Kemuncak anugerah Oscars yang berlangsung awal minggu ini bukan saja tertumpu pada para pemenangnya.
Malah, ramai turut tertarik dengan perubahan fizikal yang berlaku kepada penyanyi Inggeris, Adele yang ditemui di parti anjuran Jay Z dan Beyonce selepas Oscars berakhir.
Artikel Berkaitan: Filem Korea, Parasite Tawan Hollywood Di Oscars
Adele menyarungkan dress bercorak harimau bintang dan mengejutkan ramai pihak dengan bentuk badan yang lebih kecil dan struktur jawline Adele ketara!
Turut berada di parti tersebut ialah wartawan dari Poland, Kinga Rasin yang berkongsi foto bersama Adele. Menurutnya, Adele telahpun mengurangkan berat badan hingga kira-kira 30 kilogram.
“Jujurnya, saya hampir tidak boleh mengenalinya kerana dia sungguh kurus sekarang.”
*
Menurut laporan People, Adele telah melakukan yang terbaik untuk kekal sihat dan bertenaga. Walaupun dia tidak menyebut banyak mengenai transformasi tubuhnya itu, ada beberapa perkara yang dapat kami kongsikan mengenai rahsia di sebaliknya.
Selepas menyambut hari jadinya yang ke 31 pada bulan Mei tahun lalu, Adele berkata dia ingin melakukan perubahan terhadap diri sendiri dan menyayangi dirinya terlebih dahulu. Faktor terbesar yang memaksanya untuk berubah adalah anaknya, Angelo.
Adele bersama Beyonce di anugerah Grammy 2015.
Adele ingin menjadi ibu yang lebih sihat kepada Angelo dan transformasi berlaku selepas dia hentikan tabiat minum alkohol dan menjaga pemakanan.
Malah dia juga mencuba teknik Sirtfood Diet yang popular di United Kingdom. Caranya adalah dengan mengehadkan pengambilan kalori kepada 1,000 kalori sehari. Perlahan-lahan, barulah Adele meningkatkan jumlah tersebut.
Adele juga adalah peminat kombinasi cross-training dan Pilates.
*
Apabila melihat transformasi Adele, kami sendiri pun teruja untuk mencuba rahsianya. Sihat, bertenaga dan tentunya, gembira!