Sejak petang semalam, tular pelbagai posting di media sosial yang melaporkan sebuah lori dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar beberapa kenderaan di persimpangan lampu isyarat Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
Netizen yang berkongsi rakaman kamera perakam video (dashcam) menerusi group ‘DashCam Owners Malaysia’ memaparkan detik-detik cemas kejadian ngeri tersebut.
Difahamkan, lori tanpa muatan itu datang dari arah belakang dan merempuh kira-kira lima kenderaan di hadapan yang sedang berhenti di lampu isyarat merah.
Menerut laporan Harian Metro, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, hasil siasatan awal kejadian yang berlaku sekitar pukul 2.40 petang semalam mendapati pemandu lori berusia 25 tahun tersebut positif dadah.
ELAK KEMALANGAN MAUT! JAGA JARAK KENDERAAN 10 METER TITIK BUTA LORI
Hasil ujian awal alkohol dilakukan mendapati pemandu lori itu tidak berada di bawah pengaruh alkohol. Suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk menjalani ujian saringan awal air kencing yang didapati positif dadah jenis methamphetamin dan amphetamin.
Walaupun kemalangan ini mengerikan netizen yang menonton video tersebut namun difahamkan kesemua mangsa selamat dan tiada kehilangan nyawa dilaporkan dalam kejadian berkenaan.
Sumber: Facebook , Harian Metro