Lirik Lagu Popular “APT" Nyanyian ROSÉ & Bruno Mars
Lirik Lagu Popular “APT" Nyanyian ROSÉ & Bruno Mars

Tidak dinafikan lagu yang dinyanyikan oleh ROSÉ Blackpink dan Bruno Mars berjudul  “APT” kini berlegar-legar di kepala kita dek liriknya yang catchy.

Apateu, apateu
Apateu, apateu
Apateu, apateu…
Lirik Lagu “APT” Nyanyian ROSÉ & Bruno Mars Bertentangan Dengan Budaya Timur
APT
Namun, mungkin kebanyakan daripada masyarakat kita terlepas pandang tentang pengisian lirik yang disampaikan. Terutama apabila lagu ini semakin popular dan sering digunakan sebagai muzik latar di media sosial.
Antara bait lirik, Rosé menyanyikan:
“Kissy face, kissy face / Sent to your phone, but / I’m tryna kiss your lips for real.”
Bruno Mars menambah:
“Turn this apateu into a club / I’m talkin’ drink, dance, sm*ke, freak, party all night.”
Penggunaan istilah ‘APT.’ atau ‘apartment’ sebagai simbolik untuk tempat pertemuan dalam konteks menggoda juga memperlihatkan normalisasi terhadap tingkah laku yang bertentangan dengan nilai-nilai budaya timur.
Lirik Lagu “APT” Nyanyian ROSÉ & Bruno Mars Bertentangan Dengan Budaya Timur
Lirik Lagu Popular “APT” Nyanyian ROSÉ & Bruno Mars
Apa yang lebih membimbangkan ialah bagaimana lagu ini sering digunakan sebagai muzik latar dalam video-video media sosial, menjadikannya sebahagian daripada kehidupan harian tanpa kita sedari. Anak-anak mungkin menghafal lirik ini tanpa menyedari mesej yang disampaikan.
 Jadi, tugas kita sebagai orang dewasa perlu memastikan sama ada lagu-lagu yang didengari itu mempunyai maksud yang baik atau tidak kerana ia juga turut menjadi ikutan kanak-kanak.
Mungkin ada interpretasi lain mengenai lagu ini yang akan dipertahankan oleh peminat. Anda boleh nilaikan sendiri dengan membedah bait bait lirik lagu popular ini. Bak kata pepatah ‘tepuk dada tanyalah selera’.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ads

Sumber :  (1)

Ads
Ads

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI