mengapa aplikasi itu masih tidak muncul di Google Play. Mungkin tak lama lagi guys, sabar ya!

Published by
FZ