Tempat tinggal manusia sudah tentunya di rumah. Tapi korang tahu tak di mana makhluk halus tinggal?
Ramai yang kata rumah kosong atau lama ditinggalkan antara tempat disukai oleh makhluk halus ini. Selain itu biasanya mereka membentuk komuniti di muara sungai, kuala laut, gunung-ganang, hutan tebal, tanah perkuburan termasuklah di pokok-pokok besar.
Muara sungai menjadi tempat kesukaan makhluk halus menetap – Gambar sumber internet
Tahu tak, ada lima spesis pokok menjadi kegemaran makhluk misteri ini “melepak” atau bertenggek. Awas bila lalu di tepinya. Cuba semak pokok manakah yang berdekatan dengan tempat tinggal korang dan pernah tak alami kejadian misteri bila lalu di bawahnya?
Bacakan juga perkongsian dari Pak Din, 79 tahun yang pernah mendirikan rumah di bawah pokok pulai selama enam tahun hingga lekat gelarannya dengan panggilan Pak Din Pulai. Beliau yang juga seorang penggali kubur di Bukit Kerinchi C2, Pantai Dalam berkongsi mengenai spesis-spesis pokok yang sering menjadi tumpuan makhluk halus menenggek.
Pokok Pulai
Pokok Pulai yang tumbuh di tanah perkuburan Islam Bukit Kerinchi C2
Pokok ini boleh hidup lebih dari 100 tahun. Yang ada di tanah perkuburan tempatnya menggali sekarang sebanyak tiga batang dan berusia lebih 100 tahun. Kiranya sejarah Pantai Dalam lebih kurang sama dengan “nyawa” pokok pulai ini.
Ada lubang yang kekal misteri di pangkalnya. Lubang itu mampu tembus pandang dari arah hadapan, seperti dikorek di batangnya yang tegak tinggi. Bila pembakaran sampah dilakukan, asapnya naik hingga ke puncak. Misterikan!
Lubang di pangkal pokok pulai ini mencetuskan pertanyaan- Pak Din
Tidak seperti pokok lain perlu ditanam, pokok pulai tidak tumbuh sembarangan tempat ya. Dalam hutan tak ada sama sekali. Ia banyak dijumpai di tanah-tanah perkuburan sahaja.
Ads
Dengan ketinggian lebih 30 kaki hingga pihak Bomba pernah menolak untuk menebangnya, kata Pak Din, ada orang kampung pernah terlibat kuda putih terbang melintasi puncak pokok ini.
“Saya tak diberi keizinan melihat. Tapi kalau mereka menipu, tipulah juga saya. Tapi seperti dihebohkan, begitulah,” katanya yang punya banyak pengalaman hidup.
Kalau pokok beringin menjadi lokasi hantu suka bertenggek, pokok pulai ini khabarnya hanya disukai jin Islam sahaja.
“Pernah satu kejadian zaman dahulu, ada anak jiran yang mahu membuang air kecil di pangkal pokok. Namun dia terpandang lelaki tua berjanggut panjang di hadapannya. Ada juga mereka terjumpa lelaki berserban. Kata orang mereka itu jin islam dan tak suka pada kekotoran. Sebab itulah bila ada yang ingin buang air besar atau kecil di pangkalnya, makhluk ini memunculkan diri.
Sama seperti spesis pokok lain, pokok pulai akan berdaun, berbuah dan berbunga.
Ads
“Bila daun gugur, maka pokok akan mulai berbuah diikuti berbunga. Burung-burung suka makan buahnya yang panjang-panjang itu. Buahnya kelihatan seperti kacang botol nipis,” katanya sambil menunjukkan pangkal pokok yang tembus pandang itu.
Pokok Beringin
Sebagai orang lama yang punyai banyak pengalaman ditambah tugasnya sebagai penggali kubur, kata Pak Din, pokok beringin sangat disukai oleh spesis hantu Pontianak. Kata orang, akar-akar pokok beringin ini menjadi “mainan buaian” kepada Cik Ponti ini yang menanti untuk menyakat orang yang lalu lalang di kawasan sekitarnya.
Cik Ponti sukakan menetap di pokok Beringin – Gambar sumber internet
Pokok beringin memang banyak ditanam di negara kita. Paling banyak di tepi Muzium Negara di ibu kota kerana ia mampu meneduhkan kawasan. Ada yang besar tetapi banyak juga telah ditut untuk mencantikkan kawasan di tepi-tepi jalan.
Nak kenal pokok ini pun mudah saja. Akarnya kelihatan berjuntai-juntai hingga ke tanah. Nak tanam pun mudah, ambil dahannya sedikit, cucuk di tanah. Biarkan begitu saja. Selepas tu, pokok ini akan membesar dengan sendiri tanpa perlu dibaja. Tapi kalau korang takut terserempak Cik Ponti menyanyi-nyanyi, abaikan sajalah tanaman ini ya.
Pokok Ara
Spesis pokok ini disebut juga sebagai ficus merupakan genus untuk kira-kira 800 spesis pokok berkayu, pokok renek dan pokok menjalar dalam family Moraceae.
Ads
Tahu tak, pokok ara ini biasa jadi tempat pemujaan orang nak minta nombor ekor, tempat buang saka, pemujaan dan banyak lagi. Tak tahulah kalau ada yang cuba buang anak di sini.
Pokok Ara menjadi “penginapan tetap” makhluk halus- Gambar sumber internet
Sebab itulah, hantu jenis langsuir, Pontianak dan hantu tinggi sering menjadikan pokok Ara sebagai rumah mereka
Pokok Bunga Cempaka
Michelia alba atau lebih dikenali dengan nama Cempaka putih adalah sejenis pokok berkayu yang biasanya tumbuh di hutan dengan ketinggian mencapai hingga 30 meter. Cempaka memiliki tiga spesis dengan warna bunga yang berbeza iaitu warna putih, warna kuning dan warna merah. Daun cempaka putih mempunyai permukaan yang licin.
Ini bunga cempaka putih yang menarik kehadiran tuan puteri jelita
Pokok bunga Cempaka ini biasanya dikaitkan dengan kehadiran tuan puteri yang cantik jelita, Tuan Puteri Cempaka Sari yang berpakaian serba putih labuh menutup kaki. Kehadirannya dapat dikesan dengan bau semerbak wangi. Jadi kalau terhidu, kompom bulu roma tegak berdiri.
Pokok cempaka kuning yang tumbuh meliar di hutan
Pokok Harum Sundal Malam
Awas jangan terpedaya dengan wanita berwajah cantik, berambut panjang hingga ke pinggang. Senyumannya manis sangat memikat hati. Tapi kalau pandang ke bawah, anda akan dapati, tubuhnya di awang-awangan tanpa kaki. Itulah Cik Pontianak yang suka mendekati Pokok Harum Sundal Malam.
Bunga harum sundal malam yang wangi menarik perhatian Cik Ponti – pix sumber internet
So hati-hatilah ya. Bukan nak takut-takutkan tapi kena terserempak, paling penting jangan lupa sebut nama Allah!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penjagaan muka dan tubuh badan selalunya diberikan keutamaan bagi mana-mana perempuan. Biarpun dalam seseorang itu lebih penting, bahagian luaran kita juga wajib dijaga sebaik mungkin demi kepuasan diri sendiri. Pemberian Tuhan kan, haruslah kita menjaganya.
BiaRpun penjagaan muka dan tubuh badan selalu diberikan perhatian, namun ada sebab mengapa bahagian kepala dan rambut perempuan dilabel sebagai mahkota setiap insan.
Sama ada seseorang perempuan itu memilih untuk berhijab atau tidak, penjagaan rambut tidak sesekali harus dipandang remeh sekiranya korang tidak mahu menyesal di kemudian hari.
Ini merupakan empat jenama yang REMAJA akui keberkesannya bagi kebanyakan perempuan. Jom lihat sama ada korang telah memilikinya atau belum.
01
Head & Shouder
Isu kulit kepala dan wanita berhijab, terutamanya telah menjadi kebiasaan. Bagi mereka yang baru berhijrah imej, pastinya mereka terkejut apabila diganggu dengan masalah kelemumur dan kulit kepala gatal – walhal sebelum ini mereka tiada pun isu tersebut.
Tambahan pula dengan keadaan cuaca di Malaysia yang kini memasuki musim panas, kulit kepala kita tidak mempunyai ruang untuk ‘bernafas’ apabila ia ditutup dengan kain hijab sepanjang hari.
Syampu Head & Shoulders boleh membantu kerana ini mengandgi Zinc Pyrithione (ZPT) iaitu sejenis kandungan aktif bersifat antiimicrobial, anti-kulat dan anti-bakteria. Pastikan korang membiarkan syampu pada kulit kepala dan rambut selama lima minit sebelum membasuhnya bersih.
02
Summerie
Ini merupakan di antara jenama paling bau yang menawarkan solusi syampu berkesan apabila ia mengandungi ekstrak botanikal dan minyak organik jojoba agar rambut bersinar.
Ia bebas daripada silikon agar rambut korang mendapat kebaikan asli semasa menggunakannya. Korang boleh memilih untuk menyelasaikan masalah rambut berminyak, rambut kering, kelemumur atau rambut normal.
Jenama syampu dari Korea Selatan ini adalah salah satu jenama kegemaran peribadi penulis kerana kulit kepala serta-merta akan menjadi segar selepas disyampu.
Ia mempunyai formula ‘Hamchosoo’ (Ham: memelihara, cho: herba dan soo: air) untuk penjagaan kulit kepala dan ia diformulasikan dengan kandungan tradisional Korea. Syampu daripada Ryo ini terdiri daripada 2 rangkaian iaitu Ryo Calamus dan Ryo Evening Primrose.
04
L’Occitane
Zaman kanak-kanak dulu, rambut siapa lagi yang selalu dilumurkan dengan minyak oleh ibu-bapa korang? *Me!*
Haa, rawatan ini sebenarnya ada kebaikan tau walaupun ada masanya, kita merasa tidak selesa. Kini, korang boleh mendapatkan kebaikan tersebut dengan formulasi yang lebih menyelesakan daripada L’Occitane.
Produk kegemaran kami daripada mereka ialah L’Occitane Intense Repair Infused Oil. Ia berkesan apabila digunakan bersama L’Occitane Micellar Shampoo yang mengandungi kandungan menyegarkan seperti buah lemon, oren serta bunga seperti rosemary, chamomile dan lavender.
Selain itu, bagi mereka yang mempunyai kulit kepada kering pula, pilih saja L’Occitane Body & Strength Scalp Essence.
*
Sebelum ini REMAJA pernah melaporkan tentang bahaya tidur dalam keadaan rambut basah.
Tentu ramai terfikir kenapa bibir mudah menjadi gelap. Adakalanya bermacam petua kita baca demi mendapatkan bibir kembali merah. Sebenarnya kulit bibir sangat nipis cuma terdiri dari 3-5 lapisan sahaja berbanding kulit muka biasa yang mempunyai 16 lapisan.
Apa kata cuba lima tips untuk bibir kembali merah seperti yang ditulis oleh Ony Nurhusni dari Kelab Sayang Kulit By Oni Nurhusni.
BETUL KE PAKAI LIPSTIK BUATKAN BIBIR JADI GELAP?
Keadaan ini bergantung pada jenama, kualiti bahan-bahan yang digunakan di dalamnya serta bagaimana anda menjaga bibir anda.
Di dalam produk untuk bibir seperti lipstik, lipmatte, lip tint dan sebagainya; terdapat pigmen berwarna di dalamnya. Pigmen ini akan meninggalkan ‘stain’ atau kesan pada kulit bibir.
Jika anda tidak menanggalkan atau mencuci dengan betul sebelum tidur, dan kemudian bila bangun esok pagi, dan pakai gincu yang sama sekali lagi, ya.. sudah tentu bibir anda lama kelamaan mungkin berubah warna dan menjadi lebih gelap.
Bibir mudah untuk mendapat kesan gelap akibat pigmen berwarna kerana kulit di bibir sangat nipis berbanding kulit di wajah.
Kulit bibir, cuma terdiri dari 3-5 lapisan selular, ia sangat tipis berbanding dengan kulit muka biasa, yang mempunyai sehingga 16 lapisan.
Bibir gelap adakalanya buat wanita rasa rendah diri dan penggunaan lipstik antara yang dilihat untuk menutup kelemahan.
Lipstik dengan pelbagai pilihan warna sememangnya menjadi kesukaan ramai wanita
Ini #5TIP yang dapat mengurangkan kejadian bibir menjadi gelap :
Apabila pulang ke rumah, tanggalkan kesan gincu pada bibir dengan menggunakan ‘makeup remover’. Jangan di gosok terlalu kasar, lap lah perlahan-lahan kesan gincu itu sehingga bersih.
Selain ‘makeup remover’, anda juga boleh mengggunakan minyak zaitun atau minyak kelapa dara untuk menanggalkan kesan warna pada bibir.
Seminggu sekali, disarankan untuk melakukan scrub bibir untuk menanggalkan sel kulit mati pada bibir. Ini dapat memastikan semua pigmen warna dari gincu dapat dibersihkan sepenuhnya dan dapat mengelakkan akumulasi pigmen. Mudah saja nak buat scrub bibir ni. Saya sendiri pun cuma gunakan campuran gula dan madu saja. Bibir pun lembut, lembap dan tidak mengelupas. Alhamdulillah, setakat sekarang saya tidak pernah ada masalah bibir.
Sebelum mengoles sebarang gincu atau lipmatte, sapu lah LIPBALM terlebih dahulu sebagai perlindungan pertama pada bibir. Yang terbaik, pakai lipbalm yang mengandungi ciri-ciri SPF.
Jika boleh, elakkan lah lip tint/paint yang warnanya boleh kekal lama di kulit bibir sampai 12 jam. Saya pernah cuba uji sapu lip paint di lengan, terkejut juga sebab hanya lepas 2 hari ia tertanggal sepenuhnya. Bayangkan warna itu kekal lama di kulit bibir kita? Sudah pasti pigmen warnanya bersentuhan lama dengan kulit bibir dan meningkatkan risiko bibir gelap.
Justeru, memakai LIPSTIK yang tidak mempunyai kesan tahan lama pada bibir juga sebenarnya adalah satu kelebihan.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak lama lagi kita bakal meininggalkan bulan Januari. Jadi, bagaimana dengan azam tahun barumu yang ingin menurunkan berat badan bermula tahun baru 2018? Adakah semuanya berjalan dengan lancar atau azam itu hanya bertahan selama seminggu pertama dan kemudian jadi hangat-hangat chicken poop? Lulz
Tidak dinafikan, memiliki tubuh badan sihat serta ideal merupakan impian semua orang terutamanya jejaka. Ia bukan sahaja memberikan visual yang baik tetapi yang paling penting dapat memberikan stamina, kesihatan dan gaya hidup yang jauh lebih sihat. Ya, kami tidak nafikan untuk turunkan berat badan bukanlah satu perkara yang senang.
Ia perlukan kerja keras dari segi penjagaan diet, senaman, fikiran positif dan mengubah gaya hidup secara total demi mencapainya. Kalau kamu berasa tidak bersemangat tidak mengapa. Kita semua faham akan cabaran itu. Untuk memberikan sedikit inspirasi agar kamu terus berusaha menurunkan berat badan, Remaja ingin kongsikan 10 foto jejaka yang berjaya mencapai misi mereka!
1. Selain bersenam di gimnasium, jejaka ini juga mengamalkan diet katogenik.
2. This awesome dude pula berjaya turunkan berat badan sebanyak 32 kilogram. Wow!
3. Hanya dalam tempoh 3 tahun setengah, dia telah berjaya turunkan berat badan sebanyak 77 kilogram. Tengok gambar macam 2 orang berbeza!
4. Jejaka ini pula berjaya turunkan berat sebanyak 59 kilogram.
5. Dahulu dia seorang yang sangat obes. Kini telah lakukan transformasi setelah berusaha selama kira-kira 2 tahun.
6. Sebelah kiri, berat 130 kilogram (foto diambil pada Januari 2016). Sebelah kanan, berat 75 kilogram (foto diambil pada Julai 2017).
7. Dengan usaha keras lihatlah perbezaan berat badannya!
8. Pada awalnya beratnya 138 kilogram. Kini sudah turun hingga 88 kilogram.
9. Foto selfie sebelah kiri, dia cukup muram dengan berat 175 kilogram. Dengan usaha, berjaya turun menjadi 84 kilogram dalam tempoh kira-kira setahun.
10. Jejaka ini pula berjaya turunkan berat badan sebanyak 18 kilogram dalam tempoh 4 bulan.
Amacam? Kepada korang yang tengah berusaha turunkan berat badan jangan berputus asa. Pedulikan suara-suara sumbang yang kadangkala boleh menjatuhkan semangat. Just think positive, you can do it. Selamat berjaya! 🙂
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hari ini, suasana di Masjid Negara dipenuhi rasa sayu apabila ramai hadir memberi penghormatan terakhir kepada Perdana Menteri ke-5 Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi,...