Lisa BLACKPINK Beli Villa Mewah Di ‘Beverly Hills Korea’ Bernilai RM26 Juta!

Share

Semakin ramai remaja berjaya membuktikan kemampuan membeli rumah pada usia muda dengan hasil titik peluh sendiri. Malah, mengumpul eset seperti membeli rumah menjadi trend selebriti muda di dalam dan luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN : Daiyan Trisha Kongsi Kegembiraan Miliki Rumah ‘Landed’ Mewah Sebelum Usia 30 Tahun

Terbaru, idola berasal dari Thailand yang menempa nama di Korea Selatan, Lisa BLACKPINK dilaporkan telah membeli rumah mewah di Seongbuk-dong, Seoul.

Lisa BLACKPINK Foto: Instagram/@lalalalisa_m

Menurut laporan allkpop, kawasan perumahan yang dipilih Lisa ini bukan biasa-biasa. Kawasan tersebut dikenal sebagai ‘Beverly Hills Korea’  dan menjadi tempat tinggal orang terkaya dan elit di Korea Selatan. Malah kediaman itu dilaporkan merupakan bekas tempat tinggal cucu Jang Sun-yoon iaitu mendiang pengerusi Lotte Group, kediaman Lee Seung Gi.

Dibina pada April 2016 dengan tingkat bawah tanah dengan dua tingkat di atas tanah, rumah itu terletak di perkampungan mewah di kawasan terkenal itu.

Kawasan ‘Beverly Hills Korea’  di Seongbuk-dong, Seoul.

Khabarnya, rumah itu memiliki keluasan sebesar 655 meter persegi dan dijual dengan harga 7.5 bilion won (RM25.9 juta).

Wah, untungnya Lisa, dah kumpul eset di Korea Selatan pula!

Sebelum ini, ahli Blackpink ini menunjukkan taring di mata dunia dengan memenangi beberapa anugerah. 

BACA LAGI : Lisa Blackpink Idola K-Pop Pertama Menang Kategori ‘Best K-Pop’ Di VMA dan MTV EMAs Sekaligus

Sumber : Wikitree

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana