Apa saja yang disarungkan oleh ahli kumpulan K-Pop, pasti akan ada peminat yang nak meniru gaya mereka.
Lebih-lebih lagi jika mereka berada di lapangan terbang, semua orang akan ternanti-nantikan stail ‘Airport Fashion’ ahli kumpulan. Walaupun hanya berbaju T putih (dah macam T-shirt Pagoda abah-abah), ia masih dianggap fashionable dan wajib ditiru!
Sempena konsert K-Wave Music Festival 3 yang akan berlangsung malam ini di Stadium Malawati Shah Alam, REMAJA tertarik dengan stail kumpulan K-Pop semasa mereka bersiap sedia untuk touch down di lapangan terbang KLIA.
Jom tengok siapa paling bergaya!
Meskipun bergelar kumpulan rock hebat dari Korea Selatan, namun FT Island tak selalu mempamerkan imej rockstar mereka kecuali di atas pentas.
Cer tengok stail Hong-ki, Jae-jin, Min-hwan, Seung-hyun dan Joon-hoon yang sangat laidback. Nak naik kapal terbang untuk 5 jam setengahlah katakan. Sekadar baju T polos dan hoodie sweater. Cuma Seung-hyun je yang pentingkan gaya dengan berkemeja kemas dan menggunakan beg Gucci.
Yass, EXID brought their A-game!
Masing-masing masih tampil berstail walaupun memilih gaya yang menyelesakan.
Hani (kiri) cantik dalam dress ala night gown dan beg sandang kulit. Solji (kanan) juga memilih stail dress labuh, cuma kali ini ia dengan strap spageti di bahagian luar. Corak berjalur dan lace sangat popular untuk trend fesyen tahun ini, so good job girls
!
Sementara itu, LE (kiri) lebih gemarkan stail mom’s jeans dengan ankle boot. Selesa! Jeong-hwa (kanan) juga kelihatan cantik dan fashionable dalam persalinan putih – biru navy. Sesuailah dengan karakternya yang sukakan fesyen.
Lebih gemarkan warna solid, satu tona dan potongan baju yang lebih ringkas. AOA bagaimanapun tak kalah dalam bab berfesyen.
Ya, yang ringkas pun boleh nampak berstail jika pandang menggayakannya. Penulis tertarik juga dengan solekan ringkas pada wajah masing-masing dan pada pemilihan kasut mereka. Makin ramailah lepas ini yang suka memakai baju T labuh.
Turut menaiki penerbangan yang sama ialah kumpulan Boyfriend!
Mungkin mereka terlebih dahulu mengkaji keadaan cuaca semasa di Kuala Lumpur. Baju yang dipakai bersesuaian dengan keadaan panas di sini. Fabrik kapas, seluar longgar, baseball cap, fisherman’s hat dan kemeja nipis.
Jadi, stail kumpulan mana yang paling korang suka?