Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi terkenal, Lily Allen mendapat perhatian orang ramai apabila dirinya mengakui bahawa dapat menghasilkan lebih banyak wang menerusi aplikasi OnlyFans berbanding royalti yang diberikan oleh Spotify.
Menerusi media sosial miliknya, Allen mendedahkan dia baru sahaja mencipta akaun OnlyFans selepas mendapat inspirasi daripada seorang pekerja di pusat kecantikan yang memberitahu pelantun lagu ‘Smile’ itu bahawa dia mempunyai kaki yang cantik dan boleh menjana pendapatan dari situ.
Dalam pada itu, Allen juga mengaku bahawa dia mendapat taraf lima (5) bintang di laman web, WikiFeet iaitu laman khas yang mengumpul dan menilai gambar-gambar kaki selebriti bagi penggemar yang terobsesi dengan kaki.
Ads
Kredit: Instagram Lily AllenKredit: Instagram Lily Allen
Walau bagaimanapun, Allen juga turut mendapat kecaman dan komen sinis daripada beberapa warga internet selepas memuat naik gambar kakinya di aplikasi X yang berhubung kait dengan Only Fans. Salah satu komen tersebut berbunyi,
“Bayangkan jadi salah seorang bintang pop terbesar dan pemuzik di Eropah, kemudian merendahkan nilai diri dengan melakukan hal seperti ini”
Ads
Kredit: Spotify
Tidak mendiamkan diri, Allen membalas komen berkenaan,
Ads
“Bayangkan jadi seorang artis dengan hampir lapan (8) juta pendengar bulanan di Spotify tetapi saya dapat lebih banyak pendapatan dari 1,000 pelanggan untuk gambar kaki.”
Menerusi laporan media antarabangsa, Lily Allen turut menetapkan harga langganan tersebut sebanyak $10 iaitu sekitar RM43 per sebulan menerusi akaun miliknya dan dengan harga tersebut, penyanyi itu mampu memperoleh sekitar $10,000 atau RM44,000 sebulan dari OnlyFans.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Untuk francais restoran seperti A&W untuk bertahan selama itu, ia adalah satu pencapaian yang diimpikan oleh mana-mana pemilik restoran dan kafe.
Berita mengenai penutupan cawangan ikonik A&W di Petaling Jaya (bersebelahan dengan stesen LRT dan Menara Amcorp) telah beberapa kali muncul.
Disebabkan sokongan yang tak berbelah bahagi oleh peminat A&W, ia berjaya dikekalkan dan jenama francais itu kembali diminati semula tatkala banyak saingan baru muncul.
Namun, A&W nampaknya perlu akur apabila mereka mengumumkan baru-baru ini mengenai penutupan cawangan Petaling Jaya itu.
Ia bukan disebabkan kurang mendapat sambut tetapi ia demi memberi laluan kepada projek pembangunan di tapak tersebut.
Kami difahamkan bahawa tanah tersebut yang dimiliki oleh Inter Mark Resources Sdn Bhd sebelum ini telah dipajak kepada Kasmuncak Holdings Sdn Bhd yang merupakan pemilik kepada rangkaian A&W di Malaysia sebelum ia diambil semula.
Walaupun cawangan kedua A&W itu hanya berbaki kira-kira 6-8 bulan saja lagi sebelum penutupannya, A&W turut mengumumkan mereka akan membuka lebih 20 cawangan baru di seluruh Malaysia sepanjang tahun ini untuk memudahkan pelanggan mereka merasai menu sedap daripada mereka.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menjulang Bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda sememangnya satu tugas yang sangat penting seorang wartawan baik di dunia percetakan ataupun digital. Kami di Remaja juga tidak lari dari segi tugas untuk mendidik dengan memberikan kandungan terbaik kepada jutaan pembaca di luar sana.
Dalam keriuhan dan rancaknya penggunaan media sosial kini, jangan pula kita lupa untuk mengamalkan penggunaan Bahasa Melayu dengan betul. Hari ini Nu Ideaktiv Sdn Bhd, telah menerima kunjungan mesra dari bahagian penguatkuasaan Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Diskusi yang berlangsung selama lebih kurang sejam mengetengahkan isu penggunaan Bahasa Melayu dengan betul dari segi tatabahasa dan penggunaan perkataan yang sesuai untuk digunakan dalam penulisan. Banyak input-input menarik yang diperolehi dan semestinya akan diterapkan dalam setiap aspek penulisan di majalah-majalah milik Nu Ideaktiv Sdn Bhd.
Wakil DBP (bertudung hijau muda) Bersama CEO Nu Ideaktiv, En Syamil Fahim dan juga editor-editor pengurusan Nu Ideaktiv.
Siapa lagi yang hendak memartabatkan Bahasa Melayu kalau bukan kita sebagai rakyat Malaysia bukan?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Saat paling membahagiakan ialah apabila menerima jambangan bunga dari kekasih. Ia sebagai tanda ingatan, tanda kasih sayang dan sudah semestinya ikatan cinta semakin mekar.
Jika sebelum ini kita memikirkan kos penghantaran yang tinggi tetapi dengan dunia digital dan platform yang semakin memecut maju, semua perkara itu dapat diatasi dengan mudah sahaja. Lebih menarik, jika anda membuat tempahan sebelum jam 1 tengahari, jambangan bunga itu akan sampai ke tangan orang yang anda sayangi pada hari yang sama.
Inilah keistimewaan yang ditawarkan oleh Flower Chimp telah ditubuhkan oleh dua usahawan dari Jerman, Maximilian Lotz dan Niklas Frassa yang telah lama bertapak di Asia Tenggara.
Dua usahawan dari Jerman, Maximilian Lotz dan Niklas Frassa yang membuka Flower Chimp yang menawarkan penghantaran bunga dengan kos penghantaran percuma
“Ucapkan dengan bunga!” Kepesatan industri e-dagang di peringkat global telah memacu perkhidmatan penghantaran bunga dan membolehkan pengguna mencipta kenangan indah bersama insan tersayang. Bayangkan, betapa mudahnya anda boleh memilih jambangan bunga kegemaran anda dan merancang penghantaran semudah di hujung jari sahaja.
Daripada pilihan jambangan sempena hari lahir hingga ke kiriman bunga sebagai tanda ucapan tahniah, titipan istimewa sempena sambutan Hari Kekasih dan Hari Ibu, Flower Chimp akan memenuhi keperluan bunga-bungaan anda dari harga serendah RM89 sahaja.
Melangkah setapak ke hadapan berbanding pesaing mereka, Flower Chimp menawarkan perkhidmatan penghantaran ke seluruh negara yang meliputi lebih daripada 80 daerah di dalam Malaysia, termasuk di Sabah dan Sarawak.
Dengan rangkaian meluas seperti itu, tidak hairanlah perkhidmatan penghantaran bunga dalam talian tersebut menjadi pilihan utama pelanggan yang turut menikmati penjimatan menerusi penghantaran secara percuma ke atas semua tempahan tanpa had perbelanjaan minima.
Malah, pelanggan juga boleh menjadualkan penghantaran pada hari yang sama bagi semua tempahan yang dibuat sebelum pukul 1 tengah hari untuk mengejutkan insan tersayang mereka.
“Walaupun kami masih baharu dalam perniagaan penghantaran bunga ini, Flower Chimp telah berkembang hingga menjadi jenama terkemuka dalam industri ini. Dalam tempoh kurang daripada dua tahun, kami telah menjadi pilihan nombor 1 dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian di Malaysia, Indonesia dan Filipina dengan rekod pertumbuhan lima (5) kali ganda berbanding tahun lepas,” kata Maximilian Lotz, Pengasas Flower Chimp.
Berikutan prestasi memberangsangkan mereka dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian, Flower Chimp berjaya menambat pelaburan berjumlah RM 6 juta daripada sekumpulan pelabur termasuklah Asia Venture Group (AVG), sebuah syarikat persendirian yang telah menilai potensi besar Flower Chimp menerusi model perniagaan dan strategi pemasaran mereka yang unik.
Syarikat yang sama turut membuat pelaburan dengan syarikat lain seperti iMoney, Happy Fresh dan iPrice. “Kami mensasarkan untuk mengembangkan rangkaian kami di Singapura menjelang pertengahan bulan Ogos 2018 dan di negara Asia Tenggara yang lain termasuklah Vietnam, Thailand dan Hong Kong pada tahun 2019,” tambah Lotz.
Lotz dan rakan kongsi/Ketua Pegawai Operasi, Niklas Frassa yang mendalami sendiri perniagaan bunga-bungaan berhasrat untuk menggunakan pelaburan yang diterima untuk mengukuhkan operasi mereka di Indonesia dan Filipina, di samping meningkatkan infrastruktur teknikal untuk memanfaatkan pelanggan kami dengan ciri-ciri pintar termasuklah sistem penjejakan secara langsung bagi setiap pesanan.
“Dalam masa yang sama, kami menjalankan kajian ke atas pasaran semasa secara berterusan dalam mencari idea untuk produk dan promosi baharu untuk pelanggan kami yang kembali untuk mencari sesuatu yang bersesuaian dengan keperluan mereka,” kata Frassa.
Kata Frassa lagi, “Dengan kuasa pemasaran dalam talian dan media sosial, kami mahu mengukuhkan penjenamaan kami dan menjadi pilihan pertama dalam kalangan pelanggan yang semakin lama semakin bijak mengendalikan perkata berkaitan teknologi.
Kami yakin, dalam tempoh dua belas (12) bulan akan datang, dari Suku Keempat (Q4) 2018 hingga ke Suku Keempat (Q4) 2019, Flower Chimp akan berkembang sehingga tiga (3) kali ganda menerusi sumbangan daripada empat pasaran utama iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filipina”.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon dan hos terkenal, Ain Edruce, yang bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi, memberitahu bahawa dia menyerahkan sepenuhnya tugas memilih nama bayi...