Menerusi akaun Twitter beliau semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia iaitu Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telahpun berkongsikan satu berita menggembirakan bagi diri beliau dan kepentingan negara.
Ia adalah apabila anaknya diumumkan tiga hari lalu sebagai salah seorang belia yang terpilih untuk Program Felo Perdana 2020.
Khair Noor Hisham itu berdiri bersama-sama dengan 2 orang remaja lain iaitu Chow Shenn Kuan dan Am Abdul Aziz. Sekaligus mereka bertiga akan memulakan tempoh latihan bersama Kementerian Kewangan apabila kehadiran mereka di bangunan rasmi kementerian disambut oleh Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Menurut Tengku Zafrul, mereka bertiga mewakili golongan belia Malaysia yang disifatkan beliau sebagai di antara generasi terpenting dalam pembangunan negara kerana belialah yang akan memimpin pada masa akan datang.
Ads
Setelah seorang pengguna Twitter @banihasyim87 bertanyakan kepada Dr Noor Hisham mengenai berita tersebut dan sama ada anaknya terpilih, beliau menjawab, “Alhamdulillah dia terpilih.
Alhamdulilah he is. He is a very independent person plus he is brilliant in sparring pantun off the cuff, notably the winner of pantun competition in Singapore
“Dia merupakan seorang yang berdikari dan bijak dalam berpantun apabila pernah muncul juara pertandingan pantun di Singapura,” catat beliau yang turut mengakui bahawa pantun-pantun yang dimuat naik olehnya sendiri adalah karya Khair.
Ads
Sebagai pelajar Ekonomi Perniagaan daripada Sheddield Hallam Universiti di England, Khair bukan sekadar hebat berpantun tetapi juga pernah mencapai beberapa keputusan cemerlang baik di dalam kelas mahupun di luar kelas.
Antara termasuklah memenangi pertandingan Sheffield Business School International Dragon’s Den pada tahun 2019. Selain itu, dia juga pernah dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik apabila bergelar Ketua Perwakilan Pelajar di UiTM Pahang pada tahun sebelumnya.
Ads
Betullah kata-kata netizen yang berpendapat, “Like father like son”!
Untuk pengetahun, dua lagi penerima program latihan Program Felo Perdana 2020 pula merupakan pelajar jurusan Perniagaan daripada Universiti Sunway (Chow Shenn Kuan) dan pelajar jurusan Ekonomi dan Ekonimi Antarabangsa daripada University of Nottingham Malaysia (Am Abdul Aziz).
Ramai sebenarnya remaja Malaysia yang berbakat dan bijak. Cer lihat satu lagi perkongsian yang sangat inspiring oleh pelajar Malaysia di luar negara ini pada tahun lalu.
Pelakon dan penyanyi, Alvin Chong terpaksa dikejarkan ke hospital di Switzerland apabila mengalami keracunan makanan, sebaik sahaja tiba di negara tersebut.
Menurut Alvin, dia memaklumkan dirinya mula rasa tidak selesa sewaktu transit di Bangkok, Thailand.
“Saya mula rasa tidak berapa sihat ketika transit di Bangkok. “Selepas itu, semasa penerbangan ke swizz, saya mengalami muntah teruk di tempat duduk kapal terbang itu,” katanya.
Pada masa sama, pelakon naskhah popular Takdir Yang Tertulis itu berkongsi dirinya lantas mendapatkan rawatan sejurus sahaja sampai di Switzerland.
Alvin bagaimanapun memberitahu keadaannya kini semakin pulih selepas menerima rawatan di sebuah pusat perubatan.
“Ketika kami mendarat, saya terus bergegas ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
“Saya juga melakukan ujian darah, ‘drip’ serta mendapatkan suntikan oleh petugas kesihatan di sana,” ujarnya lagi.
Sekadar informasi, Alvin terbang ke Switzerland bagi pengambaran musik video yang bakal dilancarkan pada tahun ini.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Tak semua orang mempunyai keinginan untuk bergelar seorang pemimpin.
Bukan mudah untuk kita menjadi penggerak sesebuah persatuan. Seorang pemimpin memerlukan kriteria, aura, karisma dan pengetahuan yang meluas untuk menggunakan pengalaman yang ada bagi kebaikan sejagat.
From the looks of it, finalis Top 4 program Ratu Hijabista 2020 ini mempunyai sifat kepimpinan semulajadi sejak zaman pengajian di peringkat diploma lagi.
Sempena minggu terakhir Shamellya Norazizi atau Mellya di pucuk kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Tekologi MARA (UiTM), penulis tertarik untuk tahu dari mana datang keinginannya untuk menjadi satu-satunya wakil perempuan dalam kedudukan 4 pemimpin teratas itu.
“Seperti yang pelajar UiTM tahu, universiti kami mempunyai 14 buah kampus di seluruh negara dan di setiap kampus itu mempunyai wakil MPP bagi setiap negeri.
“Di kampus induk Shah Alam ini, kami mempunyai 4 orang wakil tertingggi yang dipilih berdasarkan pencalonan. Mell pernah terlibat dalam kepimpinan MPP semasa belajar di UiTM Segamat Johor dulu. Jadi ramai yang mengesyorkan Mell untuk menghantarkan pencalonan.
“Alhamdulillah, Mell terpilih. Seterusnya dalam proses pembinaan kabinet, kami memilih siapa yang akan menjawat setiap jawatan yang ada. Dari situ berdasarkan undian, Mell terpilih sebagai Yang Di-Pertua walaupun Mell perempuan (berbanding 3 lagi lelaki yang mengisi 4 kedudukan teratas itu).
“Bagaimanapun, selepas perbincangan dilakukan, kami berpendapat bahawa seorang pemimpin lelaki adalah satu pilihan yang lebih wajar. Malah dalam agama Islam pun, lelaki disebut sebagai khalifah. Sekiranya ada wakil lelaki yang berkebolehan dan berkemampuan, adalah lebih baik untuk melantiknya sebagai pemimpin. Jadi dari situ, Mell dipilih sebagai setiausaha MPP UiTM,” jelas pelajar jurusan kewangan itu.
Meskipun ada kebenaran dalam penjelasan tersebut, penulis merasakan dalam dunia, perbezaan jantina tidak harus lagi dijadikan sebagai kayu pengukur dalam menentukan pucuk kepimpinan. Ia seharusnya dinilai dari segi kemampuan seorang pemimpin itu sendiri.
Tidakkah Mell mempunyai sekelumit rasa terkilan?
“Niat saya menyertai MPP adalah untuk memberi semula kepada orang ramai (pelajar dan universiti) menerusi pengalaman dan ilmu yang saya ada. Saya tidak pernah jadikan perebutan jawatan itu satu perkara yang besar.
“Malah sepanjang setahun kami berusaha melakukan yang terbaik sebagai wakil MPP, Yang Di-Pertua kami telah menunjukkan prestasi yang memberansangkan. Mell sendiri tidak boleh bayangkan diri Mell mampu menggerakkan pasukan kami jika berada pada posisinya; apatah lagi dengan situasi pandemik Covid-19 yang melanda negara kita sekarang.
“Bagi menjawab persoalan sama ada perempuan sudah bersedia untuk memegang jawatan pemimpin ataupun tidak, yes, Mell tak nafikan bahawa UiTM, especially mempunyai kelompok pelajar perempuan yang sudah bersedia menjadi pemimpin.
“Bagaimanapun, kita tidak harus melihat kepada faktor individu saja. Sebaliknya, kita perlu melihat kepada faktor sekeliling sama ada warganya sudah bersedia menerima seorang pemimpin perempuan. Jelas, apa yang saya nampak, ada yang bersedia dan ada yang belum bersedia. Tidak mengapa, the right time will come.
“Kita pernah mempunyai Timbalan Perdana Menteri perempuan pertama menerusi Dato’ Seri Datin Seri Diraja Dr. Wan Azizah sehingga awal tahun ini.
“Beliau telah membuktikan sebuah kementerian dan kerajaan mampu menggapai pelbagai kejayaan dengan sentuhan serta suara seorang pemimpin perempuan,” tambah gadis berusia 23 tahun ini.
Cabaran Memimpin Dalam Situasi Pandemik
Tiada siapa yang boleh meramalkan tahun 2020 akan berakhir dalam keadaan pandemik Covid-19 yang belum menunjukkan tanda-tanda akan beransur pulih.
Mellya turut terkesan dengan situasi tersebut apabila MPP UiTM perlu berdepan dengan cabaran baru menyelesaikan isu seperti pembelajaran dalam keadaan penularan wabak yang belum pernah berlaku sebelum ini.
Tanpa mempunyai rujukan mengenai apa yang harus dilakukan setelah arahan Perintah Kawalan Pergerakan dan pembelajaran secara ODL diberikan, Mellya dan pasukannya mengaku mereka sedikit kelam kabut pada peringkat awal.
“Siapa yang tidak akan panik, seluruh rakyat Malaysia khusyuk menunggu arahan seterusnya daripada pihak kerajaan.
“Tapi kami tidak menunggu lama untuk membiasakan diri memberikan perkhidmatan kami dalam situasi Covid-19. Kesemua program yang biasanya dilakukan oleh wakil senior terdahulu tidak boleh digerakkan sepanjang tahun 2020. Sebaliknya, kami tumpukan kepada kebajikan asas para pelajar.
“Antaranya termasuklah proses pemulangan pelajar ke kampung halaman masing-masing. Kami mengerahkan usaha mencari bas dan syarikat penerbangan seperti Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia untuk menghantar pelajar pulang secara beransur-ansur.
“Ada satu ketika itu, Mell ingat kami perlu bermesyuarat sehingga jam 3 pagi untuk menyelesaikan isu lapangan terbang yang telah menghentikan operasi. Ia tidak terhenti setakat itu saja.
“Kami jugalah yang menjadi wakil tengah antara pentadbiran universiti dan pelajar yang terkesan dengan talian internet lemah di kawasan mereka. Dan kami juga memudahkan urusan makanan pelajar yang terkandas di kampus.
“Mell melihat situasi tahun 2020 ini telah memberi kami peluang sebagai wakil MPP mempergiatkan aspek kebajikan pelajar, lebih daripada tahun-tahun sebelum ini. It has been different, but it was all worth it.
“Walaupun kita tidak boleh menghantar pelajar ke misi luar negara seperti tahun sebelumnya, kita telah mencapai satu lagi aras baru dalam aspek kebajikan,” katanya.
Tip Menjadi Wakil Pelajar
Dengan pengunduran Mell dan tiga lagi orang wakil MPP UiTM, jawatan itu kini sedang ditawarkan kepada pelajar lain menerusi musim pencalonan nama.
Mell mempunyai beberapa tip buat mereka yang ingin berkecimpung dalam perwakilan pelajar di universiti mereka.
“Pertama sekali, niat untuk menjadi wakil pelajar perlu diperbetulkan sejak awal. Adakah mereka ingin menggapai populariti ataupun ingin membantu? Adakah mereka mampu bekerja 24 jam sehari, dikritik dan sebagainya? Tempoh setahun itu bukanlah satu tempoh yang sekejap. Jadi mereka perlu fikirkan dahulu sama ada betul-betul ingin bekerja demi pelajar dan universiti.
“Kedua, mereka perlulah ada minat yang mendalam. Bagi yang tidak mempunyai pengalaman menjawat sebarang jawatan sebelum ini, Mell nasihatkan untuk cuba dulu memegang tanggungjawab dalam persatuan serta kelab yang lebih kecil skalanya. Baru kita nampak bagaimana corak bekerja sebenar.
“Akhir sekali, mereka perlulah tahu untuk work smart, not hard. Kita kena ingat bahawa pelajaran tidak sesekali boleh diketepikan demi menjadi wakil pelajar. Jadi mereka perlu tahu bagaimana untuk memegang bebanan kebajikan dan pelajaran pada masa yang sama. Jika seseorang mempunyai ketiga-tiga perkara ini, mereka telah bersedia.”
*
All the best kepada Mell dalam perancangannya selepas tamat tempoh menjadi wakil pelajar ini!
Bercakap mengenai minat atau passion, selain daripada Mell, seorang lagi finalis Ratu Hijabista 2020 juga mempunyai minat yang mendalam untuk bidang yang diceburinya.
Ini adalah temuramah kami bersama Tina Aziz yang mempunyai latar belakang bidang perundangan.
Banyak pusat beli belah dibina di negara ini. Keluasan yang begitu besar, punyai pelbagai kemudahan yang amat selesa malah pengunjung boleh membuat pelbagai pilihan semasa berkunjung.
Namun bila berbicara soal keadaan surau, tentu sebahagian dari kita pernah alami betapa sempitnya surau disediakan di mana umat Islam yang hendak menunaikan solat perlu berhimpit-himpit terutama waktu Maghrib yang masanya agak singkat.
Tentu korang pernah alamikan, di mana kita perlu melangkah di hadapan individu yang sedang bersolat untuk mengambil tempat di hadapannya yang mungkin sudah kosong.
Masa yang sama, kita merasakan “tidak salah” melangkah di hadapannya kerana adanya halangan atau disebut sutrah.
Dalam kitab Fiqh al-Manhaji (1/392-393) dalam bab perkara-perkara sunat berkaitan dengan solat.
“Sekatan adalah sebagai tanda pemisah di antara orang yang bersolat dengan orang yang lalu-lalang di hadapannya, seperti dinding, tiang, tongkat atau menghamparkan sejadah dan sebagainya. Jika tidak didapati apa-apa pun buatlah tanda garisan sahaja.
Hal ini berdasarkan hadis, daripada Ibn Umar RA yang membawa maksud, “Rasulullah SAW apabila pergi menunaikan solat hari raya, Baginda meminta sebatang tombak pendek diletakkan di hadapannya, lalu Baginda menghadapnya manakala orang ramai pula di belakang Baginda ketika bermusafir.” Riwayat al-Bukhari (472) dan Muslim (501)
Sementara cara yang afdhal pula ialah meletakkan sekatan berhampiran dengan tempat sujud.
Bagaimana kalau tiada sutrah atau halangan kita letakkan namun tempat melintas itu dilalui oleh inividu yang ingin menunaikan solat.
Ini hukum lintas depan orang solat
Dalam kitab al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie ada ditambah bahawa haram bagi seseorang untuk lalu di hadapan orang yang bersolat sedangkan dihadapannya sudah ditandakan dengan sutrah, berdasarkan hadis Abu al-Juhaim al-Ansari RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Kalaulah seseorang itu tahu dosa yang dikenakan ke atasnya akibat berjalan di hadapan orang yang solat, nescaya kalau dia berdiri selama 40 (tempoh tertentu), lagi baik daripada dia berjalan di hadapan orang yang solat. Riwayat al-Bukhari (510)
Berkata Abu al-Nadr, salah seorang perawi hadis ini, : “Aku tidak pasti sama ada baginda bersabda 40 hari, 40 bulan atau 40 tahun.”
Ini pula hukum melintas di hadapan orang yang solat tanpa sutrah
Kata Imam An-Nawawi dalam Syarah Muslim : Adalah MAKRUH melintas dalam keadaan demikian; demikian juga jika ada sutrah, tetapi letaknya jauh.
Berkata Ibnul Qayyim: “Menurut Ibnu Hibban dan lain-lain, hukum haram yang disebutkan itu ialah bila orang yang solat itu menggunakan tabir/sutrah. Maka kalau tidak pakai tabir, tidaklah haram lalu di depannya.
Hukum melintas orang yang sedang solat kerana hendak memenuhkan saf.
Kata Imam An-Nawawi : Seandainya ada kekosongan di saf pertama (yang kerap menjadi rebutan orang ramai), maka bolehlah seseorang melintas orang yang sedang solat di sof kedua (atau lainnya) dan masuk berdiri di tempat tersebut disebabkan kealpaan orang-orang di belakang tidak memenuhkan tempat yang perlu dipenuhkan.
Jadi, secara kesimpulannya, kalaulah kita tahu dosanya, pasti kita akan berhenti melintas di depan orang bersolat. Mungkin kita perlu bersabar dan menunggu giliran kerana dikhuatiri kita yang berdosa walaupun niat kita hanyalah untuk beribadah kepada Allah SWT.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Aktres berbakat besar, Qistina Raisah meluahkan rasa syukur selepas berjaya memiliki sebuah kereta idaman, Toyota Yaris, dengan wang simpanannya sendiri.Yang lebih membanggakan, pencapaian tersebut...