Pernahkah kamu terfikir untuk intip status WhatsApp rakan-rakan tapi tak nak diorang tahu? Jangan risau, ada cara mudah untuk kamu lakukan ini tanpa meninggalkan jejak!
Empat cara untuk melihat status WhatsApp seseorang tanpa diketahui
Tutup ciri ‘Read Receipts’
Ya, menutup ciri Read Receipts bukan sahaja berfungsi pada mesej teks tetapi juga pada status WhatsApp. Jika anda menutup ciri Read Receipts, nama anda tidak akan terpampang di dalam senarai nama yang melihat status tersebut. Sama juga jika seorang kenalan anda menutup ciri Read Receipts mereka, anda juga tidak akan dapat melihat jika mereka ada melihat status anda atau pun tidak.
Berikut ialah cara untuk mematikan ciri Read Receipts pada peranti anda:
Buka WhatsApp dan seterusnya ke bahagian Tetapan (Settings).
Pilih ‘Privacy’ dan tatal ke bawah untuk ‘Read Receipts’. Akhir sekali, tukar kepada tutup.
Sila ambil perhatian bahawa cara ini juga akan menutup ‘Read Receipts’ untuk mesej anda dan orang lain tidak akan tahu apabila anda telah melihat mesej daripada mereka.
Ads
Tukar mod kapal terbang atau matikan internet peranti anda
Cara kedua terbaik untuk melihat status WhatsApp tanpa diketahui ialah apabila anda ‘offline‘. Sebaik sahaja anda melihat kenalan anda telah memuat naik status, matikan data mudah alih dan Wifi anda atau hanya tukar kepada mod kapal terbang.
Selepas anda memutuskan semua rangkaian, pergi ke WhatsApp sekali lagi dan lihat status mereka. Aplikasi komunikasi ini tidak akan dapat menjejak aktiviti anda kerana anda berada di luar talian dan oleh itu paparan anda tidak akan muncul dalam senarai penonton.
Anda juga boleh melakukannya menerusi WhatsApp Web. Buka web WhatsApp dalam tetingkap inkognito, pergi ke tab Status dan semak sama ada status yang ingin anda lihat ada di sana. Kemudian matikan rangkaian WiFi pada komputer riba/ desktop anda dan lihat status tersebut. Apabila selesai, tutup penyemak imbas supaya data tidak disimpan.
Ads
Semak folder Status WhatsApp (hanya untuk pengguna Android)
Jika anda seorang pengguna Android, anda mempunyai satu lagi trick yang boleh dilakukan. Terdapat satu bahagian pengurus fail pada peranti anda di mana semua fail WhatsApp termasuk status kenalan anda tersedia.
Membuka status melalui pengurus fail tidak akan memaklumkan kepada individu empunya status tersebut yang bahawasanya anda telah melihatnya kerana ia tidak dilakukan melalui aplikasi tersebut secara langsung. Untuk mengakses folder Status WhatsApp menggunakan file manager, ikuti langkah berikut:
Pergi ke ‘File Manager’ pada peranti anda.
Pilih ‘Internal Storage’ dan klik pada WhatsApp.
Pada tab ‘Media’, anda akan menemui folder ‘Statuses’. Seksyen ini akan memaparkan semua gambar yang pernah dikongsikan oleh kenalan anda seperti mana Status mereka.
Jika folder tersebut kelihatan, pergi ke tetapan ‘File Manager’ dan buka ‘Show hidden files’. Selepas itu ia pasti akan kelihatan.
Sila ambil perhatian bahawa folder ‘Status’ hanya menyimpan data selama 24 jam. Selain itu, ia hanya berfungsi apabila individu yang anda ingin cuba lihat statusnya mempunyai akaun WhatsApp mereka yang berpaut ke peranti mereka. Jika tidak, usaha anda akan sia-sia.
Ads
Lihat status WhatsApp menggunakan aplikasi pihak ketiga (atas risiko anda sendiri)
Tapi awas!!! anda perlu berhati-hati semasa menggunakan aplikasi ini. Sementara beberapa aplikasi pihak ketiga mendakwa berfungsi dengan lancar untuk anda, ia mungkin menimbulkan risiko keselamatan dan malah menjejaskan data anda. Lebih-lebih lagi, kerana mereka melanggar syarat perkhidmatan WhatsApp, pengguna mungkin disekat buat sementara atau selama-lamanya daripada aplikasi itu.
Walau bagaimanapun, jika anda benar-benar berminat untuk menggunakan aplikasi pihak ketiga, GBWhatsApp, Status Saver dan KidsGuard untuk WhatsApp adalah beberapa nama yang mendakwa menawarkan ciri tambahan di luar aplikasi WhatsApp rasmi.
Semoga panduan ini membantu anda dengan mudah untuk melihat status WhatsApp secara senyap-senyap.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nampaknya selepas ini, semua orang hendak menjadi admin untuk WhatsApp Group masing-masing.
WhatsApp akan bertambah – hhm – ‘lebih menarik’ selepas ini apabila pengarahnya, Mubarik Imam mengumumkan beberapa penambah baikan membabitkan aplikasi itu semasa persidangan F8 Developer, baru-baru ini.
Katanya, 450 juta pengguna WhatsApp selepas ini akan mula menggunakan fungsi terbaru ini “tidak lama lagi”.
Menariknya, kebanyakan daripada penambah baikan ini akan menguntungkan para admin di dalam Grup WhatsApp. Hhm, apa kelebihan baru itu?
01
Hanya admin yang boleh mengubah deskripsi grup, ikon gambar dan subjek (nama) grup tersebut. Ahli grup tidak lagi dibenarkan untuk mengubah apa-apa data.
02
Namun, jika admin ingin memberikan kebenaran kepada mana-mana ahli grup untuk mengubah data, dia boleh berbuat sedemikian. Contohnya, jika di dalam grup ada ketua dan pembantunya, ketua boleh membenarkan pembantu mempunyai kuasa admin tersebut.
03
Admin juga mempunyai kuasa ‘Restrict Group’ di mana dia boleh menghentikan semua ahli grup daripada menaip mesej. Pada masa yang sama, hanya dia yang boleh memberikan mesej kepada orang lain. Wow!
Jadi bagaimana ahli nak menaip mesej penting?
Mereka perlu menekan butang ‘Message Admin’ untuk menyeru Admin memberikan mereka kebenaran agar mesej mereka boleh dibaca oleh semua ahli lain.
Gila kuasa betul ni.
Admin tangkas tangani mesej ahli ke nanti?
Namun khabarnya, perbuatan “menutup mulut ahli lain” ini hanya boleh bertahan untuk 72 jam saja. Macam fungsi mute juga yang mempunyai kekangan masa tertentu.
04
Selain itu, salah satu kuasa baru untuk admin WhatsApp juga adalah ‘Admin Settings’. Hanya admin grup yang boleh melihat fungsi ini di mana dia boleh mengubah beberapa setting pada grup tersebut.
05
Paling menarik, WhatsApp juga khabarnya akan memperkenalkan fungsi Group Video Call kepada penggunanya!
Buat masa ini, fungsi tersebut hanya boleh digunakan di antara 1 pengguna ke 1 pengguna lain. Sama seperti Group Live Video di Instagram yang membabitkan dua pihak saja.
Tak lama lagi, korang boleh memasukkan 4 orang dalam sebuah video call. Bolehlah buat meeting tergempar atau sesi ‘membawang’ selepas ini dengan lebih mudah. Hehe.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Januari 2022 mungkin boleh dianggap sebagai bulan penuh mencabar buat pemain perseorangan badminton nombor satu negara, Lee Zii Jia setelah perkhabarannya meninggalkan skuad Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mendapat liputan meluas sehingga ke perhatian pemain badminton sedunia.
Bulan Februari nyata memberi lebih keceriaan buat Lee Zii Jia. Pemain berusia 23 tahun itu bukan hanya sedang bermain cemerlang pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC).
Malah baru-baru ini, jenama telefon pintar Oppo Malaysia telah mengumumkan perlantikan Zii Jia sebagai duta produk bagi siri telefon pintar OPPO Reno7 5G.
Menerusi perlantikan ini, Zii Jia meneruskan tugasnya sebagai duta siri OPPO Reno yang terkenal sebagai pakar lensa potret.
Dengan senario yang terpaksa dihadapi Zii Jia baru-baru ini, OPPO percaya pemain itu adalah individu tepat untuk mewakili suara anak muda sekarang yang tidak gentar membuat keputusan yang dianggapnya penting untuk mencapai cita-citanya.
Perlantikan kali ini juga menyaksikan sesuatu yang menarik bakal berlaku! Zii Jia difahamkan akan muncul dalam iklan pendek bersama OPPO tidak lama lagi.
Tentunya Zii Jia akan memperkenalkan kelebihan OPPO sebagai Portrait Expert (dahulunya dikenali sebagai Selfie Expert pada tahun 2016). Trend bersilih ganti dan pengguna kini tidak lagi mementingkan teknologi swafoto (selfie) atau swafoto bersama (wefie).
Kongsi OPPO, 76 peratus pengguna telefon pintar itu kini lebih memilih fungsi mengambil foto potret menggunakan kamera belakang berbanding 24 peratus yang masih setia menggunakan kamera hadapan untuk mengambil foto selfie.
Haa kalau nak tengok foto Lee Zii Jia menggunakan lensa potret siri OPPO Reno7, sama-sama nantikan pelancarannya pada 22 Februari 2022 (Selasa) depan.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebuah lagi aplikasi media sosial baharu telah dilancarkan dan ramai sudah mula berkongsi tentang ciri-ciri Clubhouse ini yang dijelaskan sebagai satu medium eksklusif dan bermanfaat.
Clubhouse adalah sebuah platform media sosial yang memberi fokus kepada penggunaan panggilan digital, tidak kira secara berdua atau pun beramai-ramai. Aplikasi ini sebenarnya sudah dilancarkan secara rasmi pada awal tahun 2020 namun ia baru sahaja menjadi bualan masyarakat di Malaysia.
Keunikan Clubhouse ialah semua chatroom didalamnya adalah sementara dan dimulakan dengan satu orang sahaja. Beberapa orang boleh berbual didalamnya dan perbualan tersebut boleh didengari oleh pengguna yang memasuki chatroom tersebut.
Setakat ini, sebuah chatroom Clubhouse khabarnya boleh menampung seramai 5000 orang dan ia dimaksimakan oleh Elon Musk dan kerana itu juga ramai orang sudah mula menggunakan aplikasi ini.
Hanya melalui jemputan
Satu-satunya cara untuk korang mendapatkan sebuah akaun Clubhouse adalah melalui jemputan. Buat masa ini, Clubhouse merupakan aplikasi eksklusif di peranti iPhone yang menggunakan sistem operasi iOS 13 dan keatas. Jemputan ini hanya boleh dihantar menggunakan iMessage.
Melalui jemputan ini, korang boleh mengetik pautan yang akan membawa mereka ke App Store untuk memuat-turun aplikasi ini, dan mendaftar akaun Clubhouse menggunakan nombor telefon.
Setelah itu, korang boleh menyambungkan akaun Clubhouse mereka kepada Twitter dan Instagram serta boleh mula mengikuti sesiapa sahaja didalam platform tersebut.
Penggunaan aplikasi ini adalah percuma, tetapi jika korang benar-benar inginkan sebuah akaun Clubhouse ini sekarang, selain daripada memintanya dari rakan-rakan yang mempunyai jemputan, korang juga boleh membelinya di Shopee pada harga RM60.
Keunikan aplikasi ini adalah ia boleh digunakan sebagai sebuah platform berborak atau berbincang secara audio bersama rakan-rakan atau orang luar. Kebolehan menampung seramai 5000 orang dalam satu chatroom pada satu masa sama juga membolehkan organisasi-organisasi mengadangan acara persidangan secara audio dilakukan dalam skala yang besar.
Sesi borak juga boleh ditetapkan terlebih dahulu, dan orang ramai boleh melihatnya melalui bahagian papan buletin yang terbina didalam aplikasi ini.
Pengguna Clubhouse juga boleh berkongsi pautan chatroom bersama-sama pengguna lain melalui platform Twitter ataupun Instagram dengan cepat dan mudah kerana aplikasi ini tidak menawarkan ciri permesejan secara teks.
Wah, memang nampak menarik Clubhouse ni. Banyak ilmu yang boleh dikongsikan bersama. Ada sesiapa yang dah try Clubhouse ni ke? Apa pula pendapat korang?
Hey football lovers!Oh, kami tidak bermaksud all you boys yang gemarkan sukan bola sepak. Sebaliknya, kami tahu ramai peminat bola sepak yang terdiri daripada...