Melihat kepayahan kedua orang tua mencari nafkah untuk membesarkan anak-anaknya, menjadi batu loncatan Nurhafizah Abdul Raseed untuk belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya memperoleh keputusan cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2023.

Menurut remaja yang memperoleh keputusan keseluruhan A dalam peperiksaan itu, bapanya menyara keluarga dengan bekerja sebagai pemandu teksi manakala ibu tercintanya pula merupakan tukang cuci.

Artikel berkaitan: Berkat Jaga Arwah Ibu Di Hospital & Ulang Alik 126 KM Untuk Ke Sekolah, Remaja Ini Raih 4 Flat Peperiksaan STPM!

Lihat Ibu Bapa Sara Keluarga Sebagai Pemandu Teksi & Tukang Cuci Pendorong Remaja Ini Peroleh 4 Flat STPM 2023!
Sumber: Bernama

“Ibu bapalah yang menjadi inspirasi kepada saya kerana mereka bukan dari latar belakang berpendidikan tinggi. Mak hanya belajar setakat tingkatan lima dan ayah pula tingkatan tiga saja.

“Tambahan lagi, mereka telah bersusah payah membesarkan saya termasuk mencari duit untuk saya menyambung belajar.

“Jadi, saya nekad untuk buat yang terbaik dalam peperiksaan kerana mahu mengubah nasib keluarga,” katanya.

Artikel berkaitan: Mahu Ubah Nasib Keluarga, Anak Pencuci Bangunan, Pembantu Kedai Raih Keputusan Cemerlang PNGK 4.00 Dalam STPM 2023!

Lihat Ibu Bapa Sara Keluarga Sebagai Pemandu Teksi & Tukang Cuci Pendorong Remaja Ini Peroleh 4 Flat STPM 2023!

Bercerita mengenai cabaran ketika belajar, Nurhafizah berkongsi perkara utama yang sering menjadi kekangan adalah dari segi kewangan, namun dia selalu bersyukur kerana mempunyai guru yang sentiasa menyokong dan menghulurkan bantuan.

Malah, gurunya juga menasihati supaya menduduki peperiksaan ulangan ketika semester satu dan dua bagi memperbaiki keputusan sehingga akhirnya berjaya menamatkan pengajian tingkatan enam dengan PNGK 4.0.

Berkongsi pula mengenai di manakah hala tuju yang ingin digapainya selepas ini, dia bercita-cita menjadi seorang pendidik dan kini menunggu panggilan menyambung pelajaran di Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam bidang perakaunan.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Bernama

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI