Bila timbul je benjolan kecil yang tumbuh pada permukaan kulit, tentunya sesiapa pun akan naik risau jika ia ada sejenis ketumbuhan yang boleh membawa maut.
Bagi golongan lelaki, ramai pasti perasan dengan benjolan seperti yang ditunjuk pada imej di atas pada badan mereka atau kenalan mereka. Tapi jangan risau, ia bukanlah sejenis kanser.
Sebaliknya, benjolan yang dipanggil sebagai lipoma ini adalah sejenis ketumbuhan sel lemak. Cuma, jika ia tidak dijaga atau disembuhkan, ada peratusan kecil ia boleh berubah menjadi kanser.
REMAJA tertarik dengan penjelasan oleh halaman The Diagnosa Original yang ditulis oleh Doktor Latif Saad. Kongsi beliau kepada golongan lelaki yang selalu menghidapnya, Lipoma adalah ketumbuhan sel lemak yang membentuk kapsul kerana diliputi oleh tisu badan nipis.
Selalunya, Lipoma dijumpai di bawah lapisan kulit pada bahagian leher, peha, lengan, badan dan juga ketiak. Tapi jangan pelik pula jika ia muncul di mana-mana bahagian badan lain juga. Lebih ‘menjengkelkan, lebih daripada satu Lipoma boleh muncul secara serentak.
Ads
Apakah penyebab lipoma?
Punca masalah ini masih tidak diketahui sepenuhnya. Namun ia cenderung dikaitkan dengan genetik. Ada juga yang mengaitkan golongan obese dengan Lipoma tetapi tidak hubungkait kukuh yang dicatatkan.
Simptom dan tanda tanda Lipoma?
Jika korang mendapati ada benjolan lembut dan mudah digerakkan di bawah kulit, haa besar kemungkinan Lipoma lah tu. Ia bagaimanpun tidak menyebabkan rasa sakit, malah saiznya juga tidaklah bertambah besar kerana ia boleh memakan masa lama.
Ads
Jadi secara asasnya, Lipoma tidak mengganggu aktiviti harian mahupun pekerjaan korang. Tetapi lokasi ketumbuhan kadang-kadang membuat pesakit merasa tidak selesa terutamanya jika ia boleh dilihat dengan jelas oleh orang lain seperti di bahagian leher.
Bagaimana untuk mengesahkan benjolan itu adalah lipoma?
Dengan pemeriksaan fizikal berdasarkan sifat-sifat benjolan, korang sudah dapat menentukan sama ada ia adalah Lipoma ataupun ketumbuhan lain.
Bagaimana lipoma dirawat?
Ads
Selalunya Lipoma tidak dirawat jika ia tidak mengganggu aktiviti seseorang mahupun mengganggu penampilannya. Tetapi jika pesakit merasakan benjolan itu semakin membesar dengan cepat ataupun mengganggu penampilannya, pembedahan boleh dijalankan.
Untuk rawatan, pesakit akan dibawa masuk ke dalam bilik pembedahan. Bius setempat akan diberikan pada kawasan berkenaan. Selepas itu, doktor akan memotong kulit pada bahagian benjolan untuk mengeluarkan tisu lemak.
Namun jika ketulan itu terletak pada bahagian lebih dalam dan susah untuk dicapai dengan hanya pemotongan kulit, maka bius keseluruhan badan akan digunakan untuk menidurkan pesakit agar potongan yang lebih dalam dapat dibuat.
Siapa yang selalunya cenderung mendapat lipoma?
Masalah ini selalunya berlaku kepada lelaki pada usia pertengahan iaitu 30-an hingga 40-an.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Emoji membawa sifat membawa pelbagai perasaan dan mampu diluahkan dengan cukup mudah. Disebabkan itulah sangat popular di kalangan pengguna remaja.
Ekspresi emoji yang pelbagai jenis dan rupa sentiasa ditambah baik. Yang terkini sahaja jumlahnya tidak terkira banyaknya. Ada emosi gembira, sedih, marah hinggalah mengejek. Malah, emoji pelbagai wanra kulit juga diperkenalkan untuk meraikan variasi pelbagai bangsa.
Bersempena Hari Emoji Sedunia yang jatuh pada semalam iaitu hari Sabtu, 17 Julai, Adobe telah berkongsi kajian tahunannya mengenai trend emoji terkini. Tinjauan ini dilakukan terhadap 7,000 orang di A.S, UK, Jerman, Perancis, Jepun, Australia, dan Korea Selatan.
Daripada tinjauan yang dilakukan, 55% pengguna emoji berasa selesa mengekspresikan emosi melalui emoji lebih daripada panggilan telefon. Hal ini kerana, emoji memberi pengguna peluang untuk memilih gambar yang sesuai untuk menyampaikan perasaan.
5 Emoji Favourite Pengguna
Ini adalah lima emoji yang sering digunakan seluruh dunia
Emoji Yang Sering Digunakan Ketika Dating
Ada 3 emoji yang paling disukai individu apabila dating dan 3 kurang disukai.
Emoji paling berkesan memotivasikan pekerja
Menurut kajian ini, lebih daripada separuh generasi Z berasa puas hati dengan pekerjaan mereka apabila majikan atau ketua kumpulan mereka menggunakan emoji ketika berkomunikasi di tempat kerja.
Sebanyak 66% pengguna emoji suka apabila rakan sekerja menggunakan emoji ketika bekerja. Malah, 73% percaya bahawa penggunaan emoji dalam perbualan di tempat kerja dapat membantu pengguna berkongsi idea dengan cepat.
Rasanya tidak terlalu lambat kalau penulis nak mengucapkan selamat hari emoji kepada semua kan…hehe
Pelantun lagu Sumpah ini berkongsi di akaun Instagram miliknya yang beliau telah membuka bank makanan di Petronas Taman Pelangi Semenyih, Selangor. Selain daripada bekalan makanan, Naim juga memberi sabun dan tuala wanita seperti yang telah dicadang oleh seorang pengikut di akaun Instagram miliknya.
Naim, seorang yang lantang dalam bersuara tentang kepincangan pemimpin di negara ini ketika lockdown, dan juga banyak bersuara bagi pihak rakyat yang mengalami kesusahan buat waktu sebegini, telah tampil untuk menghulurkan bantuan.
Menurut sumber, Naim terlebih dahulu telah meminta izin daripada pihak pengurusan stesen minyak berkenaan untuk membuka bank makanan.
Naim juga berkata yang beliau telah pergi membeli barang-barang tersebut sebelum meletakkannya di stesen minyak itu. Target beliau adalah untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 10 beg barang dapur.
Foto Instagram @naimdanielx
Antara barangan yang disumbangkan olehnya ialah beras, mi segera, tepung, garam, gula, biskut, lampin pakai buang bayi, susu, dan juga sardin. Pada masa yang sama juga, Naim turut terbuka untuk menerima cadangan daripada pengikutnya untuk menambah dua lagi jenis barang keperluan iaitu sabun basuh dan juga tuala wanita.
Beliau mengucapkan terima kasih buat pengikutnya di Instagram kerana memberi cadangan untuk membeli sabun dan juga tuala wanita tersebut.
Foto Instagram: @naimdanielx
Sementara itu, Naim juga telah menyebarkan videonya melalui akaun Instagram miliknya dan menguar-uarkan kepada penduduk di sekitar Semenyih untuk datang mengambil barang keperluan jika mereka memerlukan.
“Tidak kira agama dan bangsa, sila datang dan ambil. Jangan malu-malu dan jangan segan. Ambil mana yang perlu untuk kelangsungan hidup.” Ujar penyanyi dan pelakon berusia 24 tahun itu.
Sesungguhnya ini adalah inisiatif terbaik yang diambil oleh seorang anak seni yang berbakat ini. Semoga usahanya ini dapat membantu mereka yang memerlukan, dan juga secara tidak sengaja telah membuka hati ramai anak muda diluar sana untuk turut juga tampil kehadapan memberi bantuan.
Terbaru, pelumba basikal trek yang semakin meningkat naik Sawda Hasbullah terus melakar sejarah tersendiri apabila meraih emas peribadi keduanya dengan mengungguli acara pecut remaja wanita pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025 di Velodrom Nasional, Nilai pada Selasa.
Dalam pada itu, Sawda memastikan emas miliknya selepas menewaskan pelumba Korea Selatan, Park Hye Rin dengan keputusan 2-0 di pentas final.
Pada Ahad lalu, Sawda mencipta sensasi apabila memecahkan rekod remaja wanita Asia yang juga rekod dunia dalam acara 1 kilometer (km) ujian masa, sekaligus menghadiahkan emas pertama buat skuad berbasikal trek remaja negara di ATC 2025.
“Saya terlepas peluang meraih emas dalam acara pecut berpasukan dan keirin, jadi saya berusaha sebaik mungkin dalam acara pecut hari ini”
“Apa pun, saya sangat berpuas hati dengan penampilan saya di ATC,” katanya, yang turut meraih pingat perak menerusi acara pecut berpasukan wanita.
Pencapaian di ATC kali ini menjadikan Sawda sebagai atlet wanita pertama dalam kategori remaja yang berjaya menghadiahkan pingat buat Malaysia sepanjang penyertaan dalam kejohanan kompetitif itu.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bersempena bulan Ramadan yang hampir ke penghujungnya, kumpulan hip hop, 53 Universe baru-baru ini memberi sedikit perbezaan dalam karya mereka apabila melancarkan album EP...