Stail Rambut ‘Bob Sleek’ Terbaru Selena Gomez Nampak Muda Remaja. Nak Trylah!

Share

Penyanyi ‘Love You Like A Love Song’; Selena Gomez melalui sebuah debut di TikTok telah berkongsi stail rambut terbarunya yang lebih fresh dan membuatkan dirinya nampak remaja.

Penyanyi, penulis lagu merangkap pelakon dan produser televisyen ini, bukan saja berbakat tetapi juga memiliki gaya penampilan diri yang ranggi. Gemar bereksperimentasi dengan gaya rambut, dari brunette ke blonde, dari panjang ke pendek.

Selena Gomez pada Februari 2020 (kiri) dengan warna natural brunette dan  pada Mei 2021 (kanan) dengan blonde.
Getty Images

Terbaru, dia memotong lagi rambut dengan tampil dengan stail rambut potongan bob yang serba baru. Potongan rambut bob sememangnya tidak pernah ketinggalan zaman. Inspirasi gaya rambut bob yang kami kongsikan berikut dijamin akan membuatkan penampilan anda lebih fresh dan up to date.

Pilih Potongan Bob Yang Sleek

Debut di TikTok, Selena menunjukkan rambut potongan bob. Potongan tajam dan lurus ini boleh mencipta lebih banyak definisi untuk pipi penuh dan menjadikan garis rahang lebih meruncing.

@selenagomez

Only Murders in the Building watch party 10/19 6:00pm PST!

♬ original sound – Selena Gomez

Bertambah comel dengan potongan rambut bob yang sleek? potongan bob dengan style sleek ini sesuai untuk mereka yang memiliki bentuk wajah bulat atau kotak supaya wajah tampak lebih panjang dan kurus. Untuk kesan yang berlainan, korang juga boleh memberi sentuhan wavy

atau curly pada potongan rambut bob ini.

Rata-rata peminat memuji penampilan terbaru Selena. Tapi tahukah kamu muka yang bulat dan tembam itu sebenarnya lagi beruntung dan banyak kelebihan. Paling ketara kamu tidak akan nampak tua, bahkan muda selamanya.

Published by
Nana