Lirik Lagu Popular TikTok Bawa Maksud Lucah, Vince Nasihat Ibu Bapa Ambil Perhatian

Share

Tidak dinafikan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh artis luar negara mendapat sambutan yang baik di negara kita kerana rentak iramanya yang menghiburkan. Namun, mungkin kebanyakan daripada masyarakat kita terlepas pandang tentang pengisian lirik yang disampaikan.

Lagu-lagu antarabangsa kadang-kala membawa unsur yang tidak baik seperti mempunyai perkataan lucah dan sebagainya. Jadi, tugas kita sebagai orang dewasa perlu memastikan sama ada lagu-lagu yang didengari itu mempunyai maksud yang baik atau tidak kerana ia juga turut menjadi ikutan kanak-kanak.

Baru-baru ini, juara Akademi Fantasi musim pertama, Vincent Tan telah pun memuat naik hantaran di laman Instagramnya dengan menjelaskan bahawa lagu popular yang dimainkan di TikTok itu sebenarnya membawa maksud yang tidak baik.

Vince turut berpesan kepada ibu bapa untuk berhati-hati menggunakan lagu nyanyian Busta Rhynes, Touch It yang sering digunakan oleh ibu bapa untuk menari bersama anak-anak mereka di TikTok dan Reels menggunakan lagu tersebut.

Penyanyi itu juga menjelaskan dia hampir sahaja menggunakan lagu tersebut tetapi niatnya terhenti kerana tidak mahu anak-anaknya terbabit dalam video yang mempunyai lirik lucah ini. Tambahnya lagi, lagu itu mempunyai rentak melodi yang bagus tetapi saya tidak menyokongnya.

Vince bersama isteri dan anak-anaknya

Antara lirik lagu tersebut adalah seperti berikut:

For the record, just a second,
I’m freakin’ it out,
While she tryin’ to touch,
See, I was peepin’ it out,
She turned around and was tryin’
Put my d*** in her mouth,
I let her

Ya selama ini mungkin ada diantara kita yang tidak begitu menghayati lirik serta bait-bait lagu yang didengar dan kerana itu kita sering terlepas pandang tentang isu-isu berkaitan seperti ini.

Di harap selepas ini, sebagai individu yang lebih dewasa, kita lebih peka terhadap pilihan lagu-lagu yang dimainkan di media sosial sebelum menggunakannya, apa lagi jika membabitkan kanak-kanak bawah umur.

Sumber: (1)

Published by
Noor Ain Norman