
Tak heran lah kalau selebriti terkenal dan kaya raya seperti Lisa BLACKPINK ni tambah lagi satu rumah dalam koleksi dia. Tapi yang jadi topik panas, rumah baru Lisa kali ni bukan kat Seoul, Korea Selatan tapi dia pilih kawasan elit Beverly Hills, California, kat Amerika Syarikat pulak tu!
Memang pandai menyimpan aset wanita yang pernah dinobat tercantik di dunia ni!
ARTIKEL BERKAITAN : Debut Sebagai Pelakon, Lisa BLACKPINK Bakal Hiasi Layar Skrin Hollywood
Rumah baru Lisa yang terletak di atas tanah seluas 1.3 ekar di Coldwater Canyon ini telah dibeli dengan harga RM19 juta. Ejen hartanah yang menguruskan urusan pembelian ini menggambarkan tempat tinggal Lisa sebagai sangat tenang dan ‘tersorok’ dari kesibukan.
Rumah tersebut dilengkapi dengan empat bilik tidur, kawasan yang dipenuhi dengan pokok hijau yang luas, dan juga sebuah kolam renang. Para netizen turut terpukau dengan dekorasi dalam dan luar yang kelihatan begitu mewah.
Sebelum ini, Lisa juga telah mencuri perhatian peminat dengan mendedahkan rumahnya yang terletak di Seongbuk-dong, Seoul, yang dibeli dengan harga RM25 juta.
Hebatnya Lisa ni, idola sangat tau!
BACA LAGI : Penampilan Lisa BLACKPINK Kejutkan Peminat, Tampil Menawan Di Samping Rihanna!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Foto Via : Gavin Cater (@caterphotography)
Sumber : Astro Awani
RAMAI Remaja Buka Bisnes Semasa Pandemik Tapi Tidak Sedar 5 Cara Pastikannya BERTAHAN

Isi Kandungan
Toggle
Di saat ramai yang terjejas akibat pandemik COVID-19 yang melanda negara sekarang, remaja merupakan antara golongan yang menerima impak terbesar. Bagi remaja yang masih bersekolah, tentunya mereka tertekan dengan situasi Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR) yang dijangka berterusan hingga suku keempat tahun ini.
Bagi remaja lepasan sekolah menengah, kolej serta universiti pula yang memilih untuk terus menceburi bidang pekerjaan; jujurnya tidak banyak peluang pekerjaan yang menanti mereka sekarang.
Faktor kekurangan peluang telah ini menyakinkan sebilangan besar remaja Malaysia untuk mencuba nasib berniaga peniaga kecil hingga sederhana (SME) menerusi perniagaan jenis start-up; sama ada secara atas talian mahupun stor fizikal.
Biarpun semangat yang ditunjukkan itu wajar dipuji, realitinya; tidak banyak perniagaan yang muncul ibarat cendawan tumbuh selepas hujan ini mampu bertahan lama. Paling-paling pun mungkin sekadar dua ke tiga bulan saja sebelum ia terpaksa gulung tikar. Bukan produk jualan yang harus dipersalahkan tetapi percaturan yang dibuat oleh peniaga remaja itu sendiri.
Jom kita lihat lima cara bagi memastikan sesebuah perniagaan kecil bioleh mempunyai ‘foundation’ kukuh bagi menjamin ia mampu bertahan lama.
01
Setiap peniaga harus serius dalam menentukan hala tuju perniagaan sebelum memulakannya lagi.

Jika korang tidak betul-betul percaya dengan potensi perniagaan tesebut, bagaimana korang boleh membuatkan pembeli mempercayainya. Sejak awal, korang perlu tetap fokus dan hala tuju. Tidak perlu terlalu berfikiran jauh, hanya cipta satu garis masa merangkumi perancangan untuk perniagaan dan sasaran bulanannya.
02
Sambil berniaga, sambil timba ilmu.
Walaupun korang sudah bergelar lepasan SPM atau graduan universiti, usah pernah berhenti menuntut ilmu baharu terutamanya ilmu perniagaan. Dari situ, perancangan perniagaan tadi akan menjadi lebih kukuh dari semasa ke semasa.
Untuk memastikan perniagaan SME bertahan lama memerlukan strategi penyelidikan, penyusunan data, membuat kesimpulan dan penambahbaikan. Semua itu hanya boleh terjadi dengan adanya pengalaman dan – ya – ilmu.
03
Customers are always right? That IS right.
Pelanggan ialah aset utama sesebuah perniagaan SME. Lihat kepada corak permintaan (demand) di sekeliling. Jika korang masih menjual perkara yang tidak mendatangkan keuntungan, sampai bila bisnes boleh bertahan. Jadi, dengarlah dan lihatlah keinginan pembeli.

Lihat paras harga yang membuatkan mereka sudi berbelanja dan bandingkannya dengan kualiti barangan atau perkhidmatan yang diberikan. Tak keterlaluan jika penulis sifatkan bahawa pelangganlah yang menentukan arah tuju bisnes korang.
04
Apabila sudah mula untung sedikit, jangan pula korang mula berangan. Ada je remaja yang ‘lupa diri’ sebentar apabila keuntungan mulai masuk.
Mana-mana perniagaan SME berjaya mempunyai perancangan aliran tunai yang sistematik. Untung bukan sekadar untung, ia harus digunakan sebaik mungkin untuk membayar pekerja (jika ada atau jika terasa perlukan penambahan kakitangan), membayar bil, upah, bekalan, membeli inventori, mempromosikan dan memasarkan perniagaan. Walaupun perniagaan masih kecil, semua itu sudah perlu difikirkan.
05
Bercakap tentang pemasaran, kita tahu ramai remaja yang menjadikan media sosial sebagai platform utama memasarkan produk dan perkhidmatan. Sebagai permulaan, media sosial boleh membantu. Tapi setelah perniagaan makin berkembang, tentunya korang ingin mencari peluang bagi memperluaskan lagi pengaruh bisnes masing-masing.
Ada banyak platform yang boleh korang cuba. Salah satu platform yang mencuri tumpuan kami ialah portal SME360 yang diperkenalkan oleh Astro Media Solutions (AMS).
Portal yang telah membantu ramai pengusaha SME di Malaysia ini merupakan satu hub sehenti yang mengiklankan dan memasarkan perniagaan SME secara konsisten kepada pelanggan.
SME360 meliputi pakej media merentasi televisyen, radio, digital dan platform e-dagang seta melibatkan figura berpengaruh (influencer) di media sosial untuk membantu promosi. Bukan itu saja, ia menyediakan sesi konsultansi secara percuma yang membantu mencetuskan lagi buah fikiran peniaga remaja.
Dengar seperti memerlukan kos yang mahal kan. Tapi jika dilihat kembali, pakej yang ditawarkan berbaloi dengan nilai pelaburan. Ia hadir dengan produksi komplimetari hingga bernilai RM7000 (bagi pakej TV dan radio). Peniaga juga akan menerima kredit pengiklanan istimewa daripada SME360.
Di antara nama-nama berpengaruh yang telah memperolehi manfaat daripada SME360 termasuklah Aura White, Sugar Bomb dan Dato’ Dr Nazri Khan.
Haa bukan calang-calang nama tu. Oleh itu, bagi yang merasakan sudah tiba masanya untuk mereka ‘level up’ strategi perniagaan seterusnya, korang hanya perlu melayari sme.quake.com.my untuk mengetahui lebih lanjut mengenai SME360.
Ibu ‘Draco Malfoy’ Meninggal Dunia Secara Mengejut, Tom Felton Luah Rasa Kecewa

Pelakon, Helen McCrory yang memainkan watak Narcissa Malfoy dalam siri filem Harry Potter telah meninggal dunia akibat penyakit kanser.
Hanya pada usia 52 tahun, kematian Helen itu telah mengejutkan ramai pihak termasuklah pelakon yang memainkan karakter anaknya, Draco Malfoy dalam filem Harry Potter, Tom Felton.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Tom meluahkan rasa sedih dan juga kecewa kerana ada beberapa perkara yang tidak sempat untuk disampaikan olehnya kepada Helen secara personal.
Pada bahagian kapsyen untuk foto daripada salah satu babak akhir filem Harry Potter and the Deathly Hallows, Tom menulis, “Saya amat sedih kerana terpaksa menyatakan selamat tinggal secara tiba-tiba.
“Saya tidak pernah mengambil peluang untuk memberitahu Helen bagaimana dia telah membantu saya menjadi insan seperti sekarang, di dalam set dan di luar set.
“Helen selalu menjadi dirinya sendiri, selalu pantas menangkap, bijak berkata-kata, mesra dan selalu mempunyai masa untuk melayan semua orang.
“Terima kasih kerana membantu saya ke hadapan dan ‘memimpin’ tangan saya apabila saya memerlukannya.”
ARTIKEL BERKAITAN : Pelakon Harry Potter Buat Reunion Sempena Cuti Natal & Kami Obses! – REMAJA
Di ruangan komen, peminat Tom memberikannya sokongan dan mengucapkan takziah kepada pihak Helen McCrory.
Untuk pengetahuan, Helen meninggalkan seorang suami bernama Damien, anak-anaknya dan seluruh ahli keluarganya. Selain watak Narcissa, Helen juga dikenali menerusi watak ikonik lain dalam filem seperti Peaky Blinders dan Penny Dreadful.
BACA LAGI : [KUIZ] Karakter HARRY POTTER Yang Manakah Korang? – REMAJA
Bekas Pesakit Perempuan Positif COVID-19 Dakwa Kitaran Haid TERGANGGU – Kajian

Medical News Today dari India baru-baru ini telah mengupas satu isu kesihatan baharu berhubung bekas pesakit Covid-19 di kalangan perempuan.
Satu kajian telah dilakukan kepada mengenai kesan jangkitan Covid-19 kepada mereka dan para pesakit sebulat suara bersetuju bahawa Covid-19 telah mengakibatkan kitaran haid mereka tidak teratur.
Bukan itu saja, ada yang terpaksa berdepan pendarahan tidak normal (clotting) dan simptom senggugut (PMS) yang lebih teruk. Bagi bekas pesakit yang sedang datang bulan pula, kitaran haid didapati lebih panjang daripada kebiasaan.
Lalu, ramai yang gusar sekiranya benar jangkitan Covid-19 sememangnya akan menganggu hormon pesakit perempuan.

Tak mustahil, kitaran haid boleh terganggu disebabkan beberapa faktor gaya hidup semasa berdepan jangkitan Covid-19.
Ia mungkin disebabkan oleh kurangnya aktiviti bersifat fizikal yang boleh mereka lakukan semasa rawatan. Mungkin juga tekanan emosi yang dihadapi mengakibatkan reaksi badan terhadap kitaran haid.
Namun, isu ini tidaklah berterusan untuk jangka masa panjang. Selepas tempoh tertentu, kitaran haid mereka akan kembali seperti biasa setelah semua simptom Covid-19 yang dihadapi pesakit beransur pulih.
Malah, kita harus ingat bahawa simptom ini berbeza di antara satu pesakit dan pesakit yang lain.
Lelaki Kongsi Abang Positif COVID-19! Tiada Simptom Demam & Batuk, Tahu-Tahu Terus Kena – REMAJA