Tahniah diucapkan kepada lima remaja dan juga pelajar yang berasal dari Hulu Terengganu dan Johor Bahru bakal membawa nama negara ke kejohanan Swiss Robot Olympics, FIRST Global Challenge.
ARTIKEL BERKAITAN : Prasana Shri, Pelajar Jurusan Pergigian Bakal Mewakili Malaysia Di Pertandingan Miss Eco International 2022
Masing-masing baru berusia dalam lingkungan 15 hingga 17 tahun akan bertanding dalam kejohanan peringkat antarabangsa ini dan merupakan pertandingan robotik yang dianjurkan oleh FIRST atau For Inspiration and Recognition of Science and Technology
dan buat pertama kalinya ia akan dianjurkan secara bersemuka di Geneva, Switzerland bermula 13 hingga 16 Oktober nanti!Pasukan Malaysia bakal diwakili oleh 4 orang pelajar perempuan, Nur Aliah Sofiah selaku ketua pasukan, Lidya Marlynda sebagai duta pasukan, Muhammad Ammar Akhmal selaku programmer,
Khayra Binti Zokree selaku editor media dan Nor Khairiah sebagai ketua dokumentasi siaran akhbar.Setiap pasukan akan diberikan ‘kit’ standard untuk membina robot mereka sendiri untuk mengambil bahagian dalam acara di 2022 FIRST Global Challenge di Geneva nanti dan melalui kemaskini Facebook rasmi pasukan Malaysia, mereka telah menerima kit berkenaan pada 23 Ogos lalu.
Tahniah kepada lima pelajar muda yang terpilih ini. Semoga dengan pemilihan ini dapat menggalakkan remaja dan para belia di Malaysia untuk terus mengejar kecemerlangan dalam bidang robotik dan menyelesaikan ‘misi’ mereka pada tahun ini iaitu ‘Carbon Capture’.
Go Team Malaysia! Malaysia boleh!
Sumber : Facebook rasmi
BACA : Peserta Berdarah Melayu. Denmark & Sabah Ini Akan Wakili Malaysia Di Malta
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.