Kira-kira dua tahun lepas, seluruh dunia kecoh sekejap apabila foto pelakon Mean Girls, Lindsay Lohan yang memakai hijab tersebar di media sosial.
Ramai yang membuat spekulasi Lindsay kononnya telah memeluk agama Islam, berkahwin dengan jutawan dari negara Arab ataupun sengaja melakukan publisiti untuk kekalkan populariti.
Namun, Lindsay buat julung kalinya bercakap di media perdana melalui rancangan The Wendy Williams Show, hujung minggu lepas untuk bercakap tentang kehidupannya yang sebenar, selama ini.
Menurut pelakon berusia 31 tahun itu, dia sebenarnya berulang-alik di antara tiga buah bandar iaitu New York City, Dubai UAE dan Greece atas urusan kerja dan juga untuk mencari ketenangan.
“Setelah episod hitam dalam hidup saya berlaku semasa saya menginap di Los Angelas beberapa tahun lepas, saya inginkan ketenangan dan apa yang saya lakukan ialah membuatkan diri saya sibuk dengan kerja.
“Di New York, saya akan bersama dengan keluarga. Kemudian, saya akan berpatah ke Dubai di mana ia adalah tempat saya untuk betul-betul bekerja. Contohnya sekarang, saya sedang menyiapkan rangkaian kosmetik dan juga, hhm, mereka bentuk sebuah pulau yang bernama ‘Lohan Island’.”
Ouh, wow!
Ads
Katanya, pulau miliknya itu termasuk di dalam projek The World Islands, iaitu pulau-pulau kecil yang ditambak mengikut bentuk peta dunia.
“Ia masih dalam peringkat perbincangan. Ya, saya sukakan projek kecil seperti ini untuk membuatkan diri sibuk. I like to keep myself busy,” katanya kepada hos, Wendy Williams.
Selain daripada Dubai, Lindsay juga akan melawat Mykonos di Greece setiap 4-5 bulan sekali untuk melihat kelab malam bernama Lohan Nightclub yang diusahakannya selama ini. Sebuah lagi kelab malam milik Lindsay juga terletak di Greece, iaitu di Athens.
Jadi sekarang, kita tahulah kenapa Lindsay sudah lama tak melakukan kemunculan di karpet merah. Fotonya juga jarang sekali ditangkap oleh paparazi. Ini kerana kegiatan paparazi diharamkan sepenuhnya di Dubai yang menjadi rumah keduanya.
Ads
Dubai juga baginya ialah tempat yang tenang kerana jarang sekali dia melihat orang mabuk dan berparti di sana. “Saya merasa selamat di sana. Mudah untuk saya merancang kerja saya tanpa gangguan.”
Lindsay dalam temuramah bersama Wendy Williams.
Selain daripada kerja yang memerlukannya terbang dari satu negara ke negara yang lain, Lindsay juga kini aktif dalam urusan kebajikan bersama mangsa pelarian. Dia selalu berhubung dengan keluarga pelarian di negara seperti Turki untuk berbincang mengenai keperluan di sana terutamanya keperluan kanak-kanak. Malah, Lindsay juga merancang untuk kembali ke Turki dalam masa terdekat.
Ads
“Saya rasakan penting untuk memberi kasih sayang kepada kanak-kanak yang tidak mempunyai ahli keluarga dan masa depan yang cerah. Itu juga adalah salah satu fokus saya sekarang,” katanya.
Apabila ditanya mengenai perancangan untuk mempunyai keluarga dan anak sendiri, Lindsay mengatakan buat masa ini dia tidak mempunyai teman lelaki lagi. Namun sudah tentu suatu hari nanti, dia inginkan keluarga seperti orang lain juga.
Kadangkala, kita lupa yang Lindsay Lohan baru berusia 31 tahun kerana dia bermula awal sebagai pelakon Mean Girls. Bagi korang yang rindu untuk menonton lakonan Lindsay, dia akan terlibat dalam penggambaran filem di Riyadh tak lama lagi. Filem berjudul ‘Frame’ itu memaparkan kehidupan seorang jurugambar wanita Amerika yang meninggalkan Amerika untuk menetap di Arab Saudi.
Di sana, dia mendalami kehidupan wanita Mesir yang mempunyai budaya dan hobi berbeza dengan wanita Barat seperti memanah, lawan pedang dan menunggang kuda.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Universiti Teknologi MARA (UiTM) semalam telah mengambil langkah proaktif bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan pelajarnya terjaga setelah ia menamatkan perkhidmatan seorang pensyarahnya yang didakwa telah melakukan gangguan seksual terhadap seorang bekas siswazah.
UiTM dalam kenyataan rasminya memaklumkan bahawa mereka telah melakukan siasatan mengikut garis panduan serta proses perundangan yang termaktub dalam Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605].
Mengikut akta tersebut, tindakan tatatertib boleh diambil ke atas staf yang melanggar peraturan, tatakelakuan serta larangan-larangan yang terdapat dalam Akta 605 dan Peraturan UiTM.
Terdahulu, Farah Azuin Razak yang merupakan bekas siswazah UiTM menerusi laman media sosial Twitter telah menzahirkan kekecewaannya kerana tiada tindakan undang-undang yang diambil ke atas seorang pensyarah yang didakwannya melakukan gangguan seksual terhadapnya sewaktu menuntut di UiTM Segamat, Johor.
Ini termasuklah pelbagai pertanyaan berbaur lucah terhadap bekas pelajar itu atas alasan menjalan kaji selidik. Ia juga diselang-seli dengan percakapan tidak senonoh.
Lantas, Farah dan beberapa rakan sekelas berpakat untuk merakam perbualan telefon di antara Farah dan pensyarah itu demi mendapatkan bukti.
Pada keesokan harinya, Farah telah membuat laporan di Balai Polis Tangkak bersama abangnya, rakan sekelas dan pelajar senior yang bertindak sebagai saksi.
Segala bukti rakaman perbualan telefon dengan pensyarah itu telahpun diserahkan. Begitupun, tiada tindakan susulan diambil oleh pihak berkuasa mahupun pentadbiran UiTM di kampus induknya di Shah Alam setelah lebih setahun berlalu.
Biarpun lewat mengambil tindakan, Unit Integriti UiTM dalam kenyataan semalam berkata pihaknya telah menjalankan siasatan yang teliti bermula tahun lalu lagi di mana bahan bukti dikumpulkan sebelum kesalahan dapat dibuktikan dan jenis hukuman ditentukan.
Hanya selepas siasatan dalam selesai dan dimesyuaratkan di Jawatankuasa Tatatertib Peringkat Tertinggi, UiTM telahpun menamatkan perkhidmatan berkuat kuasa serta-merta terhadap pensyarah itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
REMAJA pasti, ramai yang sudah kenal dengan aplikasi ini.
Manakan tidak, melalui Bondee, korang boleh bersosial, bersapa dengan teman-teman, menghias bilik idaman dan mereka bentuk avatar yang menyerupai diri sendiri.
Sebagai info, Bondee merupakan sebuah platfom sosial yang dibangunkan oleh Metadream Tech Pte. Ltd, sebuah syarikat dari Singapura. Yang pasti, bagi korang yang menyukai permainan seperti The Sims, Animal Crossing atau Habbo Hotel, korang pasti akan gemarkan Bondee!
Baru-baru ini, suatu hantaran video TikTok menerusi akaun rasmi RTM Malaysia telah meraih perhatian warganet apabila mereka secara kreatifnya menggunakan aplikasi Bondee bagi melakukan pengumuman.
Menerusi pendekatan ke arah pendigitalan bijak ini, ia berjaya menyampaikan pengumuman dengan gaya yang lebih santai dan mudah difahami.
Informasi Lebih Efektif
Kombinasi animasi comel itu dengan penambahan muzik yang sedang trending serta paparan teks yang jelas oleh RTM telah digunakan bagi menyampaikan informasi dengan lebih efektif. Transformasi cara penyampaian maklumat seperti ini telah memperlihatkan lebih banyak pengamal media turut mengikuti peredaran semasa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Isu parkir berganda atau ‘double park’ sering terjadi kerana tempat letak kereta yang disediakan begitu terhad dan juga kerana sikap mementingkan diri sesetengah pemandu.
Sebenarnya, situasi double parking ni secara faktanya adalah antara perkara biasa yang orang Malaysia akan hadapi saban hari. Malah, bukan hanya di Malaysia, di luar negara juga begitu terutamanya di negara China.
Kebanyakan kita hanya akan mengadu, bising dan komplen pasal masalah ni. Jarang kita dengar ada orang ambil satu langkah ke depan untuk selesaikan isu ni.
Memandang serius hal ini, robot dicipta oleh sebuah syarikat teknologi Shenzhen Shanyi Technologies, yang fokus pada menyelesaikan masalah tempat letak kereta dengan mengabungkan solusi pemanduan AI bersepadu dengan robot mereka.
Hal ini juga tular di media sosial apabila rakaman video menunjukkan sebuah robot digunakan untuk mengalih kereta yang diletakkan secara double-parking. Dalam video itu kelihatan satu robot meluncur ke bawah kenderaan-kenderaan itu dan mengalihnya tempat lain, sambil dikawal oleh seorang penguatkuasa yang berada di lokasi berhampiran.
Tambah syarikat itu lagi, solusi itu sesuai digunakan secara meluas di kawasan trafik statik yang kekurangan tempat letak kereta, seperti kawasan pejabat komersial, lapangan terbang, stesen kereta api berkelajuan tinggi, hospital dan kawasan kediaman.
Solusi tersebut boleh mengurangkan pelepasan karbon kereta di tempat letak kereta dengan berkesan dan mengurangkan masa menunggu untuk kereta double parking dialihkan — sekiranya ada kenderaan lain menghalang kereta anda, robot ini dapat mengalihkannya dengan cekap dan efisen dalam masa 20 saat sahaja.
Agaknya bila robot ini akan digunakan di Malaysia? Pasti tiada lagi ”drama” pergaduhan dan khianat disebabkan isu double-parking ini.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tular baru-baru ini drama dari negara jiran bertajuk "Ipar Adalah Maut" yang membawa elemen drama, dan ketegangan dalam cerita yang penuh konflik kekeluargaan dan...