Linda Rafar VS Nurse, Delegasi Jururawat Malaysia Fail Saman Pertama Ke Atas Orang Awam

Share

Nampaknya episod kecaman terhadap jururawat yang didakwa tidak mahu menukar cadar emaknya yang mendapat rawatan di Hospital Shah Alam oleh pelakon Linda Rafar yang tular minggu lalu membawa satu episod baru apabila  Delegasi Jururawat Malaysia (DON) memfailkan saman pertama kalinya terhadap orang awam.

Saman kali pertama dibuat dalam sejarah kejururawatan kerana DON ingin memberi teladan kepada pihak yang terlibat serta mahu menjaga nama baik kejururawatan yang terlalu banyak dibuli di media sosial.

Selepas teruk menerima pelbagai kecaman mengenai bidang tugasan jururawat, saman ke atas orang awam dimulakan dan kes Linda Rafar adalah yang pertama

 

Kalau ikutkan, Linda Rafar bukanlah individu pertama menularkan ketidakpuasan hati terhadap layanan jururawat di hospital malah banyak lagi individu lain berbuat demikian.

Ini termasuk satu kes di Hospital Langkawi di mana seorang lelaki yang isterinya yang mengandung memaki hamun jururawat konon lambat memberi rawatan untuk isterinya.

Namun apa yang win, jururawat “di sebalik pintu” (yeay inilah gelaran untuknya yang cool) yang dimaki langsung tidak membalas kata-kata kesat dilontarkan  sebaliknya hanya berkata begini kepada lelaki disifatkan  sebagai kurang ajar itu.

”Apabila kita dilayan begini, siapa tidak kecil hati. Encik ada kuasa lelaki dan encik meninggikan suara pada saya. Saya hanya menjalankan tugas menjaga kesihatan isteri dan anak encik.

Hah, winkan ayat-ayatnya. Nasib juga akak nurse ini cool orangnya dan bukan panas baran.

Akak nurse di sebalik pintu ini pernah tular pertengahan tahun ini di mana biar di maki namun dia tetap cool memberi jawapan

Berbalik kepada isu Linda Rafar, selepas dia memuat naik kenyataan di instagram miliknya, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia segera memberi respon di mana satu soal siasat akan dilakukan demi mencari jawapan.

Mungkin sudah tidak tahan asyik dibuli dan mungkin ada tindakan tatatertib, DON dalam satu kenyataan di fb milik mereka semalam tampil memberi kenyataan seperti berikut.

Emak Linda Rafar kini sedang mendapat rawatan di Hospital Shah Alam

Berikutan dari kes viral yang disebarkan oleh seorang artis tempatan terhadap jururawat, terdapat jururawat yang kami dapati telah difitnah oleh artis tersebut tanpa sebarang bukti kukuh. Kami telahpun berhubung dengan mangsa fitnah dan bersetuju untuk membantu beliau membersihkan namanya.

Jururawat terbabit juga sudah membuat laporan polis dan segala bukti telah di simpan. Artis berkenaan telah menuduh jururawat tersebut mengugut beliau dan memuat naik gambar tertuduh (Jururawat) di akaun Instagramnya sedangkan tiada ugutan dibuat. Mangsa (jururawat) telah menerima kecaman dan ugutan selepas di viralkan tanpa bukti oleh artis berkenaan.

Maka kami, Delegasi Jururawat Malaysia (DON), mewakili mangsa yang diviralkan dan difitnah oleh artis tersebut ingin memulakan kutipan dana bagi tujuan kos tuntutan undang-undang supaya insiden fitnah seperti ini tidak berlaku lagi di masa hadapan.

Pihak peguam kami telah bersetuju untuk membuka fail saman terhadap individu tersebut bagi pihak si mangsa fitnah.

Jadi, kami menyeru rakan-rakan jururawat untuk menyumbang sedikit derma ikhlas bagi tujuan tuntutan saman tersebut. Kami harap semua Jururawat Malaysia, rakan-rakan dalam bidang kesihatan dan rakyat Malaysia yang perihatin memperjuangkan hak dan nasib jururawat dapat beri sumbangan walaupun ianya serendah RM10 demi profession kita.

Ini adalah bagi memberi teladan kepada yang terlibat serta menjaga nama baik kejururawatan.

Boleh bank in ke :
Akaun : Delegasi Jururawat Malaysia /
Delegation of Nurses
No akaun : 8603343066 (CIMB).
Perkara : Dana Tuntutan Mahkamah

*Sebarang pertanyaan, boleh hubungi*
PM Page: *Delegation of Nurses*
Email : *delegationofnurses@gmail.com*

Baca juga maklum balas DON selepas kenyataan itu dimuat naik di fb milik mereka.

Bila mangsa ditularkan, pastinya menjejaskan emosinya. Bayangkan perasaannya sedangkan dia tidak bersalaah seperti yang dituduh oleh artis tersebut.

Kes ini bakal menjadi kes saman fitnah pertama diambil oleh jururawat ke atas orang awam yang selama ini terlepas dari sebarang tindakan undang-undang setiap kali tugasan mereka dipertikaikan di media sosial tanpa mendapat sebarang pembelaan. Ia adalah signal penting untuk masyarakat supaya tidak sewenang-wenangnya menggunakan media sosial untuk mendapat perhatian dari pihak tertinggi KKM.

So, lepas ini kalau ada yang tak puas hati dengan penugasan orang lain, pergilah tanya baik-baik ya. Jangan ambil kesimpulan memuat naik terus di media sosial kerana cara begitu bukan penyelesaian terbaik.

Published by
Almaswa Haji Che Ros