Pernahkah kamu terfikir untuk intip status WhatsApp rakan-rakan tapi tak nak diorang tahu? Jangan risau, ada cara mudah untuk kamu lakukan ini tanpa meninggalkan jejak!
Ya, menutup ciri Read Receipts bukan sahaja berfungsi pada mesej teks tetapi juga pada status WhatsApp. Jika anda menutup ciri Read Receipts, nama anda tidak akan terpampang di dalam senarai nama yang melihat status tersebut. Sama juga jika seorang kenalan anda menutup ciri Read Receipts mereka, anda juga tidak akan dapat melihat jika mereka ada melihat status anda atau pun tidak.
Berikut ialah cara untuk mematikan ciri Read Receipts pada peranti anda:
Sila ambil perhatian bahawa cara ini juga akan menutup ‘Read Receipts’ untuk mesej anda dan orang lain tidak akan tahu apabila anda telah melihat mesej daripada mereka.
Cara kedua terbaik untuk melihat status WhatsApp tanpa diketahui ialah apabila anda ‘offline‘. Sebaik sahaja anda melihat kenalan anda telah memuat naik status, matikan data mudah alih dan Wifi anda atau hanya tukar kepada mod kapal terbang.
Selepas anda memutuskan semua rangkaian, pergi ke WhatsApp sekali lagi dan lihat status mereka. Aplikasi komunikasi ini tidak akan dapat menjejak aktiviti anda kerana anda berada di luar talian dan oleh itu paparan anda tidak akan muncul dalam senarai penonton.
Anda juga boleh melakukannya menerusi WhatsApp Web. Buka web WhatsApp dalam tetingkap inkognito, pergi ke tab Status dan semak sama ada status yang ingin anda lihat ada di sana. Kemudian matikan rangkaian WiFi pada komputer riba/ desktop anda dan lihat status tersebut. Apabila selesai, tutup penyemak imbas supaya data tidak disimpan.
Jika anda seorang pengguna Android, anda mempunyai satu lagi trick yang boleh dilakukan. Terdapat satu bahagian pengurus fail pada peranti anda di mana semua fail WhatsApp termasuk status kenalan anda tersedia.
Membuka status melalui pengurus fail tidak akan memaklumkan kepada individu empunya status tersebut yang bahawasanya anda telah melihatnya kerana ia tidak dilakukan melalui aplikasi tersebut secara langsung. Untuk mengakses folder Status WhatsApp menggunakan file manager, ikuti langkah berikut:
Sila ambil perhatian bahawa folder ‘Status’ hanya menyimpan data selama 24 jam. Selain itu, ia hanya berfungsi apabila individu yang anda ingin cuba lihat statusnya mempunyai akaun WhatsApp mereka yang berpaut ke peranti mereka. Jika tidak, usaha anda akan sia-sia.
Tapi awas!!! anda perlu berhati-hati semasa menggunakan aplikasi ini. Sementara beberapa aplikasi pihak ketiga mendakwa berfungsi dengan lancar untuk anda, ia mungkin menimbulkan risiko keselamatan dan malah menjejaskan data anda. Lebih-lebih lagi, kerana mereka melanggar syarat perkhidmatan WhatsApp, pengguna mungkin disekat buat sementara atau selama-lamanya daripada aplikasi itu.
Walau bagaimanapun, jika anda benar-benar berminat untuk menggunakan aplikasi pihak ketiga, GBWhatsApp, Status Saver dan KidsGuard untuk WhatsApp adalah beberapa nama yang mendakwa menawarkan ciri tambahan di luar aplikasi WhatsApp rasmi.
Semoga panduan ini membantu anda dengan mudah untuk melihat status WhatsApp secara senyap-senyap.
BACA : Bukan ‘Biasa-Biasa’, Ini 8 Selebriti Korea Yang Genius Dengan IQ Sangat Tinggi
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.