Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi terkenal, Lily Allen mendapat perhatian orang ramai apabila dirinya mengakui bahawa dapat menghasilkan lebih banyak wang menerusi aplikasi OnlyFans berbanding royalti yang diberikan oleh Spotify.
Menerusi media sosial miliknya, Allen mendedahkan dia baru sahaja mencipta akaun OnlyFans selepas mendapat inspirasi daripada seorang pekerja di pusat kecantikan yang memberitahu pelantun lagu ‘Smile’ itu bahawa dia mempunyai kaki yang cantik dan boleh menjana pendapatan dari situ.
Dalam pada itu, Allen juga mengaku bahawa dia mendapat taraf lima (5) bintang di laman web, WikiFeet iaitu laman khas yang mengumpul dan menilai gambar-gambar kaki selebriti bagi penggemar yang terobsesi dengan kaki.
Walau bagaimanapun, Allen juga turut mendapat kecaman dan komen sinis daripada beberapa warga internet selepas memuat naik gambar kakinya di aplikasi X yang berhubung kait dengan Only Fans. Salah satu komen tersebut berbunyi,
“Bayangkan jadi salah seorang bintang pop terbesar dan pemuzik di Eropah, kemudian merendahkan nilai diri dengan melakukan hal seperti ini”
Tidak mendiamkan diri, Allen membalas komen berkenaan,
“Bayangkan jadi seorang artis dengan hampir lapan (8) juta pendengar bulanan di Spotify tetapi saya dapat lebih banyak pendapatan dari 1,000 pelanggan untuk gambar kaki.”
Tambahnya lagi, “Jangan benci orangnya, benci permainannya.”
Menerusi laporan media antarabangsa, Lily Allen turut menetapkan harga langganan tersebut sebanyak $10 iaitu sekitar RM43 per sebulan menerusi akaun miliknya dan dengan harga tersebut, penyanyi itu mampu memperoleh sekitar $10,000 atau RM44,000 sebulan dari OnlyFans.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.