Line Celcom Alami Gangguan, Pengguna Mengamuk Di Twitter

Share

Pagi ini ramai pengguna Celcom yang mengeluh dikatakan gara-gara perkhidmatan internet mereka tidak boleh digunakan seawal pagi tadi.

Ramai pengguna di twitter meluahkan rasa marah dan kesal dengan servis yang diberikan oleh syarikat telekomunikasi tersebut.

Namun begitu, Celcom Axiata Berhad (Celcom) telah pun mengesahkan bahawa rangkain telekomunikasi syarikat mereka mengalami gangguan di seluruh negara susulan kerja-kerja penyelenggaraan sejak awal pagi tadi.

Gangguan ini dijangka dapat diselesaikan pada jam 10 pagi dan pihak Celcom juga memaklumkan sekiranya terdapat pengguna yang masih mengalami masalah sama selepas waktu berkenaan, mereka diminta berhubung langsung menerusi mesej dengan memberi nama penuh, nombor telefon dan lokasi semasa untuk bantuan lanjut.

Patutlah pagi tadi rakan sekerja kami mengeluh hanphonenya tak berbunyi dari semalam. Hmm!

Published by
Noor Ain Norman